Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 12, 2012

Mata Cik Qhayra Jadik Ketumbit


Assalamualaikum semua.


 tempek wajah kesayangan hamba.

alahai anak mama.. tak abes² gan penyakit ek. sementara nak besaw macam² dugaan yang anak mama kena hadapi. Sesungguhnya setiap ujian dan penyakit itu adalah penghapus dosa kecil. tapikan anak mama nih ahli syurga la sebabnya belum akil baligh..betul tak?? eh jap, tapi kan, tapi kan, rasanya Allah nk mghapuskan dosa kecil mama tak pon nak kasi pahala free tuk mama.InsyAllah :) hehee peace ^^.kalo korang nak tau apa lagi masalah yang pernah qhayra sila lah ke page Qhayra.sudi² berkenalan gan ank  dara saya yeerr.hehee
 biji ketumbit yag ada jadi di mata kiri cik Qhayra

untuk kali keduanya qhayra jadi ketumbit, di tempat yang sama..masa mula² jadi dulu, mama terlepas nak up entry dalam nih.. kiranya ini kali kedua lah jadiknya, aritu pernah jadi dan sehingga sekarang kesan tuh masih ada..ada kesan bengkakan sikit di bawah mata kirinya..ingatkan dah oke, tapi malangnya balik dari tadika semalam nmpk semula bengkakan nanah di bawah matanya, di tempat yang pernah jadi dahulu. 

bermakna belum baik sungguh la yang jadi aritu..saya pon tak tahu cmna nak buat. kalo mengikut petua dr mak saya, dia suh gosokkan bawang puteh di tempat yang jadi tuh. kalo saya sendiri yang jadik compom saya gosokan gan bawang puteh, tapi jadinya bukan saya tapi Qhayra.. takkan nk gosokkan gan bawang pulok kot. compom pedih la..masa sya gosok d mata saya pon pedih sampai mengalir air mata.. nak gosok d mata qhayra ermmm compom menangis budak tuh..

so, caranya saya bawak ke klinik, doktor kasi ubat, tapi tak baik sungguh pon. tengok ni dah jadik pulak.so, skg saya pon tak tahu camna nak buat. korang ada petua ka nak ilangkan benda alah nih?? sian cik Qhayra saya..huhuu


pernah juga saya bertanya ga doktor adakah faktor keturunan penyakit ni, sebabnya saya slalu je jadik ketumbit dulu, tapi sekarang tak lagik, tengok² jadi gan qhayra pulak, itu punca saya bertanya, tapi doktor cakap tidak sama sekali, ianya akibat daripada jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.

 *****************************************

tadi duk seacrh² incik google kite nih tentang info ketumbit nih..ketumbit ada 2jenis iaitu kecil dan sakit atau nama saintifiknya stye ataupun besar dan tidak sakit tau nama saintifiknya chalazion.

 stye
 1) Stye
- Ianya terjadi apabila terdapat jangkitan kuman pada liang peluh ataupun akar bulu mata seperti terjadinya jerawat.
- Bentuknya bulat kecil yang tegang permukaannya dan selalunya di bahagian kelopak mata luar dan menyebabkan kesan kesakitan.
- Biasanya bulat kecil akan ada nanah ataupun air
- Ianya berlaku dalam masa yang singkat.
- Boleh hilang dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu.
- Kebarangkalian akan berlaku semula yang tinggi. (recurrent)

 Chalazion
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

 2) Chalazion
- ianya terjadi apabila terdapat radang pada liang minyak dan ianya bukanlah suatu jangkitan kuman dan ianya bukan seperti jerawat.
- Bentuknya lebih besar berbanding stye dan ianya berlaku seolah-olah seperti di dalam kulit dan tidak menyebabkan kesakitan.
- Bulat besar biasanya tiada kelihatan nanah atupun air, cuma ada kelihatan kemerahan sahaja
- Ianya berlaku dalam masa yang agak lama perkembangannya, mungkin minggu ataupun bulan.
- Ianya juga lambat pulih.
- Tidak berjangkit dan kebarangkalian akan berlaku adalah tidak begitu tinggi berbanding stye.

 Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.


Bilakah pembedahan diperlukan?

Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi 2 minggu.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?

Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.

Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?

Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.

Anak saya sering mendapat ketumbit, adakah ini bermakna beliau kurang sihat?

Tidak, sebenarnya ia jangkitan dan boleh berlaku pada sesiapa saja.


Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?

Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.

Bagaimanakah pembedahan ketumbit jenis kalazion dilakukan?

Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun untuk kanak kanak, pembedahan menggunakan bius am diperlukan.

info drpd :

so, jangan lah korang menganggap ketumbit terjadi akibat mengintai.. Jadi, berhentilah mempertikaikan anak anda atau orang di sekeliling anda bahawa mengintai itu boleh menyebabkan kejadian ketumbit ini. Kalau ianya benar-benar berlaku, ini semata-mata adalah kebetulan sahaja..sharing is caring.

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

50 comments:

Mimie said...

sy jrg kena...kalo kne tak timbul pun tp bile sentuh skitla

MAZLIZA ABD RAZAK said...

ingat lagi masa dulu2 orang tua selalu kata, kalau ketumbit maknanya menghendap orang huhu...
tapi tak betui kan

intanfirdaus247 said...

kesian qhayra..moga2 cepat smbuh ya

nur anis said...

kesian qhayra..semoga cepat baik ye..

dya bunga said...

bawak qayra g jumpa doktor..hihi

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

ciannya, Qhayra...
moga Qhayra cepat sembuh yerk..

