Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 28, 2013

sibuk sangat

maaf semua tak dapat ke umah u all..
Saya SeSANGAT LAH SIBUK..
maaf semua..semua selesai sy kembali berbelog.. tima kaseh semua.


salam sayang dan rindu
MAMA QHAYRA ♡♥

posted from Bloggeroid


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, January 23, 2013

WW # 13 : Rumah Kita


Assalamualaikum semua..


 plot kite 444.
hampir siap
site progess 89%.
sukeenyaaaa..
last km ank branak gi ronda²
2 bulan lepas kalo tak silap..muahaha
lupa suda.

cik Qhayra asek tanya 
" bila umah baru kite nak siap mama??"
tak sabo beno dia nk tinggal di umah baru..
InsyAllah awal 2014, umah dijangka siap.
pastu ranap suda gaji mama..uwwaaaaa :(
keterangan lanjut sila klik Jesin Grup

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Monday, January 21, 2013

Jumpa Blogger Cik Ai


assalamualaikum semua..


satu hari tuh, kami ank branak nk ke satu tempat, di mana tempat tuh sangatlah glamer sebelah utara ini. korang tahu mana tempat yang dimkasudkan itu?? yessszzaaa..pandai pon ya korang..tak lain tak bukan Kuala Perlis.

kebetulan sebelum tuh, saya ada la sembang gan sorang blogger ni..orangnya juga dari utara. sembang punya sembang, upenya umah dia tak jauh dari umah saya. cuma dia bkerja di Kulim..kiranya umah mak gan ayah dia la di sini.hihii.

so, kiteorang pon macam berjanji la, kalo dia balik sini kiteorg nk jumpa. ader satu hari tuh, saya gi makan kat satu tmpt, dan dia pon tahu mana tempat tuh, saya col dia, then dia gtau xdapat nk jumpa saya coz dia baru jew smpy kangar, so kiteorg xdak jodoh.hihii.

then, lama selepas kejadian itu, skali lagi dia gtau yang dia blik kampung,. saya pon semangat la nk jumpa dia..ehhh..lupa pulokkk.. dia..dia.. lupa plak cek nk abaq sapa "DIA" yang dimksudkan..hehee

family GSFianzz sure tau kan sapa dia nih yang keja kat Kulim nih??hahahha..

opkosss la Cik Ai kite yang chumeii bam² nihh..hehee.
buktinyaaa.. tgk image di bawahh.. 
 jeng..jeng ^_^
 
dah percaya kan..kan??
baguslahhh..
orangnya mmg chantek.
peramah pulokkk tau..
suke sangat jumpa gan Cik Ai nih tau..
memula saya pon agak segan la nk jumpa gan dia, 
almaklumlah, saya tak cantek pon..perasan ja cantek..hehee. 

dah tu tau, malu juga gan Cik Ai nih. tau sebabnya salah jalan lorr.. hinggat dah compom betoi la, upenya salah, sampai 3kali ronda jalan yang sama..muahahaha kelakar betoi la..huhuu.. jum baca n3 Cik Ai kat SINI tentang pejumpaan kiteorg nih.. Cik Ai dah lama dah publish n3 ni, cuma saya juga yang lambat..maaf ya Cik Ai. agak kebizian sikit. ini pon curi² up n3 tau..muahahaha..

cik ai nak kite jmpa lagi ya.. InsyAllah kalo ada jodoh..hehee
agaknya, lepas ini nk jumpa sapa pulak yerrr??
sapa nk jumpa silalah telepon saya
*ayat supa orang nk jumpa sangat gan dia tuh..muahahaah

komen korang byk sgt belum direply. pelan² saya terjah ya..tima kaseh sudi singgah umah ite yang tak seberapa nih..adiosss :)

image by Instagram

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, January 16, 2013

Dapat Gift Dari Mereka


Assalamualaikum semua


maaf entry nih dahh lama basi. tapi tetap juga nk publish, sebabnya n3 nih merupakan entry penghargaan kepada mereka yang sudi mengingati diri ini. terima kaseh yang tak terhingga atas peringatan yang diberikan.

1stnya, saya dapat gift daripada ShidaR. sepertimana korang tgk image dia ats ini, ada brooch dan juga klip rambut. katanya kliktuh tuk cik Qhayra tenit saya. itu lah kan bukan mama jew dapat, anak pon dapat juga. kalo korang nak tahu shida inilah yang tlg saya editkan blog saya skg nih..beliau sangatlah kreatif. semua blog yg beliau editkan lain² designnya. memula saya kenal shida hinggatkan beliau sombong, mau taknya masuk ke blog beliau sangatlah ohsem. tapi bila dah kenal, mmg sangat pemarah orangnya, sangkaan saya meleset sama skali. hehee itula orang ckp "tak kenal maka tak cinta". trima kaseh byk² ya Shida :D

2nd gift datangnya dari Terengganu..Blogger yang pernah saya jumpa dalam entry INI. tak lain dah tak bukan dialah empunya blog http://wardahilmu.blogspot.com. sesuai sangat nama blognya dengan pekerjaan beliau sebagai seorang pendidik. ibu kepada si comel Hannah, yang dikenali kak Dayana. ekceli, saya yang minta tlg kak Dayana belikan saya keropok leko dari terengganu. saya sangat suke makan kopok dari negeri Pantai Timur nih. sebab tak menahan gan "keteringinan" teramat sangat, so saya minta tlg kak Dayana la, mujur kak Dayana sudi tlg belikan tuk saya. tima kaseh byk² kak..terharu saya..opsss, saya teringin saja tiada maksud tersirat oke.hehee. ohya dalam bungkusan beliau itu ada juga beliau serta FM sebagai tanda ingatan beliau gan saya.betambah lagi Koleksi FM saya. katanya, masa beliau jumpa saya aritu, beliau takdak kasi apa² gan saya..saya tak kisah la akak asalkan persahabatan kite berpanjangan. InsyAllah :)  
see, FM dan bungkusan kopok leko 


kiriman ketiga datangnya dari Perak. Pemilik blog http://cahayacita2.blogspot.com seperti yang tertera di note dalam image dibawah ini. dikenali gan nama Cik Nur dikalangan ahli GSFianz sekalian. orangnya sangatlah peramah..hinggat masa memula nk rapat gan Nur, saya ingat Nur nih baru amek SPM tau..kahkah.. lawak lorr. tau knpa saya ckp cmtuh, sebabnya Nur ada komen gan saya di entry INI masa itu saya sibuk nk exam. saya baca komen pon bercelaru saja. maklumla fikiran bkecamuk, macam² pikir, masa tuh cik Nur komen saya baca cik Nur ckp dia nk amek SPM. salah baca daaa.. yang bestnya Nur pon nak tergelak bila saya tanya dia Nur nk amek SPM ka??

dah tuh kami lebih mgenali dalam WhatsApp.. Nur ingat tak lagik?? compom ingat kan??hehee lawak sguhh..ohya Kak Dayana gan Cik Nur merupakan keluarga GSFian juga tau..diorg ni semua sangatlah peramah dan baik hati.
gift dari Nur berupa Key Chain dr Melaka.
Mesti Nur beli masa Gath diorag kat melaka aritu kan??hehee :)
terima kaseh bebanyak Nur ats ingatan yg diberikan.. 


Terima kaseh semua yang sudi ingatkan diri ini.. terharu sangat gan pemberian kalian. seronok sangat mengenali korang, korang, dan korang semua..Semuga persahabatan kite di alam maya ini berkekalan hingga ke Syurga ya..sapa² nak datang Kedah gtau oke, boleh kite jumpa tau. Insyallah. ^_^  

image by instagram

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, January 15, 2013

Pergi Takkan Kembali


Assalamualaikum semua..

kembali sambungan dari cerita lepas..

cerita keduanya pulok, pada hari Jumaat, 11 Januari 2013 bersamaan, 28 Safar 1413H jam 12.30tgh. perginya seorang insan tersayang dalam keluarga iaitu nenda sebelah ibuku. saya pnggil dia "Tok". tak tahu bagaimana perasaan, buat kedua kalinya insan terdekatku pergi buat selamanya. pertama dahulu arwah "nyang". ketika itu aku maseh lagi kecil (sek rendah), untuk mengetahui apa² lagi tentang kehidupan dan kematian..

tapi arini aku suda mengetahui segalanya tentang hidup dan mati kite. Allahuakbar, tabahkan hatiku tuk teruskan penulisanku ini Ya Allah.

kiranya, sehingga saat aku sedang menulis ini mataku masih lagi terbayangkan wajah arwah.. Ya Allah relakanlah hati ku menerima hakikat bahawa dia telah pergi buat selamanya..

ceritanya bermula, ari khamis 10hb, angah dah col gtau yang tok masuk ward, katanya tok penat tak boleh nk bernafas, aku hinggat biasa² saja sebabnya, tok mmg slalu sakitnya, batuk² dan penat, maklumlah dah berumur. angah col gtau kot² aku balik alor setar, tapi aku ckp tak blik la kot coz, letihlah, lagipon esoknya aku ada class,. aritu mmg aku rasa letih dan tak larat nk berulang dr Alor Setar. angah cakap takpalah, tpi dia gtau la, kiranya aku balik alor setar, bolehla aku jenguk tok kejap.

aku tak berpikir apa², kiranya mmg aku tak balik or pergi tgk dia dekat HSB. keesokkan harinya, aku ke kelas seperti mana yang ditetapkan dlm jadual aku dimana kelasku bermula 8am. sehingga jam 10am, aku dapat panggilan telefon dr abg iparku (pakngah pgilan Qhayra), suami kpd angah,. ketika nombor fon tertera, atiku berdebar², mau taknya, pakngah takkan col aku coz, dia tau aku dlm kelas, kalo ader apa² dia juz sms sahaja. dan aku pulokk selalunya tak jawab pngilan kalo brada dlm kelas, tapi aritu lain macam, aku gagahkan bcakap juga walaupon lecturer sdg bcakap d hadapan.

apabila aku angkat fon, nada suara pkngah dah lain, macam ada sesuatu yang mncurigakan aku, ada getar dalam nada dia, terus aku berdebar dan berdebar mengamati setiap patah perkataan yg keluar dr mulut pkngah. pesannya, sebelum dia gtau "aku", jangan ada kekalutan..pelan² setelkan mana yg penting dahulu, terus aku ckp ya apadia?? dia gtau yang tok dah loratt (tenat) sgt. 50/50..Ya Allah, tak tahu cmna nk gambarkan, masa tuk fikiran nih bercampur baur, air mata tak tertahan lagi..nak ckp bgtau member yang duduk sebelah pon tak dapat dahh..YA Allah, Tuhan Maha Mengetahui, kemudian aku cuba bertenang, tarik nafas panjang² terus bangun jumpa lecturer di hadapan, aku gtau "prof, saya kena balik tok saya tenat di hospital".

lepas je lecturer kasi kebenaran, aku terus amek beg dan melangkah keluar dr kelas. sepanjang perjalanan pulang, air mata tak tertahan lagi. sampai umah gtau mr.papa dan aku terus siapkan apa yg patut, semuanya kelengkapan qhayra saja,. terus kmi ke hospital.

sampai hospital aku cuba kuatkan hatiku, dah tahan air mataku dr terus mgalir, namun aku tak kuat, masa masuk tgk tok dekat wad kecemasan, aku maseh cuba tuk menahan air mataku dr terus menitik. aku pegang lengan tok, sejuk saja mungkin aku dr luar panas,dan beliau dlm bilik yng berhawa dingin (sejuk). aku tanya seorang petugas situ (lelaki india) dan mugkin dia MA. katanya diorg kasi ubat dan dia tak sedarkan diri. mmg ketika aku smpai tok mmg dah tak sedar.

sedih Ya Allah aku melihatnya, sedih sangat gan keadaan wayar yang berselirat. tapi apa dayaku hanya mampu berdoa agar beliau dipanjangkan usia. tak tahu lagi apa harus aku lakukan, aku gan mak buka surah yasin dan kami baca bersama², namun belum sempat abis, nurse datang dan menyuruh aku buat pendaftaran di kaunter daftar hospital.

masa itu, aku lihat tok akan dipindahkan masuk ward Kenangan 5c melalui borang yang tertera di tangan aku, hati yang berkecamuk tadi sedikit lapang, sebabnya tok dipindahkan masuk ward. lega rasanya..bila ati mulai lapang terus perut pon lapar, aku, mak, qhayra dan mr. papa pergi makan dulu, masa tuh dah jam 12tgh. perutku sedikit tak menjamah sebarang makanan, mau taknya, bagun tido terus ke kelas, qhayra pon belum makan apa² rasanya.. mengenangkankan dia yg belum makan, itu yang aku pon bawak dia dan mak tuk makan sesama. lagipon mak pon belum makan.

abes makan dlm 12.30lbh, aku, mak, qhayra dan mr. papa terus naik wad kenanga 5c.bila smpy wad mataku mencari² kelibat tok. tak dak, terus aku tanya nurse di wad itu, katanya tak der pon pesakit yang naik arini..km anakbranak turun semula ke wad kecemasan. sampai ground floor bawah, jumpa gan mak Lang (kakak mak aku). kata maklang tok dah tiada.. innalillahiwainnailaihirojiun.. betul ka mak lang?? tanya aku, sungguh aku tak percaya. Ya Allah, tabahkanlah hati kami tuk terima segala ketentuanMU.

air mataku mencurah² tak tertahan lagik..benar² aku tak percaya sedangkan aku sendiri yang bawa borangnya daftar masuk wad. pantas semuanya berlaku dalam sekelip mata, tok pergi buat selamanya..sampai di wad kecemasan terus aku masuk melihat sendiri keadaan tok aku. ternyata maklang benar. Allahu Akbar, setiap yang hidup pasti merasai mati.. aku terima segala ketentuanMu, namun aku sudah tak tahan utk menahan sebak yang aku rasai.

