Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 28, 2011

Kasut Baru

Akhirnya, dapat jugak kasut baru..huhuu..bestnyerrr..thanx papa cayunk coz belikan mama n Qhayra kasut baru..hehee..beg plastik nih semuanya berisi kasut yerr..tak dak barang lain selain kasut..mau tak nyerr 3 branak = 3 pasang kasut..kena kasi adil..hahaa..tu dia buat apa sampai banyak cmtuh..huhuu..jawapannyer pakai lorrr..takkan nak makan kot..huhuu..
ini kasut Qhayra..asek2 kala pink jugak..
dari kecik sampai beso asek pink jer dia..hmmm
nike bawah nih Qhayra punya jugak..
balik semalam tak sabo bebenor nak pakai
sampai minum susu pon pakai kasut nih..
ciwi btoi anak mama nih..
like her papa..hahaa
ini pulak papa punyerrr kasut..
papa punya kasut bukan kasut sukan, tapi kasut keje..
smart tak??huhuu..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, June 26, 2011

Puteri Kesayangan Mama

sesajerrr jew nak upload pic nih..pic terbaru NurQhayra Qistina Isran..pejam celik, pejam celik..dah beso rupanyerrr puteri mama nih..terasa baru jew anak mama nih dilahirkan..hmmm..cepatnyerr masa berlalu..Bersyukur padaMu Ya Allah, dapat jugak aku merasa nikmat menjadi seorang ibu..nikmat melahirkan dan membesarkan anakku ini..
 bila tengok pic nih, nampak cam anak mama besar sangat..nampak cam budak beso..alimnyerr anak sapa nih..huhuuu..sabo jelah..
NurQhayra versi freehair
 akhirnyerr, rambut Qhayra dapat ikat tocang..sukenyerr dia..
apa hal pulak nih..macam2 posing dia tuh..
pantang nampak camera..huhuu
like her mama'zzz..huhuu

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Hari Sumaat Punyerr Cite

Lepas jew papa balik dr solat Sumaat tuh..kita 3 branak gi Alor Star kes nak carikkan mama kasut sukan baru..kasut mama dah rosak dek lasak sangat bersukan..padahal tak bersukan tera mana pon..huhuu, semangatnyerr nak gi beli kasut baru nih, tak sabo bebenor..tapi sayangnyerr, sampai2 jew kedai tuh, kedai tutup..hampess btoi..penat jew!!huhuu..last2 tataw nak gi mana..lepak Mac'D jew..lama rasanyerr tak sampay cini..dulu kat cini tempat mama jew..hahaa..kalo nak tahu mama pernah bekerja kat Mac'd  nih..ada la dalam 6bln lebih..bezanyerr mama keja kt Star Parade, yang lepak aritu kat Ct Plaza..hehee..percaya tak??tak percaya sudah..huhuu..
 tak sabo cik Qhayra nak makan nugget hapy mealnyerr..
"tak buleh buka pon mama..cmana nih..dah lapor lorrr.."
 lihatlah anak mama sudah putih dari mama..
owhhh..tidak adilll..!!
mama yang sudah terbako dek panas nuh..
terukknyerr muka mama..owhhh..tidakkkkk!!!!
 aikk papa pon tampak lebih cerah dari mama..
huhuu..bertambah2 sedih la mama :((
 tangan cik Qhayra yang tak sabo nak makan nih..
mama pulak duk sibuk nak snap pic..
 tak ader selera lorrr..
tataw nak makan apa pon..
last2 order small poridge jew..
si budak chumeii gan snake hapy mael tuh..
 posing jap gan uncle Mac'D nih

pas makan jew..balik dengan rasa keciwaaaa..huhuu..bila ntah nak sampai AS pulak lorr..bukan pa mama agak sibuk seja 2,3 menjak nih..maklumlah atlet tak kuat..hahaa..lani duk blasah angah punya kasut..
credit to ANGAH : mama pinjam dulu yerr..
nanti mama kasi balik..
tenkiu very much:))

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sambal Udang & Petai

harini nak main masak2 la..jum perasap dapur..lama sudah tak berasap dapur tuh..ha mama nak kasi resepi Sambal Udang & Petai..senang jew..semudah 1,2,3 n siap dihidang..hahaa
hmmm, sebut je petai, ada je yang membayangkan baunya yang harum. Ditambah pulak dengan udang yang meliak liuk memang terasa nikmat bila mencecah perut ini.

