Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 28, 2013

Kesinambungan Pergi Takkan Kembali


Assalamualaikum semua..

terima kaseh buat kalian semua coz tak henti² singgah di blog kecil sya walaupon saya tak juga muncul d blog kalian..maaf sesgt, mmg saya akui tak dapt lg nk mjenguk kalian buat masa sekarang..insha allah saya akan tetap sampai nanti, cuma masanya belum pasti bila..maaf sekali lagi ya :)

sambungan crita INI, banyak pengalaman nk kongsi sepanjang menjaga arwah ayah..Alhamdulillah, Allah begitu sayangkan beliau hingga tak biarkan beliau terus terseksa, apatah membiarkan beliau hidup lama di dunia ni..segalanya Dia yang tentukan..DIA jua Maha Mengetahui apa y terbaik buat hambaNya..

utk pngetahuan semua, arwah ayah bru berusia 54yrs..itu pon belum cukup umur lg kalo ikut 22 June 2013 ni genap ayah 54yrs..bukanlah bermaksud ayah sangat terseksa sepanjang menanggung sakitnya..sakit teruk beliau hanyalah 3hr sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir..

Alhamdulillah, Allah permudah juga bagi kami yang menjaganya juga..sakitnya bukanlah dikatakan teruk hingga memerlukan kami untuk mengangkat beliau ke bilik air, pakai dan tukar lampin atau sebagainya..TIDAK, kami xperlu buat apa² pon tentang itu..itulah yang dikatakan Allah Ya Bari', Yang Maha Mengatur segalanya..Terima Kaseh Ya Allah Ya Syakur..

9 Mac 2013, beliau admit warded hingga 3 April 2013 dibenarkan keluar..itu pon setelah kakak kedua saya, Angah dapat beli mesin gas daripada kawannya..selagi beliau tak dapat gas tuh, beliau tak boleh keluar wad..pihak hospital juga banyak membantu, keluarkan surat minta gas disponser..namun, dalam masa yg sama, kami adikbradik berikhtiar juga mencari mesin gas tersebut..Alhamdulillah rezeki kami murah, terus dapat beli daripada kawan Angah..so, dah dapat beli dari kawan terus bawa mesin tu tunjukkan gan doktor, sama ada sesuai atau tidak..hari ni tunjuk gan doktor, esoknya terus doc ckp ayah dah boleh balik. Alhamdulillah, maknanya sesuai la mesin tersebut gan ayah..so, kiteorg bawak blik ayah di rumah..

2,3 hari sblum beliau dapat balik, beliau kuat sgt..mmg nmpk beliau sangat sihat, bayangkan beliau boleh turun naik tangan sendiri tangga tanpa bantuan kerusi roda, namun kami tetap sediakan kerusi roda gan dia..bukanlah bermaksud ayh bergantung hidup gan kerusi roda, Tidak, cuma beliau penat, tak boleh bejalan dengan jarak yang jauh..itu yang sy maksudkan..kalo tak sebelum ni nak jalan ke toilet pon penat..tapi tidak pada aritu..kami adkbradik rasa lega bila nmpk ayah sihat macam tu..anak² mana tak seronok kan, apatah mak saya..tentulah kami sgt gembira..sememamngnya kami mengharapkan ayah sembuh seperti sediakala..itu harapan kami..

masa ayah dapat keluar wad pon mmg beliau jalan sendiri juga,. penat tu ada, tapi tak teruk..mmg kami sangatlah "lapang dada" melihat ayah sihat dan kuat.
namun, ajal dan maut Allah dah tentukan, kami redha, terima segala qada dan qadar.. 

bersambung..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Monday, May 27, 2013

Perginya Insan Tersayang

Assalamualaikum semua..

diharap semua berada dalam keadaan sihat hendaknya..maaf sy mmg tak sempat nk ke blog kalian..maaf sesangat..jangan lah kalian anggap saya dah taknak berkawan gan kalian..insha Allah persahabatan kite kekal hingga ke syurga :)

seperti yang kalian sedia maklum, dalam n3 INI, INI dan INI..bapa saya sedang sakit, tapi saya rahsiakan dari korang apa penyakit ayah kan?? sebenarnya ayah menghidap Kanser Paru-paru Tahap 3. kenapa saya tak gtau kalian tentang ni ek?? ntah saya pon tak tahu kenapa..saya belum bersedia tuk bagitau umum kot..maaflah, kadang-kadang ada benda yang kite dapat gtau dan ader benda kite tak dapat gtau..

setelah hampir setahun, penyakit ayah berlarutan, tanggal 9hb April 2013, bersamaan 28 JamadilAkhir 1434H, jam 9.25am ayah menghembuskan nafas terakhirnya di teratak tercinta milik beliau..semasa penulisan ini, genap ayah meninggalkan kami 40hari..(n3 didraf pd 19hb May 2013).

seminggu sebelum pemergian beliau, hampir sebulan beliau di warded.. hanya bergantung kepada gas, ubat serta antibiotik yang diberikan..kami redha, semasa ayah di warded mmg nampak sangat sihat walaupon ader kenkadang penat beliau menyerang..mesti tertanya-tanya kenapa tak guna rawatan kimo?? penyakit kimo adalah rawatan terbaik buat pesakit kanser..tapi apakan daya, ayah tak dapat jalankan rawatan kimo kerana keadaan kesihatan beliau tak mampu nak menampung rawatan kimo yang dijalankan..seorang pesakit kanser perlu mempunyai daya tahan badan yang kuat tuk jalani rawatan tersebut..doktor mmg ada cadangkan agar rawatan itu dijalankan, tapi bergantung kepada keadaan ayah..dari keadaan ayah mmg tak dapat la nk dapat rawatan tu..dan kami adkbradik mmg xsyorkan rawatan tersebut gan ayah. takut keadaan btambah buruk lgi.
rasa macam satu mimpi je pemergiaan beliau..mcmna nk cakap ya.. sebenarnya, saya rasa macam dia masih lagi ada..tak rasa macam dia dah pergi tinggalkan kami.. apapun kami sekeluarga dah buat yang terbaik dah jaga elok masa beliau sakit..Alhamdulillah segalanya, dipermudahkan..
ada masa nanti saya sambung cerita..dah blur nak cite panjang² sangat..kang korang busan nak baca.hehee
 bersambung..


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, May 19, 2013

KeajaibanMu Asmaul Husna


Assalamualaikum semua..

Bagaimana harus aku mulakan cerita nih ya.. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dengan limpah kurniaMu Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk meneruskan penulisanku utk berkongsi segala pengalamanku dan keajaibanMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,.semoga penulisanku ini dapat dijadikan panduan buat semua pembaca.

22hb yang lalu, saya join kursus yang dianjurkan di tempat kerja saya..kursus bertajuk Keajaiban 99 Nama Allah (Asmaul Husna). Alhamdulillah Allah bagi hidayah dan petunjukNya melalui kursus tersebut..setelah saya amalkan selama 3hari, banyak keajaiban yang saya  dapat. Alhamdulillah, trima kaseh Ya Allah Ya Syakur, atas segala nikmat yang Engkau berikan..

salah satu keajaiban yang berlaku atas diri ini adalah Allah berikan rezeki dan nikmat yang paling bernilai dan berharga buat diri saya dan keluarga. Allah pinjamkan zuriat kedua buat keluargaku. Alhamdulillah, syukur Ya Allah ats pinjamanMu. keajaiban yang pertama dan yang kedua tak perlu saya terangkan kerana ianya bersifat peribadi..keajaiban ketiga sahaja yang bakal saya kongsikan bersama rakan² sekalian, Mudah-mudahan penulisan ini dapat memberi hidayah dan pertunjuk kepada kalian semua dengan izin Allah swt. Ameen :)
Bagaimana saya amalkannya.. seperti kalian semua tahu, bahawa setiap nama-nama Allah itu ada maksudNya. sebagai contoh, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Razzaq, Maha Pemberi Rezeki. Ya Wahhab Yang Maha Pemberi. Ya Bari' Maha Mengatur. dan banyak lagi.

berbalik kepada cerita saya tadi. tipu la kalo saya cakap, selama 1tahun 6bulan ini, saya tak frust, bila mana menunggu kehadiran cahaya mata kedua tak juga kunjung tiba..kiranya saya  boleh dikatakan jenis period tak stabil..2bulan skali baru ada..kadang² takdak..bila sahabat baik tak kunjung tiba, makanya excited sangat konon² qhayra, going to be a sister.boleh dikatakan pregnancy test tuh dah berpuluh² ringgit dah abes,.ditambah lagi gan gi jumpa doktor setiap kali keadaan yang sama berlaku..beberapa kali tuh jugak la setiap kali saya frust..

ntah mugkin Allah dah aturkan segalanya tuk kita kan..mana kita tau..saya redha dan terus berusaha.sampailah Allah bagi hidayah dengan kursus nih..Then, saya amalkan hingga sekarang..satu hari tuh, saya dah lain macam rasanya, makan muntah, pastu cepat mengah..seminggu sebelum tuh dah gi cek, doc cakap gastrik, sebabnya, bila saya test mmg negatif..so doc saspek gastrik..keadaan berterusan saya tak puas hati, then ke satu klinik puan tuk scan..takutlah ada apa-apa yang xelok kan..mana kite tau.. 50-50 samada nakp ke tak..bukan apa mmg mengharapkan preggy..kalo cek, tgk xder frust pulok..huhuu

so, sebelum gi klinik, solat asar dulu, dalam solat sujud terakhir mmg saya seru nama Ya Allah Ya Razzaq, Yang Maha Memberi Rezeki..dan dot..dott..dotttt..(ada la doa yang saya pohon agr dimurahkan rezeki ini).
then, siap semua, sepanjang perjalanan hingga sampai klinik xhenti-henti saya memanjat doa sambil menyeru nama Ya Allah Ya Razzaq..

Alangkah terkejut bila test terus double line..sedangkan sebelum tuh xder pon..mr. papa pon terkejut, then doc scan mmg dah ader kantung baby tuh.. Alhamdulillah, balik rumah solat wajib dan solat syukur..Anugerah yang tak terhingga buat kami sekeluarga :)

***n3 ni dah lama didraf, maaf ambil masa terlalu lama tuk publish, banyak kekangan..lama tak lama, sekarang usia kandugan saya sudah 5mnth..doakan km agar segalanya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.. ameen

noted : banyak crita nak kongsi bersama, insha allah ada masa saya crite, maaf lama tak ke blog kalian..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)