Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2012

Hapi Besday Bro & Welcem 2013


Assalamualaikum semua..

ini entry terakhir bagi tahun 2012..
entry khas ditujukan kepada pemilik belog di bawah ini.
http://abahsofea.blogspot.com/
Abah Sofea
Semuga panjang umur, 
murah rezeki, 
sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat
dan sentiasa dirahmati serta 
diberkati Allah swt.
 InsyAllah. Ameen

beliau merupakan opismate saya..lebih kurang bos saya juga la.. tapi bukan satu bahagian gan saya,.hihii.. korang boleh la ke blog beliau tuk kenal beliau gan lebih lanjut. beliau sangat peramah orangnya..
 
************************************************
saya juga nak ucapkan
 untuk rakan² dan follower yang dikasihi sekalian..

semuga tahun 2013 membawa lebih seribu rahmat buat kite semua..
Insha ALLAH ^_^

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, December 30, 2012

Ole² From Bangkok


Assalamualaikum semua

salam ahad terakhir utk tahun 2012.. pejam celik pejam celik dah penghujung tahun kan?? pantasnya masa berlalu meninggalkan kita.. iskkk rasa macam lama pulok tak buka belog nih..fuhh..fuhhh berhabuk suda..hikhik.

entry ini syda agak lama dalam draf, puan belog agak bizi so tersimpanlah ianya rapi dalam draf tercinta..huhuu.

ole² kan dapat hari yang sama saya berjumpa gan kak Dayana. kan ader dalam n3 tuh saya gtau tujuan sebenar balik alor setar kenapa..hehee dah lupe ke.. kalo lupes jum baca SINI oke?

maktok col tanya nak balik tak?? then, terus mr. papa ajak balik.. bila dah balik dapat la habuannya..ole² from Bangkok. maktok ke Bangkok pada 13-17hb yang lalu. 
ini mama punya habuan
papa punyerr
cik qhayra punyer.
 
anak dara kite yang kaki posing.
u see kasut tuh pon from Bangkok yaa..

tima kaseh tak terhingga utk maktok atas ingatan yang diberikan. 
sayang maktok ^_^

keesokkan harinya semangatlah cik qhayra kite nih g skul nak pakai baju baru. pepagi dia akan pkai baju skul dulu. baju skul dia kat SINI oke. tengoklah sendiri design baju sekolahnya. lepas tengah ari diorg akan tukar baju lepas mandi dan makan. saya akan sediakan 2 pasang baju dalam beg skulnya, satu tuk dia pakai, dan lagi satu spare punya baju..kot² ada sesuatu yang tak diingini berlaku. bolehlah dia tukar baju yang spare tadi..

satu insiden yang tak diingin berlaku, di mana baju baru yang maktok kasi tuh baru jre pakai jadi koyak rabak..hahaaa.. kesian gan qhayra,, saya tak tahu la pulak bila masanya koyak coz dia pakai baju tuh di sekolah..
kahkah..inilah rupe koyak tadi..mmg sangat² la kelakar jadinya..ari kejadian tuh, kebetulan mr. papa yang amek dia balik dari sekolah, so, saya terus balik umah apabila dapat sms drpd mr. papa gtau yang dia dah amek qhayra. bila saya sampai je rumah, turun dari kereta, cik qhayra dah siap tunggu depan pintu, gan muka tak puas hatinya..apabila saya terpandang baju dia, MasyAllah, apa dah kjadik..terus saya ketawa. tapi cik qahyra gan hanginnya, terus marahkan saya,
qhayra : tengok..tengok..tengokk.. mama bubuh baju kat adek carik,,
mama  : mana mama tau carik la, masa mama bubuh semalam 
mana carik lagik..
qhayra diam tak berkata, tapi still tak puas hati la..
mmg dia marah gan saya..then saya cakap ;
mama : mama kan bubuh 2pasang baju, awat yang adek tak pakai baju lagi satu dah tau yang nih carik.

qhayra : mana adek tau kata ada lagi satu baju..(gan nada marahnya dia)
mama : mama mmg slalu saja bubuh 2pasang baju dalam beg adek tuh.. awat yang adek tak tengok, yang pakai juga baju koyak tuh sapa suruh..adeyy.
qhayra : takpalah nt adek suh maklong jahit. (nada yang dah makin cool)  
mama ; lain kali bila ada apa² kena gan baju, adek amek lagi sehalai bju dalam beg oke? mama mmg letak 2pasang baju tuk adek tau. lain kali tgk sama.tau??
qhayra : okelahhh..(smbil minta mama tanggalkan baju dia..)

kalo korang nak tahu?? cik qhayra mmg sengaja tak tanggalkan baju dia semata² nak tunjukkan gan saya betapa marahnya dia tau.. mmg cmtuh la dia selalu²nya..huh penat jugak kadang kala layan karenah dia, tapi itu la dugaan yang harus saya terima dalam mendidik dia..penat mmg tersangat penat gan cakap dia yang agakk petah itu..tapikan saya tetap sabaq.. kadang kala hilang juga sabar saya nihh.. kena juga la cubit gan saya. masa itu mmg geram tak sangga la orang kata,,semuga Allah kasi kami mama dan papa dia kesabaran yang sangat tinggi,.

note : bukan sengaja nak pukul qhayra tau..
mama dan papa marah or terpukul qhayra,
 pahamlah bahawa kami benar² sayangkan adek.

