Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 11, 2014

Mata Berkedip-kedip

Assalamualaikum wbt
para sahabat di alam maya..

lama meyepi..
update blog pon kelap celup sekarang ni..
kemalasan tahap maksimum dah sekarang..

iskk sejak dua tiga menjak ini..mata kiri asyik bergerak²..
adakah sesuatu yang tidak elok akan berlakukah??
iskk xbaik fikir cam gitu kan..
so arini saya mengugelkan diri saya..
terjumpa la ttg mata berkedip² ni.. 

jum saya share..apa saja teori yang dinyatakan kebanyakkannya berkaitan dengan diri saya sekrang ni..fuhhhh stresss bila baca..sabo jelahhh..


Situasi 1
"Dah dua tiga hari mata kanan aku asyik gerak-gerak je ni.. ada orang jauh nak datang ke ni? Kot-kot nak dapat durian runtuh kot..yes!"

Situasi 2
 "Alamak! Mata kiri aku berkedip-kedip la.. Ada apa-apa benda sedih nak berlaku ke ni... Aduh...."

 Eye Twitching (Mata Berkedip-kedip) 

 

Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai MyokymiaUntuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi.  Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

  • Tekanan (Stress)
  • Kelesuan (Tiredness)
  • Ketegangan Mata (Eyestrain)
  • Kafein (Caffein)
  • Alkohol (Alcohol)
  • Kekeringan Mata (Dry Eyes)
  • Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
  • Alergi (Allergies)

Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun, eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.


Mengapa mata saya berkedip-kedip?

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.



6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

BOTOX

Botox!? Seperti yang kita tahu sebelum ni, Botox digunakan untuk hilangkan kedut-kedut di muka sahaja. Ramai artis yang guna teknik short-cut ini dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan perkataan botox kepada umum sehingga menjadi fenomena kecantikan pula. Macam duta tak berbayar pula yek..hihihihi..

Sebenarnya kegunaan Botox di dalam perubatan adalah sangat meluas dan bukan hanya untuk menghilangkan kedut-kedut tua tu sahaja. Untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku dan eye twitching "extreme", suntikan Botox akan digunakan.
Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup.  Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot  di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.

Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel yang lepas iaitu Eye Twitching.

 
TAZKIRAH
 
Berbalik kepada 2 situasi yang saya berikan di atas, kita perlu berbalik kepada doa Rasullulah ini:

Doa Rasulullah s.a.w:

Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu." 

(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)

(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah. 



Wassalam..






Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, November 27, 2014

Johan Pertandingan Resensi Buku

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia daripada NYA, ALLAH swt saya berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan resensi buku yang diadakan pada 2 Oktober 2014 yang lalu..
Sila baca ENTRY INI

hari kemuncak yang dinanti² adalah semalam, 26 November 2014, bertempat di Auditorium Bangunan Baru PSB.. saya menang 2 kategori semalam,
1. Tempat Pertama - Pertandingan Resensi Buku
2. Tempat ketiga - Pertandingan 5S (Workstation Individu)
3. Hadiah Saguhati - Pertandingan Bicara Q

Alhamdulillah segalanya telah tertulis, ianya milik saya, macam xpercaya pon ada..Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa. rezeki anak-anak semua..Alhamdulillah :)

rezeki Anak-anak
menempek gan hadiah jap..
kakton tolong ambilkan hadiah kite..glamer akak kite, naik pentas 3,4x hari tuh..kihkih
puan badan tak der, sebab attend Hari Konvekesyen anjuran Tadika Qhayra..so opismate tlg ambilkan..Qhayra sendiri yang konvo so nak taknak mmg kena pi la..seperti post saya dalam fb semalam, 
jadi terpilih ada kos melepas..sebagai ibu bapa ni, kompom la pilih anak² dulu kan..tak sampai hati la pulak kalo xp tgk Qhayra kan..hadiah cmna pon mmg milik saya, tp nak bahagia dan mengembirakan anak bkn mudah kan..so, sebagai seorang ibu, apa lagi yang penting selain melihat anak-anak bahagia dan gembira..hehee ayat touching
selain daripada itu, km juga menang tempat pertama pertandingan 5S, workstation bahagian Zon Nilam.
Dari kiri, cik Noraini, pemenang tempat pertama pertandingan Bicara Q, tudung pink, ketua Zon Nilam, tudung ijau, puan punya blog, tudung kelabu, Kakton, tempat kedua Bicara Q, dan tudung merah, ChikAs menang tempat ketiga Bicara Q..Alhamdulillah, kamilah juara..semuanya opismate saya..hehee

semua yang hadir, akhirnya sempat juga aku sampai ketika mereka sibuk bergambar..sampai di saat akhir, semuanya dah tamat..Alhamdulillah..