Lelaki Ini said...

alalal..
siannya dia.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tera nk besar budak2 ni mcm2 penyakit la..moga qhayra cpt sembuh..

p/s : profile ada berapa?semalam punya rasa mcm profile baru

Nyue said...

biasa org dlu2 yg ckp cam tu akak...huhu...sebenarnya xpon ....kecian qhayra..

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

ciannye qhayra,,sakit ni,,moge cepat smbuh tau

nik ros said...

siannya.
kwn ni siap kena buat pembedahan lagi sebab ade ketumbit ni

Mrs Velentine said...

mesti gatal tue...MV selalu kena..

Anum said...

sakitnya

Fiza Rahman said...

Kesiannya Qhayra. Semoga cepat sembuh.

Cik Nur said...

nur dari kecik sampai besar..de masalah ketumbit ni.. pernah satu hari bengkak besarrr.. pi klinik doktor suh operate...seremm..!

tapi nur xmau operate.nur sapu ubat.. lama2 dia hilang..dan skarang xjadi lagi..alhamdulillah..

intanfirdaus247 said...

rasa mcm da komen dah kat sini..hehe..:) dq, kak intan dah lama dah x ngajo..hehe..dulu kontrak je..:) b4 dapat keja tetap ag..lupa dah semua2 pasal eko..hak hak

ieedaz @ mama_isha said...

salam DQ..maaf ler lama tak singgah cni.. terima kasih tau atas keychain & hair clip tu..:)

ala sian nye qhayra.. moga cepat sembuh yer sayang...

syiela said...

kesian dia..

kecik2 mmg penat sikit.. dah besar esok ok la :)

mama aini said...

assalam ..semuga CLG DQ cepat sembuh...n thanks atas info ni..

Nisah Idham said...

alaaa kesiannya...
sakit nih..

eB said...

aduh. nmpk skt. tp pakai bwg pth? uishhhhj. pedihnyer. :-(

Chic Na said...

sian qhayra. moga cepat sembuh. ;)

Si Matatajam said...

Alahai sian Qhayra..akak x tau plak sb Khalish x pernah jd

Si Matatajam said...

Hope Allah berikan kesembuhan pada Qhayra..

sHaRiNa eLyaNa said...

alala..cianya adik comel ni..hope cpt sembuh ya :)

nanieybarnieylurviey said...

Siannye kt qhayra.. Cpt2 smbuh..
Thanks jgk info2 yg nani bru tahu. Before ths xpnah pun amik thu.
Zmn kecik if naik ketumbit n org ckp sbb mengendap mmg bengang. Haha. Walhal xpun. Ishhh mcm mne leh tmbul bnd tu lak

Dunia Wilma said...

Kesian Qhayra...Semoga cepat sembuh ya ^_^

Khairun Solehah said...

haha,cian adik kita tu.. smga cpt smbh ye =)

ieda said...

akak pun jarang kena ..
harap2 x berlarutan lah ketumbit tu kan .. sian lak kat Qhayra ..

Lily@MamaZaraZareef said...

Sian cik qhayra..lame gak dia kena ketumbit ni ya..sakit tu lg2 kalau jenis suka gosok mata..harap cpt sembuh ye sayang..

My Life's Journey said...

cian anak sis .. huhu umi harap ketumbit tu akan hilang ..memang sakit kalau ada ketumbit ni ..nak keluar umah pun rasa sedih ..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Sian Qhayra..moga cepat sembuh ye..

dEdEQ dE wIshEs said...

SEMOGE CEPAT SEMBUH :)

izan mama mia said...

dedulu pernah kena gak..mmg tak suka hihi..mg qhayyra cpt sembuh yer

nuyui a.k.a miss YUI said...

xtaula nak bgth tips apa ni kak..

are_lin@yu said...

alahai sian qhayra org bsar pn klu jd sakit tmbh dia bdk lg..huhu..cpt sembuh ye qhayra sayang..huhu

::NureeN:: said...

anak2 x pernah kena lg... :)
moha qhayra cpt sembuh

Myra Jay said...

Alahai siannya Qhayra..

Bersabar ye kak, setiap ujian ada hikmahnya

Arina Shamsul said...

Alahai..cianya qhayra...

Mama takde petua cara nak nilang kan dear..huhu

Hope qhayra cepat sembuh.Cian dia..

mama aryan said...

alahai siannya dia..cepat sembuh ye cik qhayra

Dylla Abas said...

kecik2 dulu kalau kena ketumbit..mesti semua adik-beradik pun kena jgk..sweet kan kitaorg..hahaha :) tp sumpah x ingat mcm mana mak buat utk hilangkan ketumbit tu..ngee..

Deqla manjew said...

deqla pun selalu gak kena ketumbit.. org2 dulu kata kuat skodeng..hahaa.. x leh blah betol ar..deqla kerap ketumbit kat atas mata..

kinara kinatara said...

kina rase setakat nyh kina x pernah alami lagi..

xp law yang kat tepi kedua2 bibir 2..x taw ape nama dye..selalulah...dan sangat menyakitkan..

Yana Libra said...

kesian qhayra..moga cepat ok ye!

Si Matatajam said...

Dah sembuh ka mata Qhayra tu DQ?

Cik Aini said...

sian Qhaira..dah sembuh ke DQ?
sakit kan jd ketumbit tu..nk tgk bawah pun sakit..

shidaR said...

sapu air bwg putih xslp saya :)

shuhadaothman said...

alahai..sian cik qhayra. ok x lagi kak?

wan nurul hezrina said...

alahai mesti gatai2 kan qhyra?

QasehnyaRania said...

jarang kena.tp da org penah kata letak bwg putih .
semoga qayra cepat sembuh