wassalam, 
coretan khas Mama Qhayra 30/12/12 jam 15.29

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, December 27, 2012

GSF : Terima Kaseh MV


assalamualaikum semua..


 tempek dulu gift dari beliau

selamat pagi..entry ni terlambat suda..hikhik..ampun bah. ekceli, n3 dah lama draf, tapikan belum berkesempatan nak update..huhuu..hampir semua ahli kluarga GSF dapat kan?? sapa yang dapat angkat tangan macam awok nih..hakhak. ramai juga yang dah up n3 ttg nih..maaf awok terlewat, byk menda nak cerita, tapikan bizi la pulokkk..fuhhh.

terima kaseh tak terhingga diucapkan kepada pemilik belog ini
atas ingatan yang diberikan..terharu bah.,hikhik..
siapakah gerangan puan empunya blog..jum tengok..
jangan mara bah..dq curi pic kamo :)

inilah dia puan empunya belog di ats.. 
Mrs Velentine or lebih dikenali MV
aloloo chantek saja muka.
chinese look ka..

terima kaseh banyak² ya mv..terharu saya. 
semuga persahabatan kite kekal hingga ke syurga ya..
insyAllah :)

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, December 26, 2012

Ayahanda Semasa Di Warded


Assalamualaikum semua

apa kabor semua?? diharap sihat la hendaknya ya..mood masih lagi bercuti sebenarnya..huhuu bermalasan benor nak masuk keja arini. tapi mengenangkan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang pekerja, makanya dalam ketidakrelaan ku datang..hahaa *ayat poyoss la..abaikan yerr. merapu meraban pepagi nih..

dalam entry INI, ada saya gtau yang ayahanda tercinta tak sihat dan dimasukkan warded. Alhamdulillah nmpk ayah makin kuat, cuma masih belum dapat apa² keputusan ttg pnyakitnya, sama ada harus dibedah atau pon doc kasi ubat saja, buat sementara waktu nih mmg ayah bergantung gan ubat tahan sakit..lain punya ubat ta raaaa.. insyAllah, 7hb nanti result ttg pnyakit ayah keluar. muga² ayah tak apa². Ameen

saya pon mmg tak sempat nk hapdate blog. apatah lagi BW, maaf ya.. sesungguhnya keluarga lebih diutamakan. dekat entry INI pulok, saya mohon maaf kerana tak dapat BW kerana kerana last minute, emergency kes, terpaksa cuti. nak bawak ayah ke hospital kerana ubat ayah kehabisan.
pic semasa ayah di warded.
jangan salah paham oke. skg ayah di rumah bukan di warded. pic nih semasa ayah di warded di entry SINI, tau. ketika entry tersebut dikeluarkan, pic ini tak dapat dimuaturun bersama kerana ada masalah teknikal..hikhik, so kluar entry dahulu, pic keluar kemudian :)
drip asid, katanya badan ayah kekurangan asid.

cerita lebih lanjut sila rujuk entry INI oke.

buat kalian yang sudi doakan kesihatan ayahku di dalam entry INI dan INI., terima kaseh tak terhingga,
muga berkat doa kalian, ayah saya sembuh seperti sediakala :)
dan Allah jua yang dapat membalas segala jasa baik korang.

nota chinta : 
saya ondaway ke umah u'olls,
 slow² spt kura² oke,
 taknak laju² takut kena "spedtrek" pulok..hikhik

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Monday, December 24, 2012

On Leave

assalamualaikum semua..

maaf tiada komen dari saya..arini saya bercuti..last minit emergency kes..dapat sms dari ayong yang minta saya bawak ayah ke hospital amek ubat..ubat ayah dah abes.

kata ayah.makan ubat tuh rasa macam oke sikit..so skg nih tengah siap2 nk ke hospital..smg dipermudahkan segala urusan. amen

noted ; komen korang belum dipublish. insyallah rabu nih satu persatu saya jejak balas komen korang ya. o_O
posted from Bloggeroid

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, December 23, 2012

WW #10 : Ayam Bakar Saya

 tgh bakar..
excited nak snap.

ini lah masakan arini..
nyum..nyumm jemput makan..

nak resepi ka??
senang saja.
ayam, garam & kunyit.
gaul skali & sedia dibakar.
dah masak hidang dan makan.. heheee

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Saturday, December 22, 2012

GSF : Jumpa Kak Dieyana


Assalamualaikum semua.

salam sejahtera. mudah²an kalian semua berada dlm keadaan sihat sentiasa ya. maaf lewat lg hapdate blog.. 

semalam hinggatkan nak up n3 ttg perjumpaan gan Kak Dieyana, tapi kan bizi sangat smpy tak sempat nk up n3 tuh..hehee..korang tau sapa Kak Dieyana ha dia adalah pemilik blog Di Sini Ruangku Berkongsi, ibu kepada si tenit Hannah dan juga merupakan salah seorang keluarga GSF. kenal tak?? kenal tak?? family GSF, mmg dah sedia maklum ttg perjumpaan ini.

alkisahnya, pertemuan ini tak dirancang. memula mmg ada juga keinginan nak jumpa Kak Dieyana bersama Cik Aini skali, dekat jeti Kola Perghlih. dah tuh Cik Ai gtau Kak Dieyana sampai around 2pm. masa tuh mmg saya dah tak boleh kluar la coz lunch time jam 1pm. so batalkan hasrat nak jumpa..rasanya mmg takdak jodoh la nk jumpa akak kite nih.

petangnya, balik keja mr. papa ajak balik alor setar, katanya nak balik amek ole² MakTok dari Bangkok. so, dalam perjalanan balik saya chat gan kak Dieyana melalui whatsApp..kata kak DIeyana, beliau ada kat Jitra. lepas maghrib nak gi ronda² Tesco.

memandangkan umah MIL tak jauh dari Tesco, saya pon set  gan kak Dieyana. lepas maghrib saya pon bersiap sedia menunggu khabar dar beliau, then dia gtau macam tak jadi je, coz ahli² kluarga yang lain macam dah letihh. saya pon ok saja, nak wat cmna dah mmg takdak jodoh..huhuu.

tiba² jew, beliau gtau jadik pulak ke Tesco, saya pon ok saja..excited juga nk jmpa Kak Dieyana nih..malu pon ada..ahahaa..dah supa nk jmpa pakwe daaa..huhuu

so, inilah tempat perjumpaan yang tak dirancang kami..hehee
tak sangka berjodoh juga akhirnya..hahaa
inilah puan empunya blog Di Sini Ruangku Berkongsi
orang yang tinggi lampai.
mmg tersangat² tinggi tau.
sabo jelahh puaihh la saya nak jinjat..hahaa
lastly jumpa jugak kite ya kak..iskk cm tak percaya saja.
jumpa pon dalam keadaan yang kalut.
mau taknya, mr. papa asek duk tel saja nak balik dahh.
lepas jmpa kak dieyana, kitorg nak blik umah kite pulokk la
esoknya kan nk keja lagikk.
kak dieyana xpalah dia, berholiday sakan.hikhik
 
 cik qhayra gan anty dieyana

Kak Dieyana merupakan blogger pertama yang saya jumpa 
sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blogging nihh..hihii, 
pasni tak tahu lah nak jumpa sapa la pulokk ekkk. wait n see lorr..hihii

korang tau, saya nih pesen tak leh gelabah tau 
bila gelabah jew, ader je tak kena.hahaa
buktinya, silalah lihat di bawah ini.
seliparku putus pulokk. time jumpa kak dieyana pulokk tuh. ekceli, dia ada pin ka klip ntah. yang boleh masukkan balik, sembag punya sembang mujur jumpa pin tuh. dah masukkan dah tapi bila blik umah tgk dia tanggal pulak. dah tanggal tuh pinnnya mmg tak jumpa teruss..hahaa..lawaknya rasa..wat malu gan kak Dieyana saja. be4 ini pin tuh selalu jugak tanggal. tapi kan slalu bila bubuh balik oke saja. kali ini dia ilangkan diri trus..ntah la nak suh beli  baru kot.hahaa

selipar ini jenama crocs, dah lama dah saya pakai hampir 2tahun rasanya, sedap pakai tau.. haha dah tak pernah jumpa dah pesen nih. sayang sangat gan selipar ini, dah tuh MIL beli selipar lebih kurang sama macam ni tapi bukan crocs la. katanya nmpk saya pakai sedap saja..hahaa..tamatlah riwayat selipar kesayanganku..maaf terpaksa lah aku cari ganti yang baru..hikhik.

noted : arini cuti esok² saya ke rumah korang ek. 
sekian (!)


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Friday, December 21, 2012

GSF : Hapi Besday Ibu Qalief


Assalamualaikum semua.


n3 khas buat pemilik blog ini 
www.winkwinkwinky.blogspot.com
Semuga panjang umur, 
murah rezeki, 
sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat
dan sentiasa dirahmati serta 
diberkati Allah swt.
 InsyAllah. Ameen 


noted : autopublish entry 
menaip pada : 05/12/2012 11.27am

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, December 20, 2012

Stress weiiii..!!!

assalamualaikum semua.

maaf tak dapat hapdate blog dan apatah lagi nk blogwalking..mmg tersangat tam dak mood..

1.semalam amek duit dekat atm,tekan rm50.tunggu punya lah lama.last2 keluar kad..tapi duetnya ta raaa.
tindakan : pagi tadi wat repot di bank. katanya seminggu baru baru dapat balik duet..
xrapa nak kesah sangat la coz semalam baru gaji..oke settel bab tuh..tunggu diorg bayar balik saja.

2. baru taksat. around 1.30pm nak amek duit tgk2 kad bank pulok tak kluar..waduhhhhh stress la.cmni..kalo kad tak kluar otomatiknya duet tak kluar lorrrr...
tindakan : trus jalan kaki ke bank skali lagi repot. tanya diorg bila leh dapaat balik dia suruh datang isnin minggu drpan pulokkk dahhhh..aduiiiiiii..

wuaaaaa dah nak nangis dah nih..bila kite ke atm nk buat hapa kalo bukan amek duit..kalo amek duit pulok nk buat apa kalo tak guna betul tak??! wuaaaaa teriakk lagi...penat..penat...meenciiiinyaaaa..wuaaa...nper la malang sangat harini..sedihnya...
posted from Bloggeroid

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, December 19, 2012

Qhayra Tanpa Pampers Days 6


Assalamualaikum semua..

sepatutnya n3 dikeluarkan semalam, memandangkan mama excited nak main teka² so hold kejap n3 ttg qhayra, kalo ikutkan semalam hari keenam qhayra tanpa pampers masa tido.

merujuk kepada n3 INI, saya ada mengikuti beberapa tips yang melatih Qhayra tanpa pampers, dan ramai juga yang memberi pendapatan. terima kaseh para ibu² dan "bakal ibu" sekalian.

