Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 15, 2013

Pergi Takkan Kembali


Assalamualaikum semua..

kembali sambungan dari cerita lepas..

cerita keduanya pulok, pada hari Jumaat, 11 Januari 2013 bersamaan, 28 Safar 1413H jam 12.30tgh. perginya seorang insan tersayang dalam keluarga iaitu nenda sebelah ibuku. saya pnggil dia "Tok". tak tahu bagaimana perasaan, buat kedua kalinya insan terdekatku pergi buat selamanya. pertama dahulu arwah "nyang". ketika itu aku maseh lagi kecil (sek rendah), untuk mengetahui apa² lagi tentang kehidupan dan kematian..

tapi arini aku suda mengetahui segalanya tentang hidup dan mati kite. Allahuakbar, tabahkan hatiku tuk teruskan penulisanku ini Ya Allah.

kiranya, sehingga saat aku sedang menulis ini mataku masih lagi terbayangkan wajah arwah.. Ya Allah relakanlah hati ku menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selamanya..

ceritanya bermula, ari khamis 10hb, angah dah col gtau yang tok masuk ward, katanya tok penat tak boleh nk bernafas, aku hinggat biasa² saja sebabnya, tok mmg slalu sakitnya, batuk² dan penat, maklumlah dah berumur. angah col gtau kot² aku balik alor setar, tapi aku ckp tak blik la kot coz, letihlah, lagipon esoknya aku ada class,. aritu mmg aku rasa letih dan tak larat nk berulang dr Alor Setar. angah cakap takpalah, tpi dia gtau la, kiranya aku balik alor setar, bolehla aku jenguk tok kejap.

aku tak berpikir apa², kiranya mmg aku tak balik or pergi tgk dia dekat HSB. keesokkan harinya, aku ke kelas seperti mana yang ditetapkan dlm jadual aku dimana kelasku bermula 8am. sehingga jam 10am, aku dapat panggilan telefon dr abg iparku (pakngah pgilan Qhayra), suami kpd angah,. ketika nombor fon tertera, atiku berdebar², mau taknya, pakngah takkan col aku coz, dia tau aku dlm kelas, kalo ader apa² dia juz sms sahaja. dan aku pulokk selalunya tak jawab pngilan kalo brada dlm kelas, tapi aritu lain macam, aku gagahkan bcakap juga walaupon lecturer sdg bcakap d hadapan.

apabila aku angkat fon, nada suara pkngah dah lain, macam ada sesuatu yang mncurigakan aku, ada getar dalam nada dia, terus aku berdebar dan berdebar mengamati setiap patah perkataan yg keluar dr mulut pkngah. pesannya, sebelum dia gtau "aku", jangan ada kekalutan..pelan² setelkan mana yg penting dahulu, terus aku ckp ya apadia?? dia gtau yang tok dah loratt (tenat) sgt. 50/50..Ya Allah, tak tahu cmna nk gambarkan, masa tuk fikiran nih bercampur baur, air mata tak tertahan lagi..nak ckp bgtau member yang duduk sebelah pon tak dapat dahh..YA Allah, Tuhan Maha Mengetahui, kemudian aku cuba bertenang, tarik nafas panjang² terus bangun jumpa lecturer di hadapan, aku gtau "prof, saya kena balik tok saya tenat di hospital".

lepas je lecturer kasi kebenaran, aku terus amek beg dan melangkah keluar dr kelas. sepanjang perjalanan pulang, air mata tak tertahan lagi. sampai umah gtau mr.papa dan aku terus siapkan apa yg patut, semuanya kelengkapan qhayra saja,. terus kmi ke hospital.

sampai hospital aku cuba kuatkan hatiku, dah tahan air mataku dr terus mgalir, namun aku tak kuat, masa masuk tgk tok dekat wad kecemasan, aku maseh cuba tuk menahan air mataku dr terus menitik. aku pegang lengan tok, sejuk saja mungkin aku dr luar panas,dan beliau dlm bilik yng berhawa dingin (sejuk). aku tanya seorang petugas situ (lelaki india) dan mugkin dia MA. katanya diorg kasi ubat dan dia tak sedarkan diri. mmg ketika aku smpai tok mmg dah tak sedar.

