Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 31, 2011

Jangan Tertipu


p/s : sapa la punya keja nih..byk idea dia..hakhak..lawak benor :P

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, October 30, 2011

Jarak Antara Dua Hati

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”


“Tapi…” guru bertanya kembali


“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
 

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.


Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
 

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.


Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.


Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
 

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita. 

sumber :  

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sepagi Together2

dipagi diwali arituh ktorg gi Muzium Padi @Gunung Qiyang..
actually, muzium nih dekat benor gan kg mama..
xpernah smpy pon..hahaa..
nama jew org gunung qiyang..langsung xnah smpy..
arituh p pon kes mama nkp karninal kt muzium tuh..
bak kat org aloq staq "Ekspo"..hakhak..
dah alang2 smpy sempat la mama berposing..
cik Qhayra pon suke la sesangat..
mama ditemani angah syada, m.jang ain n m.lang syah
bley tahan merendek gan diorg nih..kira ok la bley masuk pala..huhuuu
so inilah hasilnyaaaa...











dekat jam 12pm gak bru ktorg balik..
naik2 keta tido trus cik mek tuh..huhuu
letih jalan2 gan mama..huhuuu

noted :  
terima kaseh bebanyak buat cik dreber angah Syada..  
peneman2 setia m.lang chah n m.jang ain..
terima kaseh bebanyak 
krn korang mama dapat bersoping moping smpy kering poket..
huhuuu ✿◕‿◕✿

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Cik Qhayra Suke Bela Ikan

salam sume,
cite nih tentang my little princess,
cik Qhayra suke sgt gan ikan..
so mr. papa sediakan small aqurium 4 her..
cik Qhayra mewarisi sikap n hobi mr.papa nyerr kot..
mrs. mama bukan x minat nak membela but so kemalasan..
huhuuu..
malas beno nk menjaga, nk kasi ikan makan, 
mencuci aqurium tuh lagikk..
rrrrghhhhhhhh..
mcm2lah malasnyerr..
huhuhuu ('____')
cik Qhayra snap gan ikan kesayangannya..
siap berPEACE lagikk ha..

ikan emas cik Qhayra
ader la dlm 5,6 ekorr..
rajin dia nak kasi ikan tuh makan,
smpykan 1ari tuh dia jatuh kes panjat 
ats meja aqurium nk amek makanan ikan..
apalagi luka la dagu n berdarah lidah dia..
cian dia..takut ikan lapo tuannyerrr smpy dapat sakit
so sad..
comeii ikan2 cik qhayra
kadang2 bila mama busan mama selalu jugak 
nengok ikan2 nih berenang-renang..
nampak best jew ikan2 tuh bermain2..
ikan nih plak ikan mr.papa..
ikan kelisa..
mr. papa suke sgt bela ikan nih..
apa yg best mama pon tataw..huhuu.. 

k lah mau out sudah..adiossss
(* __ ')

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Pija Baru Lagikkk

pepagi nih semangat nk post n3 baru..hehee
aritu sebelum blik kg cm besa ktorg singgah makan 
kali nih kite singgah makan @pija hat lol...
bukan aper kes nk try pija yg baru tuh..
mama nih pantang nengok iklan dok tayang pija bru..
kira nkp try la..
nm pa ntah pija tuh..
yg pstinya pija hok ader xtra cheese tuh..hikhik
toppingnye mama pilih hawaii ciken..
nyumm..nyummyy..
duk ngah update nih pon masih lapo pija lagi nih..
xkan nak kena p lagik kot..rrrrrrghhh..
 dah lapo beno xsempat nk snap lol..
snap pon pija dah lam pinggan..hakhak
but tetap nk snap jugak..
pija tinggai separuh la..
lagi separuh dah masyukkk pewut..
 cik Qhayra suke beno kalo dapat mkn kt cni
bukan dia jew.. mama dia lagi sukeeeeee 
('__________')
huhuhuhuuu..
macam2 posing dia..
sengih la cik Qhayra..
suke dia dapat makan pija :)
 saje dia nk wat muka comot..
bila dah snap wat muka tuh cepat jew dia nk nengok balik muka dia tuh..
sabo jelah..
 cik Qhayra suke sup..
masa kteorg gi aritu cuma ader chiken sup jew..
2pon cik Qhayra sapu cerah 1mangguk abes xkasi mama pon..
walaupon mama xdpt, asalkan ank mama kenyang, mama sukee sesangat..
mr. papa makan sup jugak
deli wings 4pcs
cukup buat kite ber3..