hari kelima beliau, mmg baik tiada sebarang kebocoran, tahu kenapa?? kerana dia tak minum susu. oke saya cerita pelan² ya. ari isnin petang, balik keja dengan hanya tukar baju, kiteorg terus balik kampung..mr. papa hal, lagipon balik coz maktok ada belikan ole² utk km anakbaranak from Bangkok..so, aritu balik tanpa bawak balik susunya. kiranya dia cuma makan nasi sahaja.. malamnya ondaway balik dia tido terus dalam kereta, then, sampai umah, saya kejutkan dia masuk rumah dan sebelum tuh suh dia ke toilet dulu buang apa yang patut n tukaq pakai baju tido.

around 4pm, lagi sekali dia bangun dan ke tandas, selepas itu, minta juga gan saya nak minum susu. alahai kesian pulak gan dia. mau taknya, seharian tak minum susu.. saya bancuhkan susu, kasi dia..tiada sebarang kebocoran yang berlaku. Alhamdulillah, pencapaian yang memberangsangkan.cik Qhayra kite nih kalo korang nak tahu, bila dah perut kenyang, lepas minum susu, lena pon nyenyak la. paginya mama keja dan di pulok ke sekolah, susa la dia nak bangun, almaklumla perut kenyang kan..kite pon macam tuh jugak bak kata orang "perut kenyang mata pon ngantok" lorr macam ular sawa kekenyangan..huhuu. kejut punya kejut akhirnya bangun juga dia.. itu pon puaih la mama nih haa..

hari keenam, iaitu semalam. sekali lagi paipnya bocor daaa..huhuu. kali ini dia minum susu. makan nasi lepas maghrib, suda makan, 15min kemudian, minta susu pulokkk daaahhh.. oke mama stil steady, apa dia nak mama kasi.huhuu, minum abes sebotol, mama siapkan barang² keperluan qhayra dan keperluan mama esoknya. rutin harian, pas maghrib dan makan mama iron baju keja dan masukkan baju qhayra tuk ke sekolah.

lepas je mama layan cite "terlanjur cinta" saya dan qhayra pon get ready tuk sleep.ngantok bahh..hikhik. walaupon satu saat saya sayangkan tido saya.hahaa..maaf yer mmg jenis tido awai kecuali kalo ada cite best, baru tido lambat, tapi kalo ngantok sangat² mmg tak layan tibi la..huhuu.lebih sayangkan tido tau..huhuu

dalam sedapnya duk tido, tiba² rasa basah..hahaa. sabo jelah, saya tak pasti pulok jam berapa sebabnya tak pulok tgk jam..bila kejut dia tak bangun, so biarkan lagi, cuma saya bersuara, bangun la cuci dan tukar seluar, hinggatkan dia tak sedar, rupenya sedar., so bangun la dia gan mamunnya, tukar seluar yang basah.bila semua selesai, tido balik. 

ekceli, mmg kena sabaq banyak sikit la dalam hal ni. saya sebagai seorang ibu adakala letih juga bila terjaga tengah malam. ohh terlupa pulak ada lagi satu petua yang agak baguslah, sapukan minyak gamat or lagi bagus minyak But-but HPA. di perut bawah pusat. saya pon ada try, tapi kan benda ni amek masa.. 

perubahan qhayra agak memberangsangkan,  

1. apabila dikejutkan tuk cuci dan tukar pakaian basahnya dia tak lagi menangis. itu yang paling bagus bagi saya.
2. dia dah mudah terjaga apabila dah basah. itu pon selepas dah bocor. ini juga satu pencapaian yang baik coz b4 ni, dia susah nak jaga.

harapan saya, agar selepas nih dia mudah terjaga sekiranya nk ke toilet. cuma sekarang ini dia macam tak menentu,. susah nak jangka. pantauan ttg minum susu sebelum tido pon adakalanya dia tak buang, adakalanya dia buang..ermm, itulah susah nak jangka dia,. saya mmg tetap mencuba walaupon saya letih sangat..huhuu. dalam minggu ini sehingga minggu depan adalah tempoh percubaan bg dia. kalo lah tak berjaya juga. mmg jalan paling baik dan bagus adalah sediakan pampers gan dia.huhuu.

insyAllah mudah²an ada lah keajaiban dan perubahan darinya, fuh, mama menaip ini gan penuh harapan tau..

noted : n3 ttg penjumpaan gan Kak Dieyana KIV dulu, insyallah petang sikit saya up..BW umah korang pelan² saya sampai oke.


sekian. wassalam

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, December 18, 2012

Jawapan Jum Teka & Pemenangnya


Assalamualaikum semua.

selamat petang.


terus ke tajuk utama.taknak sembang panjang² dahh..

ini image be4 dicrop..
rasanya korang leh teka tak??hehee
oke korang tekalah pelan² oke, 
kerna saya suda ada pemenangnya.

jawapannya adalahhh

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 V 
ta raaaa..
mirror..mirror in da world..hehehe
aka CERMIN
 memula dapat sy pon tak sangka itu cermin..
hinggatkan purse coins ke..huhuu.
semangat la buka tengok² cepat..

apabila saya terkena. 
so saya pon terfikir nk wat soklan teka² gan korang.
hikhik, aci tak??

so di sini ada dua orang pemenang nya.
mula tuh hinggat nk kasi yang terpantas sahaja
namun melihatkan jawapan dr yanglain takdak pon so
saya kasi dua org pemenang..hihii

jum tgk sapa yang kena.
 sila klik image kasi dia besaw yer..

yang paling pantas mestilah pengomen yang berada dibawah kan.
so secara automatiknya pemenangnya ialah mereka dari keluarga GSF..
cayalahhh..

tempat pertama ialah
NYUE
pemilik blog http://nyueyien.blogspot.com/

yang keduanya ialah
CHIC NA 
pemilik blog http://thecoklatblog.blogspot.com/
tahniah buat mereka yang menang..

noted : cikna gan nyue, hadiah u'olls ondaway, saya dah siap packing dah..tinggal nak terbangkan jew..hehee. hope korang suke gan adiah tuh ya. kalo nak tau adiah korang serupa, sama dan sebijik. hahahaa..terima kaseh semua yang meneka, sila klik SINI utk melihat tekaan dari blogger lain.



Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Jum Teka (!)



Assalamualaikum semua.

arini nak main teka² la..lama rasanya tak buat teka² ini..hehee.. ekceli, nak buat tapi belum berksesmpatan.

be4 itu, nak cite sikit la.. kitorg g makan kenduri khatan anak opismate mr. papa. ari khamis aritu, balik kg terus ke tempat kenduri, so makan dah kenyang, cik qhayra pulok tgk taman mini di umah tersebut.. cantek saja. so sempat la ank dara saya berposing..hehee

maklumla dah mmg kaki posing ek..so pantang nmpk tempat cantek lorr..hikhik.


 tengok kemain lagi dia posing ek. suke la dia
hahaaa.. kasi cik qhayra la umum nak teka apa??
 "okeh, semua dah ready ke nak main teka²??"
sekarang mama saya nk umumkan teka² ya..
ready 1.2.3...

cuba teka apakah benda di bawah ini???

peserta terpantas dan tepat akan dikira pemenang.

tiada tarikh tutup selagi pemenang belum ditemui.
apabila pemenang sudah ditemui maka, secara automatiknya
petandingan ditutup.

tiada juga clue.
pandai² la korang teka ek..hahaa

benda alah ini souvenir dari
 tuan & puan umah kenduri khatan yang kitorg pergi.
(*boleh dijadikan clue tak??)
ntah la lu pikirlahh sendiri..

ohya, sebelum tuh, 
saya nk minta tlg jawab servey 
yang terdapat di sidebar kanan blog saya seperti 
image di bawah ini..

jasa baik korang saya ucapkan ribuan terima kaseh


sekian, selamat menjawab.

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Monday, December 17, 2012

Paip Bocor Qhayra & Tips Mengatasinya


Assalamualaikum semua.

walaupon dalam keadaan kerisauan dan kesedihan mengenangkan ayah, namun juga kisah lucu tentang cik Qhayra,.

alkisahnya, sejak 2,3 arini saya cuba taknak kasi Qhayra pakai pampers waktu tido,. ekceli, mmg dia dah xpakai pampers, namun time tido dia kena pakai coz saya macam tak harap.kang "ke_c_ng" abes tilam.hahaa.

kebetulan pampers nya mmg abes, so pernah dulu saya sembang² gan dia ttg anak opismate saya, sama umur gan dia tapi budak lelaki, dah xpkai pampers time tido. so, dia kasi alasan gan saya nak abeskan pampers yang ada dulu.

sebelum ini, kalo dia pakai pampers pon kadang² tak rosak pon pampers tuh *pahamkan maksudnya dia takdak buang air kecil.jadik pampers tuh boleh digunpakai lagi.

kiranya dia kena tunaikan janjinya. so, saya xnak belikan tuk dia.,weekend kitorg balik kampung, 2malam di kampung mmg takdak masalah. Alhamdulillah semuanya lancar.

tapi semalam, paip bocor jugak akhirnya.. hahaa around 12am, tertiba jer saya ada ader bunyi, bunyi tuh cm dekat sangat gan saya. tgk² basah dahh.kejut dia pun tak bangun. so, saya biarkan saja, kalo saya kejut juga, dia bangun compom nangis tau. malas saya bunyi budak nangis tengah² malam tuh.
* utk pengetahuan semua, tido saya tak lena tau, asek pikir dia yang tak berpampers..huhuu. tapikan saya ada lapik "toto" keciknya masa baby dulu di bawahnya ada plastik. itu pasal saya biarkan saja.

around 4am, dia bangun. rasanya tak selesa kot.. bila dah bangun ada juga la nangisnya tuh,kui 4pagi oo..masing² org dibuai mimpi lagi..hahaha..

gan rasa ngantok dek lena tak jerap, bangun la saya..cuci semuanya yang basah tuh, tukar baju dia, bila dia nangis, automatik saya jadik nak marah.hahaa sabo jelah yang mama pon.

* xder niat nak marah dia. cuma pagi² kan biasa la,
mama minta maaf ya sayang,
mama pon tak sengaja ank marahkan adek, huhuu

bila selasai basuhan semua, tukar baju lain, pakaikan gan dia, masa tuh mood dia dah oke, siap senyum lagik..hahaha, saya ckap "koman la ank mama nih".. dia tiada sepatah kata hanya mampu senyum, maybe maseh mamun (kedah ckp gitu) hakhak.

malam nih punya part arap² xder lagi paip bocor..
mudah²an Amin :)

***************************************
di sini ada beberapa tips utk mgatasi anak kencing malam

1. Jangan marah bila anak TER - kencing..nampak tak TER itu. Maknanya dia tak sengaja

2. Jangan war – warkan masalah ini kepada orang lain kecuali orang yang dipercayai untuk sama – sama mencari jalan mengatasinya.

3. Menghebohkan masalah kencing malam anak akan menjatuhkan air mukanya, lagi la kalau anak itu sudah agak besar.

4. Dua jam sebelum tidur, jangan bagi anak minum. Tetapi kalau dia dahaga, bagi je la..jangan kejam sangat.

5. Bangunkan dia untuk ke bilik air dalam sekali dua di waktu malam,

6. lapik je tilam atau tempat tidurnya dengan plastik, agar tak bocor.

7.� kalau anak tu masih kecil, dalam umur 3 tahun ke atas, pakaikan je pampers, tak perlu bising.

8. kalau masih berumur belasan tahun dan masih TERkencing malam, bawa jumpa doktor, buat pemeriksaan kot – kot anak ada masalah lain.


9. Sila bersabar

10. Jangan kutuk – kutuk anak..tak baik

11. Dilarang keras memukul atau membebel ketika membasuh kesan kencing anak. Basuh sama – sama la, no hal kan…he he he

12. TERkencing...tiada siapa yang nak kencing malam dan mengotorkan tempat tidurnya termasuk anak anda. Tiada siapa mahu tidurnya terganggu dan tempat tidurnya dicemari.

13. ada yang kata anak ada masalah gangguan emosi seperti ketakutan kerana menonton cerita seram, dibuli, didera dan sebagainya. Elakkan dan cuba siasat masalah anak anda.

14. Anak kencing malam berpunca dari diri anda sendiri. Mungkin anda terlalu keras, meletakkan high expetation yang tinggi sehingga mereka tension.

 

Kasihkan anak, kasihani anak…Anda juga akan dikasihi Allah
sumber :
puan Google


*Ada penambahan silakan..perkongsian anda amatlah saya perlukan.

P/S : entry ini tak der niat nak malukan anak saya, cuma crita gan korang kot² dapat membantu manyelesaikan masalah saya. dan usah cadang pakaikan dia pampers coz tujuan n3 nih nak kasi dia berhenti pakai pampers,,hikhik. perkongsian anda saya dahulukan terima kaseh ^_^

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Terima Kaseh Kalian Doakan AyahandaKu


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. tima kaseh atas doa kalian semua. 

ayah dah keluar semalam. tapi arini kena masuk warded semula. merujuk kepada cerita semalam, sepatutnya kawasan berdekatan paru² ayah perlu ditebuk tuk amek sample tumor tuh, tapi ditangguh sebabnya doktor yang merawat beliau terpaksa ke Sungai Petani pulak.

so, petang nih sekali lagi beliau kena tahan di warded, bekemungkinan esok sample itu akan diambil. tapi melalui kata Angah, doktor cakap kemungkinan besar kawasan berhampiran tak ditebuk seperti cerita saya semalam,. doc cakap kalo gunakan cara macam tuh risiko agak tinggi. so doktor cadangkan lagi sekali diorg gunakan cara endoscopy melalui hidung. Ya Allah lega sikit hati ini berbanding ayah nk dioparate semalam. InsyAllah mudah²n semuanya baik² belaka.

terima kaseh kpd kalian yang mendoakan kesihatan dan kesembuhan ayahandaKu.. semuga berkat doa kalian, ayah saya sembuh seperti sediakala. Hanya Allah mampu menbalas doa dan jasa baik kalian.


Ya Allah, Anugerah-kan lah ke atas Ayahku, wahai Tuhan ku penawar kepada penawar-MU dan kesembuhan daripada kesembuhanMU, juga keberkatan daripada keberkatanMU, juga rahmat daripada rahmatMU terhadap penderitaan- penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit, juga mereka yang lemah, dan sembuhkan lah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmatMU
Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Amin ya Rabbal Alamin.

Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya
Kami Berusaha mencari penawar buat Ayahanda kami .

Kami Iringi dengan doa dan tawakkal hanyalah padaMU Ya Allah


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, December 16, 2012

Doakan Kesihatan & Kesejahteraan AyahandaKu


Assalamualaikum semua..

selamat pagi Ahad semua.. pernah saya ceritakan yang ayah saya tak sihat dan dimsukkan ke warded di entry INI. semalam skali lagi ayahanda tersayang dimasukkan di warded. kali ini di Hospital Alor Setar. sebelum itu, segala urusan kesihatan ayah sudah telah dipindahkan di hospital Alor Star berikutan masalah kesihatannya yang berpanjangan. so, apabila berlaku lagi kes kecemasan atau sebagainya, mesti dirujuk di Hospital lama.

macamna saya nk ceritakan tentang ayah, saya sendiri tak tahu..ok pelan² saya cerita ya,, kalo xpaham buat² paham la k.

memula kisahnya, ayah mmg sakit, hampir setahun lebih. pernah ke merata klinik masih tak ok. then pernah juga ke HSB sebelum semua ni. bila doktor HSB cek, cakap xder apa, then kasi ubat, balik makan, stil x ok. tapi ada doktor pesan kalo tak ok, datang balik.

ayah saya bila rasa ok sikit, dia xp cek lagi. lama kemudian rasa sakit balik. kakak sulung bawak ayah ke PMC. bila ke swasta, ceknya lebih sikit tau, doktor PMC x-ray, dan didapati paru² berair, then, bawak result tuh ke HSB, kena masuk wad 3hari di HSB kemudian dipindah ke Hospital Alor Star (hospital lama). masa di HSB, diorg saspek tibi, so ayah dikuarantin, takut bjangkit pulak gan orang lain.

