Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 22, 2011

Kesinambungan Kisah Qhayra New Born


Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..

entry sambungan daripada kisah lalu..belum baca sila klik SINI

27 Mei 2008, 11a.m. mama n putri mama dibawa pulang ke Kota Rentang (kampung mama) untuk menghabiskan tempoh pantang disana, apabila sampai je rumah, ohh Tuhanku, mama tak dapat berjalan, kaki krem, taktau kenapa, mama cuba gagahkan kaki untuk melangkah namun x berjaya, akhirnya papa juga lah yg berkorban mengangkat mama masuk rumah, ke bilik air n mana2 tempat yang mama perlu.

Keesokan harinya, 28 Mei 2008, makngah, tukang urut datang dan urutkan seluruh badan mama. makngah tuh cakap urat2 mama berseliarat, mungkin disebabkan masa mama excident dulu mama tak pernah mengurut. pada masa yg sama, menurut jururawat masyarakat yang ditugaskan untuk buat pemeriksaan susulan selepas bersalin putri mama perlu dibawa ke Klinik Alor Janggus untuk ambil sample darah check kuning. ini kerana putri mama dilihat mengalami kuning yang tinggi. memandangkan kesihatan mama yg kurang baik dan papa pulak perlu ke pejabat kerana papa ada kursus induksi, jadi tok n wan lah yg membawa putri mama. cian putri mama dicucuk tapak kaki. keputusan tersebut agak menyedihkan kerana kuning putri mama agak tinggi iaitu sebanyak 203.8, dan perlu ditahan di wad untuk pemeriksaan lebih lanjut, sekali lagi mama diduga, putri mama ditahan di Hospital Sultanah Bahiyah. 

perasaan mama masa tuh bercampur baur, Allah saja Maha Mengetahui. Tindakan mama seterusnya adalah menelefon papa dengan kadar segara papa perlu pulang. sampainya papa di rumah, mama bersiap2 dan terus ke hospital. mujurlah kaki mama dah boleh melangkah masa tuh selepas diurut. sesampainya mama di pintu wad, mama terdengar bunyi tangisan baby, hati mama terdetik tangisan tuh adalah putri mama..sayunya hati mama masa tuh, bergegas mama masuk mencari, ternyata ianya benar. baby mama yg menangis. kuat sungguh putri mama menangis kerana kelaparan. dalam hati terasa marah dengan para nurse. tak dengar ka diorg nih?? dari cara tangisan baby mama tuh bukannya baru tapi dah lama menangis, sebab setahu mama putri mama tak pernah menangis sekuat tuh kecuali apabila bunyi merengek tapi dibiarkan berlarutan. sedihnya mama Tuhan saja yg tahu. 

mlm tuh mama jugak stay di hospital bersama putri kesayangan mama..tak sampai hati mama nk tinggalkan putri mama seorang diri di situ. putri mama ditempatkan di bilik khas iaitu bilik dibawah cahaya lampu. selama 4days putri mama dibiarkan di bawah lampu dan hanya dibaluti pampers sahaja. kulit putri mama masa tuh kering dan mengelupas. kesian anak mama. pic masa nih mama tak hinggat langsung nk ambil untuk kenangan. mau nk ingatnya..mama ni asyik berendam air mata saja. diri pon tak terurus. Ada skali tuh kaki mama bengkak kerana mama pakai stokin ketat, mama pon tak perasaan sampai pakngah yg menegur waktu melawat arituh. 

hari ke2 (29 mei) putri mama di hospital kuningnya masih tak turun2 lagi  makin naik lagi, mencecah 305. mama bertambah2 susah hati la masa tuh. perasaan tak keruan jadinyer. bercambah lg la air mata mama yang mengalir. bermacam2 cara kami semua fikirkan. akhirnya dengan ubat homopati, 

Alhamdulillah turun jugak pada hari berikutnya (30 Mei) iaitu sebanyak 218. tapi putri mama tetap tak buleh keluar lagi doktor cakap turun terlalu mendadak takut nanti bila balik rumah kebarangkalian naik balik. lega sikit hati mama nih. rasa happy tuh tak lama apabila malamnya doktor pakar kanak2 datang, skali lagi mama diduga apabila doktor tuh cakap paha anak mama renggang dan kaki anak mama tak sama panjang..YaAllah, dugaan apakah yang Engkau berikan?? tak sanggup aku nak menghadapinya..mama begitu lemah malam tuh.mama tak mampu mengawal perasaan sedih mama hingga mama lembik dan tak berdaya. papa, peneman setia terpaksa menghantar mama pulang ke rumah. malam tuh mama dah tak berdaya menjaga anak mama. maafkan mama meninggalkan putri keseorangan malam tuh. mama sampai di rumah jam 1.30 a.m. tokTun lah yg paling terkejut melihat keadaan mama yg tak berdaya itu. dialah yang menjaga mama malam tuh. 


Alhamdulillah, esoknya mama segar semula dan bersiap sedia mahu menjenguk putri mama. haritu selepas mama bangun dari tidor perasaan mama macam ada sesuatu tapi taktau nk cakap macamna, cuma yang pastinya mama dapatkan rasakan yg putri mama akan keluar arini. sesampainya mama di hospital kali nih, mama terus menjenguk, sejuk hati mama melihat wajahmu yang nyenyak tidor itu. wajah yang tak mengenali apa2 tentang kehidupan, wajah tanpa secalit dosa. mama melihat tapak kakimu yang berbekas biru kesan daripada cucukan jarum dan diambil darah untuk test kuning. Kesiannya, pasti putri mama kesakitan kan?? Bersabar yer sayang, semuanya untuk kebaikan dan kesihatan mu jugak. 

keputusan darah aritu mengembirakan mama, papa. dan seluruh ahli keluarga. Ternyata firasat mama benar!! Putri mama dibenarkan pulang. Kuning putri mama turun sehingga 199, Alhamdulilah, syukur padaMu, YaAllah, terima kaseh atas segalanya. Tentang tulang paha anak mama, mama masih menanti kehadiran doktor pakar untuk mendapatkan keputusan tersebut. Mama tak henti2 memanjatkan doa agar tiada sebarang berita yang tak baik didengari. At 1p.m. Alhamdulillah, keputusan yang baik mama terima, tulang paha anak mama tak dak masalah. Tiada kerenggangan pon yang terjadi. Sekali lagi mama dan papa bersyukur sangat2 dan terima kaseh YaAllah. Aritu, mama begitu girang, happy sesangat mendengar kedua2 berita tersebut. At 4p.m, putri mama dibawa pulang..
 

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

No comments: