Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 23, 2014

New Born : NurDhiya Qaireena

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya.. 

apa habaq kalian semua..
smg semuanya sihat hendaknya dan 
sentiasa di bawah pelindungan Yang Maha Esa..

6 bulan suda berlalu..
arini baru berkesempatan nak kongsi pengalaman bersalin bb Dhiya.
dari cerita lalu, dekat entry INI saya dah cerita serba sedikit sakit ketika nak bersalin kan. ada baca tak?? belum.. sila KlIK SINI tuk baca..

sambung cerita entry aritu, selepas besalin dalam jam 2am camtu, saya ditolak masuk ward, katil kosong agaknya, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. baby pon xder masalah terus diorg tolak saya bersama baby..mmg terus diorg kasi gan saya ler.. dalam jam 3am cmtu, buat pertama kalinya, cium baby yang baru lahir sangat wangi.. nak cakap bau wangi tu xtau camna nak cakap. itulah mungkin bauan dr Syurga, Wallahulam..

mesti tertanya² kenapa baru pertama kali bau haruman tu kan..utk pengetahuan semua, masa saya melahirkan kakLong Qhayra, lepas je bersalin, baby tak dikasi gan saya, tunjuk jantina pon tak..saya pon tak tau kenapa, keesokkan harinya, baru saya dapat tengok baby. masa kaklongnya saya bersalin private hosp. bila kongsi² cerita, ramai cakap keadaan sama macam saya.. saya tak sure pulak sesetengah hosp ke cmana.. berfikir secara positif, mugkin sebab saya keletihan teramat sangat, dah mmg tak der tenaga.. lepas bersalin kaklong qhayra mmg saya kehilangan tenaga teruk sangat, sampai sedara mara datang pon, saya dengar diorg bercakap² cuma dalam separuh sedar. itulah alkisahnya.

berbalik kepada cerita baby Dhiya, sejujurnya, mmg tak tahu nak cakap bau wangi itu macamna.. saya tak rasa Dhiya dimandikan, masakan nak mandi jam 2pagi kot. kenapa saya cakap cmtu, sebabnya dalam jam 7 or 8pagi, nurse datang n cakap siap baju baby sebab dia nak mandikan baby.. for sure lah mmg diorg xmandi pon baby tu, so tak tau wangi itu datang dr mana.. bila kongsi² gan sedara mara n rakan², diorg cakap bau wangian syurga..Wallahulam.

dalam jam 3++pagi juga, Dhiya menangis, nak susu mungkin, masa tu, susu kite tak keluar sepenuhnya lagi, bila dipicit ada susu, cuma mugkin 2, 3 lubang je berfungsi, lubang² lain masih tertutup. tangisan tak kuat mana, cuma bila waktu semua orang tidor, ianya agak menganggu la juga..hehee, cuak mama kelakar betul bila difikirkan balik. Alhamdulillah, lepas bersalinkan dhiya saya ada tenaga nak uruskannya, tak sesusah masa kaklong dulu. mungkin dah ader pengalaman agaknya..so, banyak bersiap sedia..

dhiya minum macam tak kenyang, so saya minta dengan nurse susu, dia suh kite kasi susu saya, mmg ler saya kasi pon, cuma dia macam tak kenyang, so tidornya macam terganggu juga la.. nurse tanya susu takder ka?? saya cakap ada, cuma keluar sikit ja, nurse suruh kasi juga, dia cakap lama² akan keluar..so dia tak kasi pon susu gan dhiya :( sedih..sedih..nak tak nak ke usaha sendiri.

so, tak tahu cmna caranya, saya kasi dia isap kurma + titip air zam² di mulutnya..mana datangnya kurma pulok ek.. haha ekceli, saya mmg dah get ready bawak kurma gan air zam².. senjata saya tika kecemasan.. tak terniat pon nak kasi kurma gan dhiya, tapi memandangkan tak tahu camna nak mengelak dari dhiya terus menangis kuat, itu lah caranya..hahaa "buka mulut terus"..hehee kelakar..kelakar..

u all nak tahu, Kuasa Allah kan, dhiya pandai mengisap.. masa saya kasi susu saya pon, mmg dhiya isap juga, walaupun susu tak bercambah.. Subhanallah, Allah kasi kecerdikkan buat mereka kan.. masa dalam kandungan pun mmg baby isap jari kan.. kuasa Allah yang tiada tandingan..masa saya kasi kurma pon, saya basahkan kurma gan air zam², pulun la isap si Dhiya ni..sedap barangkali manis kan..huhuu.

opssss, nanti kite sambung cerita ekk..ada hal nak buat..
so tunggu yerr.. 
b4 tu nak nak tempek 
beberapa keping gambaq Dhiya selepas dilahirkan

2hours years old.
 
4hours years old


Alhamdulillah, lahirnya bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w 
semuga menjadi anak yang solehah
 taat kepada perintah Allah serta para rasulNya
taat kepada kedua orang tuanya
semuga bertambah bahagia rumah tangga yang dibina
 semuga Allah kurniakan kebijaksaan dan kecerdikan agar Dhiya berjaya dalam hidupnya dan senantiasa diberi kesihatan yan baik.
Amin Ya Rabbal Alamin.

entry bersambung di SINI

sekian ^_^



PETUA SAYA MUDAH BERSALIN PETUA KASI NAMA ANAK TIPS PENYUSUAN EKSKLUSIF TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU DENGAN POWER PUMPING TIPS BANYAKKAN SUSU

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

11 comments:

lia said...

Subhanallah... tiap kali bc pengalaman bersalin, mmg rasa ngeri & teruja... bercampur baur...

Kakzakie said...

Kalau ikutkan kasi air zam-zam pun dah ok kakak rasa sebab kurma kan agak keras. Kenapa tak boleh bantu susu formula? Nurse tak bagi ke? Kesian baby..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Salam ukhuwah...
Alhamdulillah dan tahniah dear.. bertambah umat Muhammad S.A.W..

Akak follow #717.. jemputlah ke blog kecil akak :)

Amanda Suria said...

assalammualaikum...comelnya baby ni...secomel dan secantik namanya...tahniah...salam kenal dari me Suriaamanda

Fiza Rahman said...

Sambung lah pulak..hehe...Comelnya. Tgk baby rasa mc nak baby lagi jer ☺

Kesuma Angsana said...

alolo.. comel sungguhlah.. !

Mimi Azirah said...

Alolo tomeinye dhiya...heram je tgk

Yana Libra said...

Amin~

Lebat rambut Dhiya..hehe :)

Myra Jay said...

Alahai comelnyer....
Kulit gebu :D

kayyana said...

comelnye.. tahniah ye.. hehehe. bb kan dlam perut dok isap jari tangan jari kaki.. dah keluar pun pandai isap susu ibunye..Alhamdulillah

MAZLIZA ABD RAZAK said...

comel..tahniah :)