sedih Ya Allah aku melihatnya, sedih sangat gan keadaan wayar yang berselirat. tapi apa dayaku hanya mampu berdoa agar beliau dipanjangkan usia. tak tahu lagi apa harus aku lakukan, aku gan mak buka surah yasin dan kami baca bersama², namun belum sempat abis, nurse datang dan menyuruh aku buat pendaftaran di kaunter daftar hospital.

masa itu, aku lihat tok akan dipindahkan masuk ward Kenangan 5c melalui borang yang tertera di tangan aku, hati yang berkecamuk tadi sedikit lapang, sebabnya tok dipindahkan masuk ward. lega rasanya..bila ati mulai lapang terus perut pon lapar, aku, mak, qhayra dan mr. papa pergi makan dulu, masa tuh dah jam 12tgh. perutku sedikit tak menjamah sebarang makanan, mau taknya, bagun tido terus ke kelas, qhayra pon belum makan apa² rasanya.. mengenangkankan dia yg belum makan, itu yang aku pon bawak dia dan mak tuk makan sesama. lagipon mak pon belum makan.

abes makan dlm 12.30lbh, aku, mak, qhayra dan mr. papa terus naik wad kenanga 5c.bila smpy wad mataku mencari² kelibat tok. tak dak, terus aku tanya nurse di wad itu, katanya tak der pon pesakit yang naik arini..km anakbranak turun semula ke wad kecemasan. sampai ground floor bawah, jumpa gan mak Lang (kakak mak aku). kata maklang tok dah tiada.. innalillahiwainnailaihirojiun.. betul ka mak lang?? tanya aku, sungguh aku tak percaya. Ya Allah, tabahkanlah hati kami tuk terima segala ketentuanMU.

air mataku mencurah² tak tertahan lagik..benar² aku tak percaya sedangkan aku sendiri yang bawa borangnya daftar masuk wad. pantas semuanya berlaku dalam sekelip mata, tok pergi buat selamanya..sampai di wad kecemasan terus aku masuk melihat sendiri keadaan tok aku. ternyata maklang benar. Allahu Akbar, setiap yang hidup pasti merasai mati.. aku terima segala ketentuanMu, namun aku sudah tak tahan utk menahan sebak yang aku rasai.

aku keluar wad dan terus menhubungi ayahku,. serta kakak sulungku,.itu saja yang aku ingat lainnya, mmg tak ingat nak col or sms sapa² pon. ketika tuh air mata mmg tak tertahan lagi dahh.namun aku cepat sedar, jangan terlalu ikutkan hati dan prasaanku, aku cuba bertenang mengawal perasaan sedihku. sedihnya aku mengenangkan semasa hidup tak pulok aku menjenguknya. seingat aku last kami bjumpa ketika hari raya Aidilfitri tahun lepas. sibuk sangat aku ni sampai takdak masa tuk jenguk orang tua². alahai menyesal dan menangis pon tak guna dah, kini beliau pergi buat selamanya. hanya doa yang mampu aku panjatkan utk mengiringi pemergian beliau. "Maafkan segala dosa dan kelalaian kin gan tok". 

semua ahli kluarga yang ada, paklong, makngah, maklang, pak mertuaku, ibu mertuaku, berbincang sesama mereka.macam² perbincangan daripada nak mandi, nak mengkafankan dan liang lahad. aku hanya diam dan mampu mendengar sbabnya tak pandai bab² tuh, pertama kali dalam idupku apa yan aku alami sekarang ini. aku mula belajar perlahan² tentang semua ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, segalanya diuruskan oleh pihak hospital dengan bayaran RM 600. pihak hospital uruskan semuanya termasuk keranda,.setakat itu sahaja aku tahu, selainnya diuruskan oleh paklong dan lain². Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Lahar, Malau, Jitra, iaitu dekat umah mak ngah aku selepas Asar.

petangnya, aku balik rumahku, balik mandi dan tukaq baju bagai. memandangkan kepalaku berdenyut². mungkin disebabkan masuk angin dek lewat makan serta terlalu banyak sgt aku menangis. kononya nk ke umah ngah tuk majlis tahlil, tapi aku dah tak dapat gagah dan paksa kepalaku y berdenyut tuh. makin menjadi² malamnya. lepas makan malam terus ku tidor..ditambah plak gan cik qhayra sorang tuh yg tak tido siang, mlmnya asek nk kasi org marahla jawabnya. 

keesokkan harinya, aku terus tak ke kelas, keletihan sangat. coz malam semalam tido saya tak lena kerana masih terbayang² wajah tok ketika di hospital..mmg tak tahu jam brapa baru saya dapat tido..inilah pengalaman yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup. 

utk pengetahuan semua, tok takdak sakit kronik, sakit batuk biasa² saja gan penat cara orang tua². cuma ari khamis tuh, sakit penat dia melarat, sampaikan tak tahu nk buat cmna..maklang col hospital then, ambulans datang amek kat umah. masuk kecemasan trus diorg pasang oksigen dan berbagai lagik.
 
Alhamdulillah, aku lihat wajah tok berseri dan tampak jernih.. tenang wajahnya. seperti seorang yang sedang tidor nyenyak tanpa ada sebarang gangguan. Alhamdulillah, syukur.



semuga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan di tempat di kalangan orang² yang beriman..InsyaAllah Ameen :)

mujur pada hari kejadian nendaku pergi selamanya, line maseh boleh digunakan. kalo tak jenuh la lagi hura-hara jadinya..sabo jelahh.

note : maaf atas penggunaan "Aku". krn saya lebih selesa meluahkan rasa menggunakan bahasa diri tersebut. dan hargailah mereka ketika mereka masih di sisi yakni hidup.. bila suda tiada, masa itu meyesal pon tak guna. (pesanan buat diri sendiri)

utk kalian : tima kaseh datang menjenguk saya. komen korang satu persatu saya terjah ya..wassalam

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

42 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

sedih pulok baca huhuhu

LiLy @ MaMaQiStInA said...

al-fatihah..moga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Fieda Rafli said...

Al fatihah..

Rai Ourkizuna said...

innalillah..takziah buat awak sekeluarga.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman..

deqjamucuxx said...

al-fatihah..

bersabar yer

Cho Zila said...

itulah ketentuan dariNya.. peringatan yang baik.. sayangilah orang yang masih ada ini.. kerana bila dah pergi semuanya dah terlambat...

Mrs Lurve said...

al-fatihah utk sekeluarga..

Mrs Lurve said...

al-fatihah utk sekeluarga..

Deqla manjew said...

sabar la dq.. mmg sedeh kalo kite kehilangan org yg kite syg..tp kena ingat Allah lebih sygkannya.. Al-fatihah buat arwah..moga ditmptkan arwah di kalangan org2 yg beriman..

are_lin@yu said...

setiap yg hidup pasti akakn merasai mati...arwah tok dq mninggal sama hari dgn arwah yang ayu..hari Jummatt.moga mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin

wan nurul hezrina abd halim said...

Al-fatihah..sedihnya teringat masa arwah abah dulu.mmg tak sangguo kehilangan org yang kita sayang..al fatihah tuk tok DQ n al fatihah juga pada arwah abah akk

Misz Mieza said...

Takziah untuk DQ & keluarga.. Jangan terlalu ikutkan perasaan ye dear.. Mieza faham apa yang DQ rasa.. Mieza pernah alami beberapa kali perasaan yang sama.. Dari arwah ayah (masa tu umur Mieza 9 tahun), lepas tu abang yang pertama pulak pergi menyahut seruan Ilahi (masa tu umur Mieza 12 tahun), terbaru abang kedua Mieza pulak pergi menghadap sang Pencipta (tahun 2010).. Yang abang last ni Mieza paling terkilan sebab tak dapat nak jaga dia kat hospital.. Dia menghembuskan nafas terakhir di hospital seorang diri sebab mak Mieza dah beberapa hari tak tidur, jadi kitorang tak kasi mak jaga dia.. Takut mak pulak yang pitam.. Mieza masa tu ada tetamu dari jauh yang ikut Mieza balik melawat arwah masa dia tengah tenat.. Itu yang Mieza terkilan sangat, tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai adik dengan baik.. Hati berbelah bagi masa tu, takkan nak tinggalkan tetamu Mieza dilayan oleh keluarga Mieza pulak.. Tak sangka rupanya malam tu hari terakhir dia bersama kami.. Mieza tak tunjuk rasa terkilan & sedih Mieza depan adik beradik & mak.. Hanya simpan dalam hati.. Sampai hari ni, roh arwah selalu muncul dalam mimpi Mieza.. Apa yang boleh kita buat untuk mengubat rindu hanyalah memperbyakkan SOLAT SUNAT HADIAH untuk arwah.. Semoga roh mereka tenang di sana.. In Shaa Allah..

elyna mirsada said...

AL FATIHAH BUAT ARWAH..

Mrs Velentine said...

al-fatihah..deq banyakkan bersabar

BERT said...

:( yg pergi tetap pergi..alfatihah

Kesuma Angsana said...

salam takziah & alfatihah ye

Cik Nur said...

al-fatihah...
Semua yg hidup pasti merasai mati..
sabar ye DQ...ALLAH lebih sayangkan arwah...

Solehah Shamsuddin said...

Alfatihah. sabar ye kak. xnak sedih2 tau

Myra Jay said...

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, aminnn...

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga arwah tenang disana.. al-Fatihah..

~MommyAida~ said...

Takziah Deq qienz n family..Semoga rohnya dicucuri rahmat...

norhidana miswan said...

al fatihah utk arwah atok, semoga rohnya dicucuri rahmat...

akak tau mmg kadang kite mcm tak percaya ngn apa yg jd, akak pun penah lalui, kite kene kuat dik banyakkan sedekah al fatihah juga surah yassin

Lily@MamaZaraZareef said...

takziah atas kehilangan nenda tercinta..alfatihah..

9n0L4 said...

al fatihah buat arwah. salam takziah dq.

Yana Libra said...

sedih baca..moga arwah tok ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin.

dya bunga said...

takziah dari dya..byk an bersabar ye kak

Nisah Idham said...

Al fatihah,, semoga di tempatkan di kalangan orang2 yg beramal soleh...

shidaR said...

salam takziah deq~

QasehnyaRania said...

Al-fatihah dan salam takziah buat mama sekeluarga. bersabar ye..

ciksu penah alaminya tahun lepas.kehilangan adik tersayang sekelip mata.

tak lama lagi genap setahun. terasa sperti tiada apa yang berlaku.

kita redha. In shaa ALLAH

QasehnyaRania said...

jangan lupe jaga diri ye :D

kinara kinatara said...

sabar ya kak..:)

MAZLIZA ABD RAZAK said...

salam takziah
al-fatihah

Nyue said...

sebak nye baca e3 ni....semoga arwah tok akk dq ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

semoga akk dq tabah...setiap yg hidup, pasti ada penhujungnya..

Cinta Misteri said...

al-Fatehah... harap DQ tabah. semoga arwah tok DQ ditmptkn dgn org2 yg soleh..
tak sangka kan..berlalu sbentar jer, tok pergi utk selsma-lamanya.

Cik Aini said...

al fatihah
semua yg hidup pasti akan mati DQ cuma ms kita belum tiba..pasti akan tiba jua..
moga roh tenang di sana.amin

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam takziah..Al-fatihah

Si Matatajam said...

Sebak ja rasa..Al Fatihah untuk arwah..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam sis..
slam takziah.. moga nenda ditempatkan dikalangan hambanya yg beriman ..

intanfirdaus247 said...

Salam Takziah... Al Fatihah...

mama aryan said...

Salam takziah dr akak

Chic Na said...

takziah dq. sabar banyak2 k. banyakkan berdoa. semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Dayana Bahar said...

Talziah dq..semoga arwah tok ditempatkan dalam kalangan org beriman...