aku keluar wad dan terus menhubungi ayahku,. serta kakak sulungku,.itu saja yang aku ingat lainnya, mmg tak ingat nak col or sms sapa² pon. ketika tuh air mata mmg tak tertahan lagi dahh.namun aku cepat sedar, jangan terlalu ikutkan hati dan prasaanku, aku cuba bertenang mengawal perasaan sedihku. sedihnya aku mengenangkan semasa hidup tak pulok aku menjenguknya. seingat aku last kami bjumpa ketika hari raya Aidilfitri tahun lepas. sibuk sangat aku ni sampai takdak masa tuk jenguk orang tua². alahai menyesal dan menangis pon tak guna dah, kini beliau pergi buat selamanya. hanya doa yang mampu aku panjatkan utk mengiringi pemergian beliau. "Maafkan segala dosa dan kelalaian kin gan tok". 

semua ahli kluarga yang ada, paklong, makngah, maklang, pak mertuaku, ibu mertuaku, berbincang sesama mereka.macam² perbincangan daripada nak mandi, nak mengkafankan dan liang lahad. aku hanya diam dan mampu mendengar sbabnya tak pandai bab² tuh, pertama kali dalam idupku apa yan aku alami sekarang ini. aku mula belajar perlahan² tentang semua ini.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, segalanya diuruskan oleh pihak hospital dengan bayaran RM 600. pihak hospital uruskan semuanya termasuk keranda,.setakat itu sahaja aku tahu, selainnya diuruskan oleh paklong dan lain². Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Lahar, Malau, Jitra, iaitu dekat umah mak ngah aku selepas Asar.

petangnya, aku balik rumahku, balik mandi dan tukaq baju bagai. memandangkan kepalaku berdenyut². mungkin disebabkan masuk angin dek lewat makan serta terlalu banyak sgt aku menangis. kononya nk ke umah ngah tuk majlis tahlil, tapi aku dah tak dapat gagah dan paksa kepalaku y berdenyut tuh. makin menjadi² malamnya. lepas makan malam terus ku tidor..ditambah plak gan cik qhayra sorang tuh yg tak tido siang, mlmnya asek nk kasi org marahla jawabnya. 

keesokkan harinya, aku terus tak ke kelas, keletihan sangat. coz malam semalam tido saya tak lena kerana masih terbayang² wajah tok ketika di hospital..mmg tak tahu jam brapa baru saya dapat tido..inilah pengalaman yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup. 

utk pengetahuan semua, tok takdak sakit kronik, sakit batuk biasa² saja gan penat cara orang tua². cuma ari khamis tuh, sakit penat dia melarat, sampaikan tak tahu nk buat cmna..maklang col hospital then, ambulans datang amek kat umah. masuk kecemasan trus diorg pasang oksigen dan berbagai lagik.
 
Alhamdulillah, aku lihat wajah tok berseri dan tampak jernih.. tenang wajahnya. seperti seorang yang sedang tidor nyenyak tanpa ada sebarang gangguan. Alhamdulillah, syukur.



semuga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan di tempat di kalangan orang² yang beriman..InsyaAllah Ameen :)

mujur pada hari kejadian nendaku pergi selamanya, line maseh boleh digunakan. kalo tak jenuh la lagi hura-hara jadinya..sabo jelahh.

note : maaf atas penggunaan "Aku". krn saya lebih selesa meluahkan rasa menggunakan bahasa diri tersebut. dan hargailah mereka ketika mereka masih di sisi yakni hidup.. bila suda tiada, masa itu meyesal pon tak guna. (pesanan buat diri sendiri)

utk kalian : tima kaseh datang menjenguk saya. komen korang satu persatu saya terjah ya..wassalam

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, January 13, 2013

Line Cam Hampess


Assalamualaikum semua

maaf lambat bersiaran arini..2, 3 arini macam² hal berlaku dengan terlalu pantas rasanya.. pertamanya, kepalaku masih lagi berfikiran tentang bil tipon yang ntah apa²nya.. nak kata tak risau, risau jugak la.. tapi kira²ku bil tak tak sampai banyak cmtuh..ntahh la..

ini 10hb setakat 2pm,
then, check semula jam 8pm
berubah menjadi banyak ini pulokk.
sewel kan??
kalo u all agaknya mau fengsan tak??
hahhhaa..

dah la pestime, saya bertukar prepaid ke postpaid..tau kenapa saya bertukar ke postpaid??
ekceli, masa guna prepaid, boleh dikatakan hari² saya tpup tau..mau taknya penggunaan saya byk internet. so saya tak tahan juga gan tpup harian saya.. pakej line yang saya gunakan sekarang adalah pakej internet di mana RM50 bulanan utk 2GB packet data..so, col dan sms katanya dicas lain..saya ok lagipon col dan sms bukan banyak berbanding tenet yabg saya gunakan..