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Saturday, November 15, 2014

Resepi Kek Oren


Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..

haloo..hai..haii.. 
arini nk kongsi resepi gan korang..
aritu kite ada buat kek oren kan..ha inilah resepinya,..
selamat mencuba ya..!!

Masa Penyediaan : 30 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 70 minit
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:

  • 1 biji buah oren
  • 1 cwn minyak
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cwn tepung gandum*(diayak)
  • 1 sudu besar baking powder*(diayak)

Cara Penyediaan:

  1. Oren dipotong, di buang biji dan urat putih ditengah-tengah, kemudaian oren di potong kecil-kecil
  2. Masukkan dalam blender bersama minyak,gula dan telur dan kisar sehingga halus.
  3. Tuangkan bahan-bahan kisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  4. Tuangkan kedalam loyang yg sudah digriskan dengan minyak.
  5. Bakar pada suhu 170 °C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.bergantng pada oven masing-masing.
Tips: Boleh letakkan parutan halus kulit oren untuk mendapatkan aroma yang harum. Oren Emulco juga boleh digunakan untuk mendapatkan warna yang cantik, tambahan susu tepung memberikan rasa lemak

kreadit : resepi kek oren

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, November 6, 2014

Dhiya Masalah Jangkitan Telinga

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rahmat serta ujian yang diberikan..Insha Allah, saya terima gan hati yang redha dan tabah.
tak tahu macamna nak cerita..tapi saya gugel dapat la info tentang hal ini..inilah masalah yang dihadapi sekarang.

Jangkitan Telinga



Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:
  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Otitis externa

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?
  • Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
  • Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol.
  • Terdedah kepada asap rokok.
  • Pembesaran adenoids.
  • Sumbing bibir.
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.

Tanda-tanda biasa ialah:
  • Kesakitan dalam telinga.
  • Resah dan mudah meradang.
  • Tidur yang selalu terganggu.
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
  • Nanah keluar daripada telinga.
  • Kurang selera makan.
  • Lelehan hidung.
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.

Acute otitis media

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?
Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami:
  • Telinga bernanah yang kronik.
  • Kurang pendengaran.
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?
Dapatkan nasihat dan rawatan awal daripada doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:
  • Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
  • Ubat demam.
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah:
  1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
  2. Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
  3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
  4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
  5. Elak:-
    • Terdedah kepada asap rokok.
    • Penggunaan puting.
    • Penyusuan susu botol semasa baring.
    • Alahan yang diketahui.
Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan”.

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?
Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.


 sumber : myhealth

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, October 30, 2014

Kek Oren Kukus

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..
 
1st try..
Alhamdulillah
 
 rasanya boleh la kot..
kalo habes dimakan dlm tempoh sehari..
kira menjadi la ehh..
 
sedang mengugel nak buat puding triffle plak..
kalo buat confirm upload pic ekk..
tungguuu..!!

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, October 16, 2014

Resensi Buku : Sutera Bidadari

AMARAN : AWAS, ANDA TELAH MEMASUKI ZON ENTRY YANG PANJANG..


Judul Buku                            : Sutera Bidadari
Nama Pengarang                   : Ramlee Awang Murshid
Keluaran                               : Alaf 21

Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 dan berasal dari Papar, Sabah. Mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Media), daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara pencapaian beliau adalah melalui novel yang berjudul Igauan Maut mendapat Hadiah Kedua Sayembara Novel Dewasa Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah 1992 dan Hadiah Sastera Sabah 1994/1995, Hadiah Kedua Sako 2002 melalui novel Pei Pan, Hadiah Sastera Sabah 2003/2004 juga melalui novel Pei Pan, Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 melalui novel Bagaikan Puteri, Anugerah Remaja Yayasan Buku Negara 2012 melalui novel 9 Nyawa serta Tokoh Sastera Sabah daripada Persatuan Rumpun Artis Sabah 2012.

Antara karya novel yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti, Mandatori (2000), Semangat Hutan (2001), Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2007), Hijab Sang Pencinta (2008), Cinta Sufi (2010), Sutera Bidadari (2011), Sunan Musafir (2012), Sunan (2014) dan banyak lagi. Ramlee Awang Murshid sangat terkenal sebagai novelis thriller nombor satu di Malaysia.