Bahan-bahan
  • 500 gm udang
  • 30 biji buah petai
  • 1 labu bawang besar
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 3 s/b sos tomato
  • Minyak
  • Garam
  • Gula
Bahan dikisar
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

Dikongsi bersama : iLuvIslam

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, June 22, 2011

Mengecap Bahagia Dari Kehidupan Sementara

Bermimipilah Dan Lakukannya
Terfikir ... mengapa perlu kita keluar dari kepompong kehidupan yang sedia ada? Kita perlu menghayati hidup ini dengan sebaiknya! Tentulah! Ada masa kita yang terlalu sarat dengan kerja melupakan aspek2 lain dalam kehidupan sehingga membuatkan kita tertekan dan adakala merasa kecewa dengan hidup. Mengapa tidak lakukan ini:

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Jangan Tutup Pintu Bahagia
Sering - mungkin kita mengalami kekecewaan dalam hidup. Sebenarnya, kekecewaan itu kita biarkan terlalu lama dalam diri sehingga kita lupa bahawa ada bahagia menanti di persada berbeza. Kita terlalu setia hanya kerana kita kecewa. 

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Keajaiban Persahabatan 
Apabila kita mula mengorak langkah untuk mengenal dunia, kita sebenarnya membuka diri kita untuk menjalinkan persahabatan dengan apa yang ada di sekeliling kita. Kita berkomunikasi, kita berinteraksi, dan kita mencari seseorang untuk menjadi teman dan sebagai penegur andai kita tersilap langkah. Kita mencari mereka yang dapat berkongsi rasa, pendapat - baik dalam kedukaan dan kesenangan.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Hargai Apa Yang Dimiliki
Tak cukup puas dengan apa yang ada? Jangan lupa diri .... renungkan diri dengan sebaik mungkin. Bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada anda sebab bukan semua orang mendapat peluang yang sama seperti anda. Jangan kerana anda mengejar sesuatu yang tak pasti, anda melepaskan apa yang telah ada. Kelak nanti, yang berada dalam kerugian adalah diri anda - keseorangan.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
 
credit to : gengblogger/509283

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tips Mengurangkan @ Mengelak Jerawat

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.
Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

1. Ambil wudu' sebelum tidur.

2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.

3. Elakkan diri daripada tekanan.

4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.

5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.

7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.

8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.

9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.

13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, June 21, 2011

Petua Senyum untuk Bahagia

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.
Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab? Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.
Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.
Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.
Namanya "Ingat 2 Lupa 2″

INGAT 1
Ingatlah kebaikan orang kepada kita.
Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.
Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.
Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?
Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1
Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

"Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!" kata si sombong.
"Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku", ungkit si dia.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.
Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2
Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.
Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.
Kenangkan ia, ingatkan selalu.
Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.
Istighfar selalu... kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.
Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.
Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2
Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.
Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.
Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.
Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF
Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?
Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.
Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.
Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.
Maafkan aku, hamba yang berdosa.
Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

dipetik drpd : Artikel iluvislam.com

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Saturday, June 18, 2011

Nora Elena Lagikkk..!!

Nora Elena : Scene yang dipotong dalam episod akhir


Amaran awal : Scene ini telah dipotong penerbit atas sebab-sebab tertentu. Scene ini adalah dalam episod terakhir. Tak tahu kenapa ia dipotong, tapi jelas, apabila scene ini dipotong, kelihatan perjalanan cerita menjadi pelik!

Tak pelik macam mana, kenapa baby yang dibuang yvone dari kereta adalah sebenarnya patung dan selepas itu polis dengan cepatnya menangkap mereka berdua walhal road block kat depan. Ya, sanga pelik. Khas untuk pembaca blog ini, saksikan scene yang dipotong itu!
Amacam? nampak lebih teratur kan jalan cerita dia camni. hehe. Mungkin sebab syok sendiri membuatkan penerbit potong scene diatas. Jangan lupa juga untuk baca..


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Selamat Hari Bapa

Ayahanda tercinta
Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 19 Jun 2011.
Happy Father Day to My Beloved Dad : 
En. Abdul Razak Majid,  
It's truly a blessing to have you as a AYAH.. 
You are the best Ayah in the world.. 
Love you so much!! 
tak dilupakan buat ayah in Law : 
En. Zolkipli.. 
 Selamat Hari Papa jugak buat suamiku Tersayang : 
En. Isran bin Idris
Kepada semua bapa2 di dunia yang bergelar bapa atau bakal bergelar "PAPA"
SELAMAT HARI BAPA :))


My Lovers Hubby
A Dad

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,

but, especially, for just being you!

Sentuhanmu - In-Team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..




Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

dipetik drpd :Nukilan Jejari Azhad

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Friday, June 17, 2011

Rezeki...Rezeki..!!

Alhamdulillah, murah rezeki mama arini n semalam..Terima kaseh bebanyak buat cik Yana n cik Ton, yang sudi main masak2 kasi mama Qhayra nih mamamm..nyummy2 sedap bangat..semalam punyerr cite.tengah mama duk layan goreng lauk untuk makan malam, terdengar di telinga ader moto masuk rumah..belum sempat mama menjenguk, terdengar pulak suara memberi salam..buka2 pintu tengok cik Ton n kakak Nana dengan bekalan yang mahu dikasi mama..rupanyerr cik Ton masak koteaw kuah..rezeki murah kite anak beranak semalam..Alhamdulillah..
tu dia ropee koteaw kuah cik ton..sedapp siot rugi sapa tak dapat rase..hikhik
ini pulak, pagi tadi punyerr cite..masuk opis jew terus ke tempat duduk, 
tengok2 ader bekalan dari cik Yana..
breakfast dengan burger + kopok leko + sardin roll..nyumy2..
Alhamdulillah kenyang perut mama..
tiada kata yang mampu mama ucapkan melainkan terima kaseh..
 
di kepala mama masih lagi berfikir2 nak main masak2 aperr lerr yang buleh mama balas bekas 2 sahabat mama nih..mama dah la tak teror masak..hmmmmm...

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Semalam Punya Citer

Semalam mama gi jogging ditemani putri kesayangan mama n cik Ton anakbranak..huhuu.. penat bebenor..penat bercakap lebih lagi dari berjongging tau..!! memula mama n Qhayra datang dulu..tak janji pon gan cik ton..pastu cik ton ankbranak sampai..hehee..best jugak la..ramai peneman tak la busan sangat..kesian anak mama sebenornyerr..asal petang jew mama balik lewat coz sibuk gan latihan pusat..semalam latihan tak dak sebabnyerr 1\2 ari bekerja kan..so mama pon bawak lerr anak mama nih bersantai petang semalam..sempat jugak anak mama lari suku padang, last2 cakap " adek tak larat la mama"..
ibu kepada anak2 ibu..ibu jadi coach volleyball kew?? 
dah latih dari kecik nih..hebat lorrr..heheee
opss, untuk makluman cik ton pon join volleyball ke intervasity tau..
games cik ton adalah volleyball..
kakak Nana
mama bersama anak2 mama..huhuu..
apasal pic nih nampak mama kurus kering bebenor..
barangkali baju yang dipakai kot..hahaa..perasan pi la..kihkih
bb Mirun yang susah benor nak snap pic dia..sabo jelah
hmmm cik Qhayra pulak asyek menarik2 bb jew, nun nak snap pic tuh..
bila dia tarik bb taknak jugak, last2 ayat dia "bb tak mau laaaa"..huhuu cian dia!!
ini baru anak mama yang sebetulnyerr..yang tadi anak2 angkat jew..
hehee..mama pon nak posing lorrr..
Qhayra dengan aksi pampin nyerr..lawak bebenor..
dah lerr pakai skirt..dressing Qhayra buleh jadi pom2 gurl jew..
tak pon gi main tennis..hehee
last pic nih yang tak best..dah seronok sangat berlari2..
last2 jatuh..tu dia muka budak yang dapat sakit..
lutut tuh tak dak luka pon, 
cuma merah jer kes trek lumba lari tuh kan kala merah..
kalo sakit pon mungkin pedih sikit jew..hehee..
cian anak mama..asyek dapat sakit jew..
mama dah pesan jangan lari, tapi adek lari jugak..kan dah sakit..
sabo jelah:))

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)