yang bestnya, 9hb pagi, saya dah check bil saya around RM38.90 kalo tak salah saya, sen blakang tak hinggat tapi kan 38inggit sahaja..tup² around 2pm cmtuh saya dapat panggilan dr Maxis tuk buat pngesahan line fon saya..kite po ok la..dia gtau ttg maxis, cmna cara nk cek baki n bla..bla..bla..pastu dia offer gan saya nk aktifkan extra weekend. katanya dr maxis ke maxis hnya 6sen ari sabtu dan ahad sahaja, gan hanya rm8 sebulan..permulaannya free cas tuk tempoh percubaan. saya pon oke saja, dia ckp lagi kalo taknak nanti col gtau tuk batalkan pakej itu.

lepas pihak maxis col, saya lum check bil saya.,keesokkan harinya, dalam 11am saya tergerak hati nk check semula bil tersebut.. bila tekan² nahhh hambekkk ko. !!
tgk² RM814.78 spt image di atas.. yang besttnya saya still boleh col dan sms tau, sedangkan limit bil saya hnya rm200. di mana silapnya?? mmg hati saya terus mengatakan yang kesilapan bukan dr saya.. apabila saya col report gan maxis, diorg ckap tak boleh cek la.. cuma yang diorg ckp tuk packet data saya ada balen banyak lagi, maksudnya mmg saya tak melebihi kouta la..

cadangan dr pihak maxis, mereka akan keluarkan bil awal dr tarikh asalnya, due date asalnya, 28hb, memandangkan lambat lagi nk ke 28hb, so dia percepatkan mejadi 14hb,skg nih sya maseh mnantikan bil yang diorg keluarkan. tunggu la maxis, siap ko nanti (!!) 

petang 10hb lepas balik keja, tgk² pnggilan saya telah disekat, sekali lagi saya col repot gan maxis, then pihak diorg bukakan sekatan line panggilan keluar saya, katanya sekatan dibuka sehingga 15hb, kasi bil saya dapat dan selesaikan pelahan², kite pon percaya lahh. rupa²nya dia buka sekatan sehingga 11hb saja..hampess tol la, skg nih saya hanya dapat menerima panggilan dan sms masuk saja..susa betul la..geram sguhhh..

********************************************
to be continue..




Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Friday, January 11, 2013

WW #12 : Keyword


Assalamualaikum semua..

tgk sini..MV dq pon dah supe MV daa..hahaaa
sila klik tuk tumbesaran

ader juga ek orang cari cmni..
sabo jelahhh..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, January 10, 2013

Maaf & Aktiviti Tika Lapang


Assalamualaikum semua..

terlebih dahulu, maaf tak terhingga buat semua ya..saya agak kebizian serta masalah tenet yang sangat² gelong..tenet yang sgtlah slow, hampes sguhhh..tak tau kenapa, mgkin dah guna melebihi kouta kot tuh pasai jadi gitu..maaf nahh bukan tak ke umah korang..

dan lagi satu, buat Kak Dieyana, Shida, Cik Nur dan Cik Ai, pemberian korang pon lum dq up n3 sebabnya masalahnya ada di SINI. saya pon xtau cmna nak buat..so, amek masa sikit nk selesaikan semua masalah itu..

arini pulokk, bermulalah pendaftaran semester ketiga saya sebagai seorang pelajar. bertambahlah kebizian saya.,maaf sangat² ya :)

********************************************************
maaf lagik, n3  ini lama suda basinya..hahaa

ok ini pulok nk cite aktiviti kami 2branak
ceritanya satu hari itu, qhayra tak ke sekolah, sebabnya mama cuti,.
slalu cmtuh la, kalo mama cuti dia pon liat sgt nkp tadika.
skg ni tak per lagi..kasi change la gan dia, nanti bila dah betul² sekolah,
dah xder change la yerr..hihii
tgk pic nih..
compom dah tahu dari mana dapatnya kan?? 
yesszzeee, set chicky meal for KFC..

dan hasilnyaaaaaa..
di bawah ini..hehee
kiut kan??
tapi kan mama yang tolong qahyra buat sepenuhnya..
minta tlg gan qhayra, boleh la.
boleh rosakkan saja..hihii

mau taknya, kite suka dia koyakkan kawasan yang ditanda saja..
tengok² abes semua dikoyaknya,
mujur mama sempat tgk kalo tak, tak jadi la bentuk seperti di atas ini..
sabo jelahh..
pic ini pulokk masa kitorg g makan KFC.
sapa arr posing 2branakk..huhuu
pegang tangan mama semahu-mahunya..
ntah kenapa gan dia ntah..
huhuu

note : apabila saya free saya ke umah korang oke,
semalam dah minta cuti gan Big Boss GSFianzz
Alhamdulillah diluluskan..yeaahhhh.

pic by : Instagram

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, January 9, 2013

GSF : Hapi Besday Kak M


Assalamualaikum semua.

ucapan khas ditujukan kepada pemilik blog
iaitu ahli GSF yang agak lama.hihii

Semuga panjang umur, 
murah rezeki, 
sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat
dan sentiasa dirahmati serta 
diberkati Allah swt.
 InsyAllah. Ameen 

ini hadiah akak ya..hehee


noted : autopublish entry 
menaip pada : 21/12/2012 10.02am

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, January 8, 2013

Pada Suatu Hari


Assalamualaikum semua

cerita ini dah lama dalam draf tau..iskk mmg puan belog tak sempat sgt nak publish. satunya awal tahun yang agak bizi, buat 5s la hoknu la hokni la..macam² lagi la..tu yang bizi sikit tuh..




dapat habuan icekrim
so, dah basi dah baru nk cerita kan?? saboo jelahhh..

suatu hari, dah tak hinggat dah haribulannya, mama sampai umah, buka pintu, cik qhayra datang mnyambut kpulangan mama di muka pintu dan cik qhayra minta nk makan nasik lemak,.

cik qhayra dah blik umah coz mr. papa g amek dia di sekolah. mama pon berpikirlah mana nk cari nasik lemak dekat² sini. nak ke pekan, dah malas sgt dahh, so col lah Angah tanya dia..

col angah gtau dalam kolej muamalat (kolej dlm UUM) ader, mama pon balik la cik qhayra g beli nasik lemak ayam dengan harga 4inggit, wahh mahalnya, pestime saya beli nasik lemak 4inggit..huhuu area kite makanan xder la mahal sgt, slalu RM3 or RM3.50 je.area korang mgkin mahal kan?? alahaii skg harga barangan dan makanan mmg mahal kan..erghhh penat tol. terpikir juga adakah duetku tidak berkat?? tapiikan mmg tak dinafikan yang harga barangan mmg dah naik semua nih..huhuu

image atas, cik qhayra dapat habuan ice krim, bila dah makan cmtuh gan lambatnya makanya meleleh abes baju la.. tak tau cmna mama nk buat so di bawah selesai masalah..kahkah..u see.. oke tak??huhuu

ice krim dicekup camtuh..habes cerita..huhuu
fuhh berselera cik qhayra, 
sedapp oo nyumm, nyummm..
mama curik snap pic dia..
alamakk prasan suda..huhuu
kantoii daaa.

ohya, terlupa pulokkk, petang itu juga,
kelalaian mr. papa myebabkan kaki cik qhayra sedikit cedera
dek terkena ekzos motor papa.
huhuu naseb la cik qhayra..

mujur la sikit jew
ada kesan merah.

kalo lahh melecur jenuhhhh..
cik qhayra takdak nangis pun,
barangkali ekzos tuh tak berapa panas sgt.
sebabnya jarak dr opis papa ke tadika tak la jauhhnya sgt.
dlm 10 minit jew. itu sebabnya ekzos  xrapa panas..

kakinya tak der kesan parut pon.. 
Alhamdulillah, syukur hanya minyak gamat jew jadi pngubatnya..

oke u all, sambung keja.

pelan² saya terjah korang ek,
tenet saya sgt lahhh slow,
 sgt tenat tak tahu kenapa..
maaf yerr.!!

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, January 6, 2013

Bubu, Mimi & Anak²


Assalamualaikum semua..

salam pagi ahad.. ader yang masih berweekend kan?? tapi area Kedah dah bkerja tau.. mood dah kembali tenang..gambaq dah boleh amek..merujuk pada n3 INI, tima kaseh pada Adek Sha n P-Qah for da idea, heehee..bagus juga cadangan gunakan bluetooth tuh, tapi kan akak tak gunakan idea korang..

tau apa yang akak gunakan..hehee, baru ingat yang opis xblock twitter, so saya buka twitter saya, then ader image dari instagram yang saya share bersama pesbuk n twitter, ekekeee. so, saya klik pada link instagram yang ada pic saya, then saya printscreen saja..hahaha.. itu saja idea yang saya dapat pepagi ini..hikhik lawak pon ader, tapi pada mereka yg bermasalah yang sama gan saya bolehlah guna cara ini..hahaaa.. bolehkah macam tu?? ahh tak kisahlah asalkan saya dapat amek image yang saya nak tuk dipublish dalam blog ini..

almaklumlahhh setiap gambaq ada kenangan..dan setiap cerita pulok pasti ader gambaqnya??hahaa setuju tak gan kenyataan saya?? sapa setuju angkat kaki..hahaa..iskk panjang lebar intronya.so settle satu bab, Alhamdulillah, syukur krna AllAh permudahkan urusan saya.hehee

dekat entry INI jugak, saya ader gtau yang cik Qhayra n Mr. Papa punyai hobi baru kan?? ehh lum tgk ek, kalo blum tgk silalah merajinkan diri tuk tgk ya..di sini saya perkenalkan buah hati pengerang jantung Bubu deh..hehee Mimi namanya..
selamat bkenalan..

mimi selamat melahirkan 6 ekor baby hasil cinta bersama Bubu..
 6 ekor bb yang baru dilahirkann..

sekarang usia baby Bubu n Mimi dah masuk 1month.
u see bulu² dah mulai lebat.
ee geram tgk tau..gebu² dan kiut miut bb mereka.
anak² mereka belum dikasi nama lagi tau..
lum tgk lagi betina or jantan..hihii 
geli nk pegang dol..!!

anak²nya juga bergerak aktif tau..
ke sana ke sini berlari dan bermain..
suke sgt tgk.
 
update : mata bubu buta akibat digigit kerengga..
 
ceritanya, kiteorg tak prasan yang sangkar bubu ada ranting pokok yang patah, tak sangka pulok ranting tuh dijadikan titi oleh kerengga tuk sampai ke sangkar Bubu..alahaii sgt kesian gan bubu.. bayangkan abes satu badan Bubu digigit kerengga..iskk geram sgt tau..puas la mr. papa, Sil n Mil datang buangkan kerengga tersebut..mata bubu dah bengkak masa tuh..tak tahu cmna nk buat kami hanya tuangkan minyak gamat saja.kebetulan aritu Sabtu, veterina tutup..so hanya mampu bubuh minyak gamat sajalah..mmg tak sangka yang matanya akan buta.balik dalam miggu lepas, aadek ipar gtau yang mata bubu dah buta..sian bubu..
 
mesti korang hairan kan?? ekceli, bubu skluarga tak tinggal gan saya, tak tahan gan bau kencingnya yang kuat tuh, kami ankbranak sepakat balik tinggalkan bubu di kampung..bukan apa kalo tinggal gan kmi di sini, sangkarnya dalam umah, itu yang tak kenan tuh, kalo kat kampung, mmg ader sangkar lain tuk mereka..
 
skg mr.papa sedang bertungkus lumus siapkan sangkar bubu skluarga..balik ujung minggu jew, dia sibukkan diri gan rumah bubu la..insyAllah kalo bkesemptan nanti saya snap pic umah bubu ek..hehee. k u all ader keja nak buat oke??
 
noted : 2, 3 arini agak kebizian sikit, so pelan² saya melawat korang ya..byk sangat kawan² datang melawat, tapi kan saya lum bkesempatan lg nak melawat korang semula..insyAllah umah korang tetap saya datang, cuma lambat dan cepat saja..
 
adios ^_^

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Idea Please.!!


Assalamualaikum semua..

nak tanya sikit?? 
gi mana caranya nk amek picture dlm fon sedangkan apabila cucuk USB,
 ia tak detect aka baca ?? tension la kalo jadi gini..

byk n3 saya tertunggak tau..geram sguhhh..
pc dekat opis nih buat hal pulokk dahhh..

so, rakan² yg dihormati & dikasihi skali..
ader idea tak cmna nk buatt??
huhuuu

dah geram dah nihhh..
kalo nk amek pic dari pesbuk..
pesbuk plak diblok d opis..
adeyyyy..
bertambahh tensionn akuu..

iskk geram betul la..
cmna??camna nak buat..

sila la bantu saya..
bantuan anda amat diharapkan.

terima kaseh.

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Friday, January 4, 2013

WW #11 : Saja Suke²

Brand : Avon
Jenama : Scentini

saya sangat suka harumannya..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, January 3, 2013

Misi Gagal


Assalamualaikum semua..

salam hari ketiga dalam tahun baru 2013..apa macam sambutan tahun baru korang?? kite sambut tahun baru kat tmpt tido saja..masa sedap tido kedengaran pong..pong..lebih kurang gitu la,. ada org tembak bunga api,hahaa pastu nmpk cahaya je kelip..kelap..kelip..kelap..

ko tahu ke apa misi kite nihh?? hahaaa.. ko lum baca ek n3 kite yang lepas..ko nak baca tak?? kalo nk baca ko klik SINI ekk.. situ ko dah boleh paham apa yang menjadi misi kite nih..huhuu
(maap yer terbawa² cakap mama Arina pulokkk) hahaa

oke, mengapa yang dikatakan misi tak berjaya?? tak berjaya kerana akhirnya saya iaitu mama kepada putri sulung, tunggal, tengah & bongsu (setakat ini) NurQhayra Qistina terpaksa belikan pampers utknya kembali..ahakksss, mama dah xtahan dah u, kalo ari² kena basuh bekas *ken_ ingnya* jenuh u..walaupon ianya hanyalah kain yang dilapik tapi tak tahan siot gan perfumenya tuh..kahkah..so jalan yang terbaik bg dia dan juga saya tentu²nya lahh, adalah sediakan pampers utknya..

korang nak tahu tak?? cmna saya boleh sediakan pampers gan dia semula..oke, korang baca gan teliti tau..kite nk crite nih..baca jangan xbaca..

pada suatu hari, haritu hari ahad (23 Dis 12) mama cuti ganti sebabnya mama keja ari jumaat, apabila mama tak keja automatiknya qhayra tak ke sekolah..cuaca aritu agak mendung juga, bila cuaca mendung kite pon tak brapa semangat, asek tido saja, lepas bangun tido, tido balik..hahahaa, then smpy la time tido petang, qhayra gan saya tido skali, bila dah sedapnya tido, alahaii paip qhayra bocor di siang hari..makk oiiiii, adeyyy dah la malam tadinya paip dia dah mmg bocor kan.. tika ini mmg tahap kesabaran saya ilang dah..terus ptg tuh kuar belikan pampers tuknya,.

korang paham tak cite atas nih, saya pon macam penin saja..ulang manaip ya. kiranya camni lah, sabtu malam banjir dah tilam, then siang ahadnya pulokk banjir lagi sekali,tak sangka pulok siang harinya boleh bocor, mayb cuaca sejuk myebabkan qahyra *terrrrkenn_ ingggg* kalo korang lah di tempat saya apa korang buat..ini mmg ujian sgt dalam mguji tahap kesabaran saya, jauh mana sabarnya saya..tapi kan, kesabaran saya cukup setakat itu, compom la jalan terbaik kasi dia pkai pampers la. 

so, ahad malamnya, saya kasi dia pakai pampers, fuhhhh tido lena saya dibuatnya, tiada lagi sebarang kebocoran dan kebanjiran lorrr..lega siotttt..sehingga skg nih qhayra mmg pakai pampers la bila nk tido..mayb betul la cakap² korang yang sudi megomen di kotak komen SINI, tentang perkara ini automatik terjadi kan.. kan?? ntahlah, saya tunggu dan lihat jelah benda ini,huhuu..

noted : lambat sikit ke rumah korang ek..agak bizi sikit arini.                                                                                                               

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, January 2, 2013

WW #10 : Mimpi Cinderella


kenapa tajuk n3 begitu?? 
jawapannya,
 
 Lu pikirlah sendiri..!!

n3 autopublish :)

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, January 1, 2013

Suci Dalam Debu



Assalamualaikum semua.

pembuka bicara bagi tahun baru ini..jum nak kongsikan sedikit resipi yang mudah.. compom anak² suke, bukan anak saja gan mak ayah nenek, bak kata orang satu family lah."suci dalam debu" bukan lagu Iklim tuh oke, ini suci dalam debu yang boleh dimakan..hehee

entry ini macam biasa disimpan rapi dalam draf. puan belog tak sempat nk publish.hahaa kire oke lah ek, entry tahun lepas di bawa ke tahun ini.hiiihii.
korang kenal ka kuih yang saya maksudkan tadi..kalo tak kenal..sila la klik image di bawah tuk tumbesarannya oke.

suci dalam debu hasil tanganku
image dah lama dah..hikhik

bahan²nya adalah :
kulit popia (dipotong 4)
2 sudu besar nestum org dewasa
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula

cara² membuat
  1. Mula - mula, lipat kulit popia yang telah dipotong empat 2 kali dari bucu ke bucu. Pastikan ia tidak terbuka. Untuk melekatkannya, lebih mudah titiskan air di bucu kulit popia seperti gam.
  2. Panaskan kuali sehingga betul - betul panas.
  3. Masukkan kulit popia ke dalam kuali. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak. Jangan terlalu awa dan jangan terlalu lewat.
  4. Blendkan nestum, susu tepung dan gula bersama.
  5. Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam mixture tadi. Golekkan sampai habis popia goreng. Kalau tak cukup mixture, buat mixture yang baru dengan mengulangi langkah 4 tadi.

  6. Dah siap Suci dalam debu anda. Selamat mencuba.
kredit to ;My Resipi 

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)