noted :
Alhamdulillah, kenyang rezeki drpd Allah Taala
◕‿◕

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, October 27, 2011

Lawak Pendek..Exercise Mulut ('____')

Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/ Lucu 6: Makan
cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?
cB: kau makan ape?
cA: makan angin...............................


sumber : zonlawak

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Monday, October 24, 2011

Macam² Watak Pengguna Muka Buku

 
kahkah..mcm² hal..
sapa la punya kajian nih..  
bila mama baca mama pon terasa..ader betoinya..huhuu 
bagaimana plak gan anda??hehee.. 
nak tau terasa ke x??kena la baca dulu..hakhak 
jum layanzzzz :P

 1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya 
... menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan
kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan
(Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan,
walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang
menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika
tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk
wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana
lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin
Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap )
kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla ..bla. .
Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar
dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut
terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar 
dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? =.=" 

dah abes baca kew??hakhak.. 
so anda yang mana 1?? 
renung²kanlah :))
via by : Bukan Belog Kamu

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Antara Loghat Kedah dan Kelantan, yg mana LEBIH MUNASABAH?

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

... Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: 
Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi emaknya tidak ada memang munasabahlah.

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, October 23, 2011

Teki-Teki Lawak

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, 
jika kegelapan masih mengelilingimu 
maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

---- sumbangan: PDRM

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, October 18, 2011

Perjanjian 3 Hinggit

mcm2 hal bebudak lani kan??
bebudak skg makin ceredik lol
mama dulu xcam nih..
sabo jelah..

p/s : kalo nk baca gan jelas, klik image ek..
dah baca ek..gud (✿◠‿◠)

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Mati Itu Pasti


♥♥ Walaupun 
“KUBUR LAIN-LAIN, 
DOSA LAIN-LAIN, 
SEKSA NERAKA LAIN-LAIN”
tapi, INGATLAH :

✿ܓ yang memandikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ܓ yang sembahyang jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ܓ yang mengkafankan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ܓ yang mengkebumikan jenazah kamu “ORANG LAIN”
✿ܓ yang membacakan yasiin untuk kamu “ORANG LAIN”
✿ܓ yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan “ORANG LAIN”

>>> Individu yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan TAKUT mati..ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI..jadi jangan menyusahkan “YANG LAIN” dengan perangai kamu yang “TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA” (✿◠‿◠)


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

♥♥ Muhasabah Diri ♥♥


♥♥..Semoga melihat KEBAHAGIAAN orang lain 
yang tidak pernah kita kecapi itu, 
masih mampu membuat kita TERSENYUM, 
REDHA dengan ketetapanNYA..
SABAR dengan ketentuanNYA dan 
BERSANGKA BAIK dengan aturanNYA..♥♥

>>> BAHAGIA itu ada di dalam hatimu..(✿◠‿◠)


via by : 

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Monday, October 17, 2011

Ada Jugak Macamni..hahaa


Rosak kalo sume budak² gini..hahahaa
lawak benor..


p/s : kalo korang nk baca gan jelas.klik image ek..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Kaseh Allah pd UmatNYERR


✿~ Niat baik = 1 kebaikan diperoleh.
✿~ Niat baik + Buat kebaikan yang diniatkan itu = 2 kebaikan.insyaAllah..
✿~ Kalau niat jahat = nothing.
✿~ Niat jahat + Buat kejahatan yang diniatkan itu = dapat 1 dosa.

>>> Itu menunjukkan Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..baru NIAT hendak buat baik, sudah dapat 1 KEBAIKAN..itu baru niat, belum buat

lagi..mudahnya..marilah bersama-sama membuat kebaikan dan menambahkan
pahala kita..(✿◠‿◠)

via by : 

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Stanza Iman


~✿..Rintik hujan akhirnya kunjung tiba..di saat diri tidak lagi berdaya menahan rasa, ku bebaskan perasaan itu PERGI..dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis..peritnya terasa namun, ketahuilah dan RENUNGILAH kembali ke dalam diri kerana mungkin airmata yang mengalir ketika itu hadir kerana Allah mahu kita MENJAHIT kembali stanza IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang TERSASAR dari KEIKHLASAN..✿~

>>> Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membebankan hamba-hambaNya dengan ujian melainkan SESUAI dengan KESANGGUPANNYA..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

✿ܓ..KAMU TULANG RUSUKKU..✿ܓ


WANITA : Siapa yang paling kamu CINTAI di dunia ini?
LELAKI : Kamu..
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)..Kamu, TULANG RUSUKKU..

>>> Kerana Allah MELIHAT bahawa Adam KESEPIAN..saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.,semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi
merasakan SAKIT di hatinya…(✿◠‿◠)

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, October 16, 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.


Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


GEMAR BERJALAN KAKI


Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.


Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


TIDAK PEMARAH


Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.


Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


TIDAK PERNAH IRI HATI


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


PEMAAF


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.


Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)


Oleh Ustaz Zawawi Yusof

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Friday, October 14, 2011

Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….





via by : Ir Reformis Muda
Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, October 13, 2011

Kisah Soang Guru


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.


Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.



Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.


Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).


Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.


Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.


Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.


Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.


Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.


Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.


Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.


Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.


Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.


Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.


Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.


Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”


Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.


Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…


Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”


Cikgu Ajoi :@$%&#^%


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, October 12, 2011

IUCD



IUCD dianggap sebagai alat pencegah kehamilan yang agak berkesan, 
namun kebarangkalian untuk hamil ialah 1 dalam 200 wanita setiap tahun.


Apa yang merisaukan jika berlaku kehamilan, kemungkinan besar kehamilan di luar rahem (ectopic pregnancy) dan terpaksa digugurkan secara pembedahan. Kehamilan dalam rahem juga boleh berlaku bersama alat IUD di dalamnya.Risiko untuk hamil adalah tinggi dalam tahun pertama menggunakan IUCD. Namun begitu kebanyakan mereka yang hamil akan mengalami keguguran dengan sendirinya (spontaneous abortion). Jika ia tidak mengalami keguguran, kehamilan ini boleh diteruskan, tetapi risiko bagi ibu dan bayi amat tinggi ketika memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.Oleh itu jika seseorang wanita itu hamil, IUCD itu harus dikeluarkan dengan kadar segera dan doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan tiada kehamilan luar rahem.



Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Baru Daftar Undi

Salam n morning all..
cur tgk pic nih..hahaa..
tau x ape mama pegang tuh..
huhuu..lawak bebenor..
kertas tuh mama br daftar mengUndi..huhuu
setelah 4thn bru mama daftar nih..teruk sungguh
malaih la nkg mengundi tataw nk pangkah sapa.
huhuuu..
so semalam 11/10/11,
 baru mama tergerak ati
nkgi daftar..kuang3..
aikkk br pasan, 
cantek jugak tarikh mama ek..hahaha..
apapon mama tunggu surat 
samada leh mengundi ke x 
11/11/11 nih..hehee
adiosss..


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, October 11, 2011

Kisah Soang PakCik di KFC

Lokasi : KFC Pendang

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sekadar Renungan

Perkara2 di bawah ini kekadang tak terfikir pun oleh akal kita, antaranya:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


..... T E T A P I...



KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN ...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


......infiniti. ......


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka di seksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah saw:

'Tiga kelompok manusia yang akan di jabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Salam Ukhuwah..~





via by : Tok Wan 2 on FB
Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)