Sutera Bidadari umpama drama "Journey To The West" yang di ketuai Devout Man : iaitu Laksamana Sunan, bersama watak-watak yang lain, iaitu manusia; Panglima Awang Bagan, Catalina wanita Portugis (Maryam), Sadik, serta  Abdol Rahman anak saudara Sadik, dan makhluk berbangsa Polips: Luna, Indera, Yedee dan Thariq. Novel ini memuatkan 547 muka surat yang bermula dengan prolog dan diakhiri epilog serta mempunyai 64 bab.
Watak utama dalam novel ini yang diperkenalkan oleh RAM, adalah Laksamana Sunan atau nama sebenar beliau Saifudin bin Jalis. Berasal dari negeri Johor yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Rencong. Melarikan diri akibat daripada fitnah hingga ke Acheh. Di Acheh, beliau tinggal bersama Bapa Asuhannya, Wafi Sufi. Laksamana Sunan digambarkan oleh penulis adalah merupakan seorang lelaki yang memiliki wajah yang bersih, seorang muslim yang kuat beribadah, sering merendah diri dan segala pujian hanya pada Allah Yang Maha Esa. Laksamana Sunan diceritakan hidup sezaman dengan Laksamana Hang Tuah. Laksamana Sunan seolah-olah wujud pada zaman tersebut. Laksamana Sunan mendahului cinta agung Allah berbanding cinta manusia. Beliau mendahului akhirat berbanding dunia. 

Pengisahan Laksamana Sunan adalah merupakan novel bersiri yang diceritakan oleh penulis. Novel yang pertama diperkenalkan adalah bertajuk Bagaikan Puteri. Babak dimulakan dengan ketokohan dan keperkasaan Sunan menentang Beragas. Kemudian disambung dengan kisah Cinta Sang Ratu. Dalam novel ini, diceritakan tentang kisahnya bersama isterinya, Ratna. Kemudian disambung lagi dengan Hijab Sang Pencinta. Dalam Hijab Sang Pencinta, diceritakan bahawa Sunan yang cedera parah kemudian boleh sampai ke abad ke-21 (zaman masa kini). Sunan juga dikenali sebagai  "Lelaki berduka dari Tanah Rencong" kerana akibat fitnah yang menyebabkan beliau melarikan diri hingga ke Acheh. Penulis menyambung lagi kisahnya melalui Cinta Sufi, di mana Sunan digelar “Lelaki Bertanduk Dua”. Beliau digelar begitu kerana urat di dahi kiri dan kanannya  bercabang dan menyerupai tanduk. Seterusnya, Sutera Bidadari iaitu novel yang dipilih oleh saya untuk dibuat ulasan. Kemudian, penulis menyambung kisahnya lagi melalui Sunan Musafir dan yang terbaru kini adalah Sunan. Selepas Sunan, ada lagi sambungannya yang masih dinantikan oleh semua pembaca yang mengikuti kisahnya.

Sutera Bidadari mengisahkan pelayaran untuk menghantar Maryam ke tempat asalnya iaitu Lisbon, Portugal. Bermulanya dari Hulu Melaka, singgah sementara di Acheh bagi menjemput sahabat baik Sunan, iaitu Sadik bersama anak saudaranya yang yatim piatu, Abdol Rohman. Sepanjang pelayaran ini, pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa dihadapi, termasuklah pertembungan dengan makhluk jadian, bernama Hurguor yang jahat dan menculik Maryam.  Sunan berjaya memerangi Hurguor, namun beliau tidak menjumpai Maryam dan telah terpisah dengan sahabatnya yang lain iaitu, Panglima Awang Bagan, Sadik dan Abdol Rohman. Ketika beliau mengharungi perjalanan berseorangan mencari sahabat-sahabatnya, beliau menemui dua ekor kera sakti yang boleh bercakap bernama Ambuk dan Gobuk. Dengan bantuan kedua-dua kera ini, beliau berjaya menemui sahabat-sahabat beliau termasuklah Maryam.

Dalam mengharungi pelayaran ini, mulut mereka masing-masing tidak pernah berhenti berzikir dan membaca ayat-ayat lazim Al-Quran di samping memohon doa serta bertawakal kepada ALLAH SWT. Dalam masa yang sama, Sunan juga, sejak awal lagi dilawati oleh Sang Dewi yang tidak henti-henti menyeru Sunan supaya datang ke tempatnya, Inderipuri dan bertemu dengannya tetapi tidak diketahui mengapa Sang Dewi berbuat demikian.
Selesai sahaja urusan menghantar Maryam di Lisbon, Sunan bersama tiga orang sahabatnya meneruskan perjalanan ke Romania yang dahulunya dikenali sebagai Negeri Atas Angin untuk menjejaki Raja Roman bagi menghapuskan segala kejahatan.
Selain itu, Sutera Bidadari juga memperkenalkan lebih lanjut dengan Raja Roman. Raja Roman atau Taghut yang menjadi kuda tunggangan Iblis atau Sang Petala untuk memerangi segala kebaikan. Raja Roman yang dahulu pemerintah negara Romania yang teletak di Wilayah Dacia Romawi berhasrat memperluaskan jajahan takluk ke seluruh dunia telah terperangkap dengan Sang Petala untuk memiliki kesaktian. Raja Roman terperangkap dengan janji yang telah diikat bersama Sang Petala di mana setiap bulan purnama Raja Roman harus mancari korban untuknya dan akhirnya penjanjian itu memakan diri sendiri di mana beliau perlu mengorbankan isterinya, iaitu Permaisuri Sutera untuk dijadikan korban. Perjanjian itu juga turut menyatakan bahawa Raja Roman harus menghapuskan dua orang manusia iaitu Wali Sufi dan anak asuhannya, Saifudin atau Laksamana Sunan. Bagaimanapun, kesaktian Raja Roman tidak dapat menewaskan dua manusia tersebut, malah setiap pertarungan adalah berpihak kepada Sunan.  Walaupun Wali Sufi telah mati akibat diracun, namun angkara itu bukan hasil usahanya sendiri.

 Ditambah lagi, dengan keampuhan Sunan yang sukar untuk ditewaskan, maka Sang Petala membuangnya ke negara asalnya iaitu Maramures, Romania. Perkara ini yang menyebabkan dendam yang amat dalam terhadap Sunan. Raja Roman masih belum insaf sehinggalah ke akhir cerita. Namun, dalam masa yang sama, Raja Roman turut berfikir akan kesaktian yang dimiliki oleh Sunan. Akhirnya, satu kesimpulan yang dapat dicapai di mana terdapat satu kuasa yang melindungi Sunan. 

Kuasa itu adalah kuasa ALLAH SWT. Sunan adalah seorang makhluk Tuhan yang kuat beribadah. Setiap waktu beliau akan dihabiskan dengan melakukan solat sunat. Apabila waktu menginjak ke sepertiga malam, beliau akan bangun untuk melakukan solat tahajjud. Segalanya yang dilakukan hanyalah pada ALLAH SWT serta mencari keredhaanNya. Apa jua halangan dan cabaran yang dilalui segalanya dipohon dan diserahkan atas pertolongan ALLAH SWT. 

Turut diceritakan juga pertembungan awal antara Raja Roman dengan Makhluk Polips yang mengorbankan Munik, suami Luna dan menjadi penyebab mengapa Makhluk Polips mengambil keputusan berhijrah ke Pergunungan Himalaya demi menghindari manusia yang penuh dengan kejahatan. 
Kelebihan yang ada pada Sunan adalah beliau mampu memaafkan musuh yang ingin membunuhnya. Buktinya apabila beliau berjaya memaafkan Raja Roman serta mengislamkan Raja Roman. Perkara ini telah menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati Makhluk Polips, iaitu Luna, Thariq dan Yedee kerana Raja Roman adalah musuh ketat mereka kerana telah membunuh Munik, suami Luna dan anak kepada Thariq.
Di samping itu juga, diselitkan juga adegan daripada masa kini, di mana Saifullah “The Mystery Muslim Man" mengejar Elizabeth yang mencuri artifak berharga Catatan Maryam dan Keris Nanggroe milik Sunan yang diwariskan daripada tok gurunya Arwah Wali Sufi. Saifullah yakni penjaga amanah Maryam tersangat kaya dan tinggi ilmu persilatannya di temani Jutawan Kamal Abid dan Sharil yang berniat mendapatkan Keris Naggroe kerana Abid percaya keris berlok itu warisan Melayu yang patut dikembalikan ke tanah asalnya, iaitu Tanah Melayu. Mereka akhirnya bertembung dengan Drakul yang sebenarnya memerangkap Elizabeth si perawan yang yatim piatu dan berniat mengorbankannya sebagai korban untuk menghidupkan Vlad The Impaler kembali ke muka bumi.

Sesungguhnya, pengisahan cerita ini amat bermakna dan terkesan di hati saya. Pelbagai aksi dan pengisahan sejarah banyak mengajar dan membantu saya mendalami serta seolah-olah diri ini berada pada zaman itu. Yang pastinya, ketaatan watak utama Sunan kepada ALLAH swt amat memberi keinsafan pada diri ini yang hina lagi naif. Saya rasa sedikit rugi kerana lambat menemui kisah yang berunsurkan ketuhanan begini.
Lebih menarik lagi apabila, RAM menyilangkan kisah dua zaman ini dengan unsur sejarah disekitar zaman kejatuhan Melaka dan Zaman Gelap Eropah. Kewujudan watak dari Kesultanan Melayu Melaka serta watak Laksamana Hang Tuah juga memberikan impak yang besar kepada para pembaca akan terus terjerumus dalam 'ruang fantasi' apabila kotak minda sudah tentunya memainkan semula cerita-cerita dari filem melayu lama, kisah pendekar, kisah Hang Tuah dan sebagainya. 

Peribadi Sunan yang berlandaskan Sunnah Rasulullah saw di tebalkan terutamanya di saat akhir hayat Raja Roman di mana Sunan memaafkan beliau dan menghormatinya sebagai makhluk Allah yang insaf. Bagi saya. RAM bertindak lebih puitis kali ini apabila beliau membentuk ayat-ayat dalam adegan zaman silam dengan beberapa perkataan Melayu Lama yang tidak saya fahami. Tapi kembali moden apabila bercerita tentang zaman kini. Pembinaan karakter lebih tegap dan kita lebih faham dengan mereka  walaupun dengan banyak karakter yang berlainan. 

RAM tetap mengekalkan gaya thriller dan plot yang bergerak lancar. Setiap peristiwa ditandakan dengan lokasi dan tahun. Jadi kita tahu bila dan di mana, cuma kisah pengembaraan ini lebih dinikmati berbanding pengakhirannya..Cerita ditamatkan dengan pantas dan segalanya dirungkaikan dengan segera. RAM tidak berlengah dan memberitahu secara langsung siapakah Saifullah dan kaitannya dengan amanah Maryam juga kehadiran watak jemputan, Haryani ke pembukaan Muzium milik Abid Kamal. 

Yang pastinya, watak Sunan belum mati lagi dalam kisah ini dan bukannya hidup selamanya kerana Saifullah sempat mengimbau sedikit kenangan dan merujuk Sunan sebagai “Arwah Sunan”. Ianya kerana saya telah habiskan kesemua siri Laksamana Sunan, selepas siri Sutera Bidadari iaitu Sunan Musafir dan Sunan, malah kini saya menanti kesinambungan Sunan pula. Pelik tapi benar, saya terbayangkan semuanya dalam versi hitam putih apabila membaca kesemua siri Laksamana Sunan. Sangatlah klasik dan unik. RAM bijak bermain dengan emosi pembaca. Walaupun, ceritanya seolah-olah donggeng dan tidak logik sama sekali, namun selalu sahaja ditekankan oleh RAM, bahawa perkara ini memang tidak logik dek akal namun ianya tidak mustahil bagi ALLAH SWT.


RUJUKAN

Ramlee Awang Murshid. (2005). Bagaikan Puteri. Alaf 21 : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2007). Cinta Sang Ratu. Alaf 21: Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2008). Cinta Sufi. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2010). Hijab Sang Pencinta. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2011). Sutera Bidadari. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2014). Sunan. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2012). Sunan Musafir. Alaf 21  : Shah Alam.
 kredit to : Farahanani


ini adalah hasil tulisan saya ketika masuk pertandingan "RESENSI BUKU",
anjuran opis saya sendiri iaitu Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
pertandingan berlansung pada 2 Oktober 2014.
 Alhamdulillah semuanya selesai, berjalan dengan lancar..
pemenang pertandingan akan diumumkan pada 26 November 2014 nanti..
kemenangan tidak diharapkan tetapi adatlah bila masuk pertandingan pada ada harapan nak menang walaupon sedikit pasti terdetik juga..heheee kalo ada rezeki yang sudah teertulis, Alhamdulillah, kalo xder rezeki pon, Alhamdulillah, saya belajar dari pengalaman..sesaja masuk nak cari pengalaman..
insha ALLAH :)
layan pic di bawah..


debaran menunggu giliran
barisan panel hakim
peserta pertama
peserta kedua
peserta ketiga
peserta ke4
peserta ke5
peserta ke6







Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

ENAM Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi


Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..
di sini, saya nak share satu perkara. tadi duk gugel² cara nk didik anak, 
so terasa nk share gan kawan² sekalian..

 sharing is caring, Insha ALLAH, 
smg sama² membantu kalian dalam mendidik anak²..
 harta dunia, saham akhirat, penyejuk mata penawar di hati
Nurqhayra Qistina & Nurdhiya Qaireena
5 oktober 2014.


Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa.

Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, “Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek” atau “Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca” atau “Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik.”

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti “Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?” Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, “Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang.” Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, “Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu.” Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, “Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga.”

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, “Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus.” Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.     Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

sumber : iluvislam

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)