ari ke4 di hopital lama, diorg buat "endoscopy" melalui hidung.apa itu endoscopy sila ke SINI utk maklumat lanjut. mmg dapat report yang ayah paru² ayah ada tumor, tapi maseh kecil, peringkat awal. bila nk jadi cmtuh diorg nk tebuk kawasan berdekatan paru² tuk ambil sampel dibuat uji kaji. tapi malangnya, ayah takmau. katanya nak berubat kampung dulu. mungkin beliau pon takut, jadinya kami tak salahkan ayah, kalo kite ditempatnya pon kite takut. petangnya ayah dibenarkan pulang setelah minta izin dari doktor.

lanjutan kes aritu, ayah still tak sihat..dah ikhtiar cara kampung pon tak jalan. pada 9hb lalu, skali lagi kakak sulung bawak ayah ke PMC, kali ni doktor buat CT scan.info tentang CT scan sila ke SINI. result dah keluar, didapati tumor ayah makin besar dan kali ini mmg jelas kelihatan. so skali lagi ke hospital utk rawatan lanjut. rekod dah ada, so mmg kena masuk ward lerr.. so, semalam ayah ditahan di ward.

arini, 16hb jam 9pagi, kalo ikutkan kawasan bedekatan paru² akan ditebuk utk amek sample tumor nak di uji kaji. tapi tadi Angah (kakak kedua saya) col gtau tak jadi buat, coz doktor terbabit ke SP. bila pulak nk buatnya belum dapat info lagi. semalam mak saya yang jaga ayah, anak²nya dah balik sebabnya arini suda keja. lagipon kakak sulung sy maseh bercuti, kalo ada sebarang masalah esoknya saya cuti la. semuanya tunggu berita dari mak.

sedih dan sebak mengenangkan ayah. skg nih dia semakin kurus. dahla mmg asal pon tak besaq, bila berpenyakit kurus semakin kurus sangat..kami hanya mampu berdoa agar ayah sembuh seperti sediakala.

update : masuk semalam katanya ayah kurang asid dalam badan so, semalam diorg masukkan asid tersebut seperti masukkan drip water. baca lanjut ttg tanda dan kurangnya asid dlm badan. sila klik SINI.

*gambaq ayah ada tapi ada masalah takleh nak masukkan.insyaAllah nanti saya masukkan oke,.

noted : kawan² dan rakan² blogger sekelian, doakan kesehatan dan kesembuhan ayahanda saya seperti sediakala..Ameen :)

slow² saya balas komen anda satu persatu ^_^

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Saturday, December 15, 2012

WordLess #9 : Masakan Saya

masakan arini ^_^
nmpk sedapp takk???
jemput makan..hihi

noted :
Jangan minta resepi.
masakan ni hentam kromo jew, oke (!)

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, December 13, 2012

Inai Di Jari Ku dan Kamo


Assalamualaikum semua..

lewatnya saya hapdate blog arini..ini semua gara² pc yang suda terkena virus..stuck abes, semua keja tergendala..menyampah..panggil tukang pebaik baru leh guna..penattt ehhh..

ekceli semalam nk cerita tentang inai pemberian Kak Niena di entry INI..atas pemintaan ramai, diorg nk tgk jari qhayra pakai inai, boleh baca komen di SINI. so saya pon bersemangat la bawak balik inai tuh.,ekceli, bila incik posman pos sampai di opis, coz saya kasi add opis, agak selamat sikit.. kalo umah kdg2 posman dtg kiteorg xder..so saya lebih selesa guna add opis.

macam biasa. compom gambaq kena ada..sebagai bukti oooo..hihiii
jari saPa nih arrrr??
macam antu daaa,,
pic nih masa baru bubuh inai tuh.belum kering kan..
nampak tak?? nampak tak??
kalo tak nampak kasi besaw image daaa..huhu
ini pulak jari anak dara saya..jari dia lagi montok dari dari mama daa..ermmmm, abes isi mama dia amek, tapi takpa sayang, mama sukeee..
biar qhayra besaw dari mama xpa, jangan mama besaw dr dia..hakhak..nt boleh org ckap 2bradik..hahahah..*perasaannnnnnnn sangatt laaaa.

bukti..buktiii..
kang cakap tipu pulak, bukan jari dia..
hehee..gambaq ank ja oke,
mamanya tak payah la kot..
*tau kenapa??
besala mama baru blik keja serabaiii sikit,
tu pasai xsnap pic.hikhik
ini selepas dilap guna tisu..nice tak..ermm tapi kulit saya pakai inai mmg tak merah cuma olen sama maaa..katanya inai ikut wana darahh..ntah betul ntah tidakk..hihii

update : suke cik qhayra, bila mama cakap mama bawak blik inai..haa, excited la dia nk pakai, smpai sempat nk mandi la..dah tuh bila nak mandi ja, ckp air gan kasi kena gan inai tuh, takut tanggal..hahaha.. lawak sungguh la..lepas bagitau bnda tu tak tanggal baru la kasi air kena gan jari dia,,hukhuk..qhayra..qhayra.sabo jelahh..

dah tuh, lepas mandi, dia ckp nak bubuh lagi tau, kasi terang. mayb dia ingat benda tuh senang tanggal kot..so bila mama gtau baru oke, kalo tak beria² nak mama tambah inai tuh..

for gsfianz, mmg terbaikk la..kite semua berinai berjemaah tau, mlm tdi whatsApp gan Kak M, pon dia attch pic jari dia yang berinai. dah tuh semalam n3 kak Lela pon pakai inai. mmg terbaekkk daaa ^_^

noted : esok weekend, selamat berweekend ya, ohya, BW ondaway oke, pelan² saya sampai umah kamoo (!)

