Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 16, 2011

Selamat Ari GURU

16 Mei 2011..sajak ini mama tujukan kepada seorang yang bergelar cikgu dan guru. terima kasih kerana mendidik dan mengajar kami tentang erti kehidupan. pengorbananmu tak termampu dibalas, hanya mampu dikenang. namun hanya ini lah sahaja yang dapat saya berikan untuk mengenang jasamu wahai cikgu dan guru sekalian....sebuah sajak penghibur hati, pembangun jiwa, pembawa kenangan dan peniup semangat...
  
Guruku insan mulia
Mengajar tanpa rasa jemu
Mendidik tanpa rasa penat
Mencurahkan kasih sayang
Sepenuh rela
Demi melihat
Anak muridnya berjaya.

Guruku insan mulia
Tidak pilih kasih
Dalam memberi sebakul ilmu
Buat bekalan anak muridnya
Di masa depan.

Guruku insan mulia
Sedia berkorban jiwa dan raga
Demi melihat anak didiknya
Berjaya menjadi insan
Yang berjaya, berkeyakinan dan berakhlak mulia.

Guruku insan mulia
Sedia membantu
Sedia memberi
Sedia membimbing
Demi melihat anak didiknya
menjadi generasi masa depan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tanpanya
kita tidak akan menjadi seperti sekarang
yang berjuang di medan perang
persaingan antara mahasiswa dan mahasiswi
demi segulung izajah
untuk diusung ke sana ke sini.


Tanpanya
Kita tidak akan pernah merasa
Abc dan 123 berkibaran di jendela fikiran
Dan bergentayangan di mana-mana
Kerana semua yang ada di dunia ini
Sebenarnya bermula dari seorang
Yang bergelar GURU.

Jasamu bagaikan lautan;
Terlalu luas dan dalam;
Kasih sayangmu begitu agung;
Yang meniti setiap suka dan duka;
Tidak dapat ku balas;

Bagaikan pasir pantai;
Yang sukar untuk dihitung;
Begitulah pengorbanan;
Yang ku tuntut setiap kali;
Aku melihat alam;

Kejayaan ini adalah titik mulia;
Untuk memperoleh kejayaan lebih cemerlang;
Pada hari-hari mendatang;

Hari semalam, hari ini dan hari mendatang;
Bisikanmu guru masih menjadi keramat;
Mengatur langkah menentu haluan;
Mengukur langkah menentu haluan;

Terima kasih, guru;
Sepanjang hayat, namamu tetap wangi di ingatan.

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

No comments: