Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 27, 2014

Tips Penyusuan Eksklusif

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..
harini kite nak kongsikan rahsia penyusuan eksklusif
 kepada semua para ibu dan bakal menjadi ibu..
 
Alhamdulillah sehingga harini Dhiya still minum susu ibu sepenuhnya. hasrat dan keinginan ini akan berterusan hingga dhiya berusia 2tahun..Insha ALLAH dengan izin ALLAH swt.
saya nk kongsikan beberapa tips buat kalian semua..


Apa yang dimaksudkan dengan penyusuan eksklusif?
Maksudnya, bayi hanya diberikan makanan dan minuman hanya susu ibu pada peringkat usia 0-6bulan sepenuhnya tanpa makanan dan minuman tambahan yang lain.

tips utk merealisasikan penyusuan eksklusif.

1. berazam dan niat sepenuh hati
sebelum mengandung, mmg dari awal lagi saya memang berazam sepenuh hati utk memberi susu ibu sepenuhnya.. hinggakan saya mengandung terus azam dan niat disemaikan lagi.. tahu kenapa? ekceli, saya balas dendam sebab masa mengandungkan dan melahirkan anak sulung, saya tak berikan susu ibu pon gan kaklong Qhayra. susu banyak, namun Qhayra suka bebai sebab lambat, lagipon kaklong taknak hisap di badan, dan ada beberapa sebab lagi. Ditambah pulak saya jahil, kurang pengetahuan ttg penyusuan susu ibu ini.

2. Banyakkan membaca
Mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang penyusuan susu ibu, teknik penyusuan yang betul, kaedah peyimpanan susu perahan, breast pumping pilihan mengikut bajet dan sebagainya. bagi ibu² yang bekerja seperti saya amatlah penting kelengkapan utk perahan susu, spt cooler bag, ice pack, breast pumping, botol atau storage bag dan lain² keperluan. kat opis ada juga peti sejuk, tapi saya segan lorrr nk masukkan susu dalam peti, so saya sediakan smua siap². bagi mereka yang slumber dan tak segan boleh la guna peti sejuk.. jimattttt..hahaa 

3. ketika mengandung pada trimester ke3, amalkan petua² ini.
  • cuci nipple payudara, setiap kali sewaktu mandi bagi membuang kotoran² y berada di lubang² susu. elakkan mencuci menggunakan sabun pencuci
  • selalu urut payudara agar kelenjar² payudara memberi tindakbalas agar susu  terhasil.
  • bg ibu yang mempunyai nipple yang pendek atau tenggelam, selalu amatkan petua di atas, jangan risau ttg itu, insha ALLAH dengan azam yang tinggi, ALLAH akan permudahkan. bagi je bayi kite hisap, lama kelamaan nipple tu akan timbul dan panjang. usaha tangga kejayaan.
 4. Lepas bersalin, teruskan susukan bayi dengan susu kite. even, susu tak keluar pun kasi juga..lama kelamaan susu akan keluar. Kebaikkan penyusuan kali pertama menghasilkan susu yang dipanggil "colostrum". Colostrum ialah susu awal yang berwarna kekuningan yang penuh antidodi y diperlukan oleh bayi. elakkan dari memberikan susu yang di dalam botol. bukan apa, bila bayi dah terbiasa dengan susu dalam botol takut berlaku kekeliruan utk dia mengenal mana satu nipple kita.so lebih baik bayi hisap direct.

5. sebarang susu formula dan air kosong tidak dibenarkan sama sekali. 
  • susu formula akan mengakibatkan pelbagai masalah spt cirit-birit, ekzema dan sebaginya. 
  • meminum air kosong plak, akan menyebabkan bayi kekurangan nutrisi, terdedah kepada jangkitan, merencatkan tumbesaran dan akal, kembung perut dan sebagainya.   

6. Jangan menyusu ikut jadual, 2 ke 3minggu pertama, sebaik²nya menyusulah bayi sekerap mungkin, kalo boleh 2jam sekali, ia amatlah baik tuk mengelakkan bayi kite dijangkiti "juandis" atau lebih dikenali sebagai "kuning".

7. 2 ke 3minggu pertama, pump susu sebanyak mungkin, paling minima 2jam sekali, proses ini akan memberi respon kepada badan bahawa susu amat diperlukan. ia dikenali sebagai proses rangsangan susu. peringkat awal, susu yang dipam mmg akan sikit. lama kelamaan akan menjadi banyak. Insha ALLAH.

8. dapatkan sokongan keluarga terutamanya suami kite. suami lebih memahami dan merupakan insan yang paling dekat dengan kite. so, peranan suami amatlah penting supaya dapat menenangkan isteri , memberi kata² semangat dan memberi dorongan agar penyusuan ini berjaya dengan jayanya.
semoga semua tips² ini dapat membantu kalian semua..
setiap ilmu yang diperolehi menjadi manfaat buat kite semua,.
selamat beramal.  


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

GREAT

MAZLIZA ABD RAZAK said...

nice info..
tapi, anak saya lepas dapat botol susu badan dah kurang.
nama anak kita nak sama , anak saya dhia :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah mama qhayra.. teruskan usaha anda.. akak dah tak sapa nak breastfed.. sume dah besor ehe ;)

Mrs Velentine said...

deq tq for sharing nak minta pendpat dequntuk entry nihttp://msvelentine.blogspot.com/2014/03/perlukan-pendapat.html

kayyana said...

Alhamdulillah saya dapat bf baby secara eksklusif dan kini masih menyusukan baby

Ema Johari said...

susu ibu paling terbaik untuk anak.

aizamia3 said...

info yang baik buat bakal2 ibu.. ;)

Fiza Rahman said...

Kena ada semangat yg tinggi klo betul2 nak BF baby nih. Alhamdulillah...nak masuk 2 tahun dah BF baby ☺

Lily@MamaZaraZareef said...

insyaAllah..tips yg baik lehlah dikongsikan bersama kan..moga2 akak pon dpt menyusukan bby ketiga ni lebih lama dari zara zareef dulu..=)

Yana Libra said...

insya'Allah akan cuba dipraktikkan~ :)

Mimi Azirah said...

Tips yg bagus tp de jugak yg kurg kesedaran kebaikan susu ibu nih