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, December 12, 2012

Mata Cik Qhayra Jadik Ketumbit


Assalamualaikum semua.


 tempek wajah kesayangan hamba.

alahai anak mama.. tak abes² gan penyakit ek. sementara nak besaw macam² dugaan yang anak mama kena hadapi. Sesungguhnya setiap ujian dan penyakit itu adalah penghapus dosa kecil. tapikan anak mama nih ahli syurga la sebabnya belum akil baligh..betul tak?? eh jap, tapi kan, tapi kan, rasanya Allah nk mghapuskan dosa kecil mama tak pon nak kasi pahala free tuk mama.InsyAllah :) hehee peace ^^.kalo korang nak tau apa lagi masalah yang pernah qhayra sila lah ke page Qhayra.sudi² berkenalan gan ank  dara saya yeerr.hehee
 biji ketumbit yag ada jadi di mata kiri cik Qhayra

untuk kali keduanya qhayra jadi ketumbit, di tempat yang sama..masa mula² jadi dulu, mama terlepas nak up entry dalam nih.. kiranya ini kali kedua lah jadiknya, aritu pernah jadi dan sehingga sekarang kesan tuh masih ada..ada kesan bengkakan sikit di bawah mata kirinya..ingatkan dah oke, tapi malangnya balik dari tadika semalam nmpk semula bengkakan nanah di bawah matanya, di tempat yang pernah jadi dahulu. 

bermakna belum baik sungguh la yang jadi aritu..saya pon tak tahu cmna nak buat. kalo mengikut petua dr mak saya, dia suh gosokkan bawang puteh di tempat yang jadi tuh. kalo saya sendiri yang jadik compom saya gosokan gan bawang puteh, tapi jadinya bukan saya tapi Qhayra.. takkan nk gosokkan gan bawang pulok kot. compom pedih la..masa sya gosok d mata saya pon pedih sampai mengalir air mata.. nak gosok d mata qhayra ermmm compom menangis budak tuh..

so, caranya saya bawak ke klinik, doktor kasi ubat, tapi tak baik sungguh pon. tengok ni dah jadik pulak.so, skg saya pon tak tahu camna nak buat. korang ada petua ka nak ilangkan benda alah nih?? sian cik Qhayra saya..huhuu


pernah juga saya bertanya ga doktor adakah faktor keturunan penyakit ni, sebabnya saya slalu je jadik ketumbit dulu, tapi sekarang tak lagik, tengok² jadi gan qhayra pulak, itu punca saya bertanya, tapi doktor cakap tidak sama sekali, ianya akibat daripada jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.

 *****************************************

tadi duk seacrh² incik google kite nih tentang info ketumbit nih..ketumbit ada 2jenis iaitu kecil dan sakit atau nama saintifiknya stye ataupun besar dan tidak sakit tau nama saintifiknya chalazion.

 stye
 1) Stye
- Ianya terjadi apabila terdapat jangkitan kuman pada liang peluh ataupun akar bulu mata seperti terjadinya jerawat.
- Bentuknya bulat kecil yang tegang permukaannya dan selalunya di bahagian kelopak mata luar dan menyebabkan kesan kesakitan.
- Biasanya bulat kecil akan ada nanah ataupun air
- Ianya berlaku dalam masa yang singkat.
- Boleh hilang dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu.
- Kebarangkalian akan berlaku semula yang tinggi. (recurrent)

 Chalazion
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

 2) Chalazion
- ianya terjadi apabila terdapat radang pada liang minyak dan ianya bukanlah suatu jangkitan kuman dan ianya bukan seperti jerawat.
- Bentuknya lebih besar berbanding stye dan ianya berlaku seolah-olah seperti di dalam kulit dan tidak menyebabkan kesakitan.
- Bulat besar biasanya tiada kelihatan nanah atupun air, cuma ada kelihatan kemerahan sahaja
- Ianya berlaku dalam masa yang agak lama perkembangannya, mungkin minggu ataupun bulan.
- Ianya juga lambat pulih.
- Tidak berjangkit dan kebarangkalian akan berlaku adalah tidak begitu tinggi berbanding stye.

 Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.


Bilakah pembedahan diperlukan?

Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi 2 minggu.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?

Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.

Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?

Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.

Anak saya sering mendapat ketumbit, adakah ini bermakna beliau kurang sihat?

Tidak, sebenarnya ia jangkitan dan boleh berlaku pada sesiapa saja.


Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?

Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.

Bagaimanakah pembedahan ketumbit jenis kalazion dilakukan?

Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun untuk kanak kanak, pembedahan menggunakan bius am diperlukan.

info drpd :

so, jangan lah korang menganggap ketumbit terjadi akibat mengintai.. Jadi, berhentilah mempertikaikan anak anda atau orang di sekeliling anda bahawa mengintai itu boleh menyebabkan kejadian ketumbit ini. Kalau ianya benar-benar berlaku, ini semata-mata adalah kebetulan sahaja..sharing is caring.

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)