Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 22, 2011

Lamb Chop gan Kentang Putar

Cara membuatnya!! sangat-sangat senang!! jum mama ajarkan..hehee
 memula perap daging dengan sos marinate semalaman then bakar di atas pembakar elektrik. Sebelum itu kita harus  sediakan sos n kentang putar..sos perap pon kita bley wat sendiri tau..senanbg jew..ikut arahan di bawah yerrr..

Resepi Sos Marinate


 bahan2nya :
1 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, gula dan sedikit jus limau


Caranya :
1. Satukan semua bahan.
2. Lumurkan pada Lamb. Perap semalaman dalam peti sejuk.



Resepi Sos Lamb chop/ Sos perang/Brown sause).


 bahan2nya :
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam


Cara membuatnya :
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* Jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.


Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)


bahan2nya :
6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam


Cara membuatnnya :
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.


Then sedia dimakan..hehee..selamat mencuba :)))

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

No comments: