Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 5, 2011

Nora Elena

Nora Elena, slot Akasia yg ditayangkan di TV3..best cite nih..mama balik dari keja jew cepat2 settlekan masak memasak nuh nak tunggu kui 7-8pm kes nak layan cite Nora Elena..cite nih diadaptasi daripada novel Kasih yang Suci..fuhh best siot..kalo adaptasi dari novel selalunyerr best..mama tak lepaskan peluang tengok cite..
Sinopsis Nora Elena : 

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru… 

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang. 

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth. 
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah? 

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

*kalo dapat burn cite nih lagi lerr best..nanti nak suruh member tulun burnkan..heheee

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

No comments: