Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 18, 2011

Muhasabah Diri

Hidup kita, apabila diberi nikmat bahagia oleh ALLAh SWT, kita pasti gembira. Syukur. Namun, seseorang di tempat lain, merasa dengki dengan kebahagiaan kita. Pendapat anda? Saya bukan bersangka buruk. Tapi ini adalah hakikat.Kita muhasabah diri sama-sama. Adakah diri kita salah seorang yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain? Dengki dengan kejayaan orang lain. Dengki dengan kebahagiaan orang lain. Pendek kata, dengki buruk dengan hidup orang lain.
Bagi anda, seronokkah perasaan sebegini? Jawapan saya, tidak.

Dengki Penyakit Merbahaya
Kenapa saya katakan perasaan dengki itu sangat bahaya? Sebab, orang yang membawa perasaan dengki ini ialah seseorang yang tidak tenang kehidupannya. Ketidaktenangan itu datang sebagai akibat perasaannya yang tidak senang melihat kegembiraan hidup orang lain. Kasihan, bukan.
Orang yang pendengki ini sebenarnya tengah sakit. Perasaan itu dia lahirkan sendiri, dan sebenarnya dirinya sendiri juga yang terseksa menahan resah kedengkian apabila melihat orang lain. Dan apa yang paling teruk lagi sebenarnya dirinya sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu merasa dengki kepada orang lain yang tidak pernah membuat kesalahan kepadanya. Kecelaruan peribadi, mungkin.
Faedah bagi orang pendengki. Nak tahu?
Kesedihan, keresahan, kegelisahan, dan kekacauan fikiran menjadi darah dagingnya. Orang-orang seperti ini hanya menyeksa jiwa dan raga dengan memandang kedengkian dari kejauhan orang lain.
Saya bercakap mengenai dengki disini. Iaitu dengki terhadap orang lain dan menginginkan kejatuhan buat orang tersebut. Dan dengki dalam pelajaran, bukan seperti dengki ini. Berbeza. Anda faham? Senyum.
Anda nampak? Perasaan dengki yang macam ini sebenarnya membunuh perasaan ketenangan yang sudah menjadi fitrah dalam diri manusia. Kegembiraan dan ketenangan tiada lagi. Sebagai akibat dari perasaan hasad dengki yang buruk tersebut. Kalau ada pun kegembiraan itu, hanyalah gembira kerana melihat orang yang dia dengki jatuh tersungkur.
Elokkah perangai begini? Saya kata, tidak. Amat jelik sekali.

Pendengki Sebenarnya Memusuhi ALLAh
Memusuhi ALLAh? MashaALLAh. Ada yang beranikah~?
Ada, iaitu pendengki. Kenapa?
Manusia yang macam ni nampaknya seperti hendak memusuhi ALLAh. Sebab, dia tidak redha dengan apa yang telah ditakdirkan oleh ALLAh akan dirinya dan orang lain yang lebih baik kehidupannya dari dia sendiri. Dalam tidak sedar, sebenarnya dia merasakan bahawa ALLAh itu tidak adil dalam memberikan hak kepadanya.
Senyum. Hak. Layakkah manusia menuntut hak dari ALLAh?
Bukankah manusia diciptakan dengan rezeki masing-masing di dunia. Mengapa perlu ada perasaan dengki kepada orang lain? Rezeki itu sentiasa ada, cuma manusia yang perlu untuk mencapainya. Maka, apabila anda merasa anda hendak memperbaiki kehidupan, berusaha sedaya mampu anda untuk melakukannya.
Hendak mencabar ALLAh? Jangan.
Perasaan dengki hanya akan menghilangkan pahala dan mendatangkan dosa. Dan amat rugi manusia yang sentiasa melakukan dosa tanpa ada perasaan ingin menambahkan pahala.

Orang Pendengki Membunuh Diri Sendiri
Baik. Perumpaan manusia bagi saya, yang bersifat hasad dengki terhadap kesenangan dan kebahagian orang lain itu sebenarnya ialah hendak membunuh diri sendiri. Sudah menyeksa diri sendiri, akhirnya membunuh diri pulak.
Bahagia? Derita!
Saya umpamakan manusia pendengki seperti ini ; Dia memasak air disebuah bekas yang besar. Lalu apabila air tersebut mendidih, maka dia sendiri terjun ke dalamnya. Dan akhirnya, yang melecur dan mati adalah dirinya sendiri.
Bukankah tindakan seperti ini tindakan yang ‘kurang pandai’?
Maka begitulah sifat hasad dengki yang kalau manusia tidak merawatnya, sudah tentu manusia itu sendiri akan mati menderita oleh perasaan tersebut.
Kenapa muncul perasaan seperti ini didalam hati manusia? Kerana kurangnya sifat sabar. Dan tidak senang melihat kebahagiaan saudaranya sendiri. Hal ini kerana, dia juga ingin merasakan kehidupan yang lebih baik seperti orang lain tetapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya dia tidak mampu.
Makanya, redhalah dengan qadak dan qadar. Tetapi, menerima suratan takdir tidak bererti tidak perlu berusaha. Ada takdir anda sebagai manusia yang boleh diubah dengan usaha, doa dan tawakkal kepada ALLAh.
ALLAh itu sebenarnya sudah membuka jalan untuk manusia. Tapi seringkali manusia ingin memasuki jalan yang tertutup dan akhirnya, manusia itu sendiri yang tersesat.
Degil!

Mari, Kita Bersama Muhasabah Diri
Saya, menaip entri di website saya ini adalah peringatan yang lebih-lebih untuk diri saya sendiri terutamanya. Dan sekiranya bermanfaat, anda sebagai sahabat pembaca website Cinta Ilahi sendiri yang dapat menilainya.
Saya doa, moga saya dan anda semua terlindung dari sifat dengki yang seperti ini. Kerana, tiada kesudahan yang baik bagi manusia yang memelihara hasad dan dengki didalam hatinya. Melainkan kerugian yang besar buat diri sendiri.
ALLAh tidak meredhai manusia seperti ini.
Perubahan itu satu kemestian. Dan kemestian itu tiada istilah terlambat didalamnya. Saya sendiri hendak memperbaiki diri sendir setiap hari, maka kalau sahabat semua bersama saya, mari kita melangkah bersama-sama.
Dan pinta saya, jangan lupa doakan saya, sekali keluarga saya. Barakallahu lakum~
Semoga ALLAh merahmati.


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

1 comment:

~~zAnAfAhMi~~ said...

'Dengki' mmg satu penyakit yg boleh menular...bagus info ni.