Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

Integriti Memupuk Budaya Kerja Cemerlang

Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.
 

Budaya ethika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020  iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Etika:

Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku  individu, organisasi dan profesion. mengandungi adab, akhlak, peraturan, protokol, undang-undang, tatacara, pantang-larang, dan piagam.


bagi perkhidmatan awam, etika bermaksud tanggungjwab dan akibat tingkahlaku seseorang, atau profesian tyerhadap masyarakat.
seorang anggota perkhidmatan awam, berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan. merupakan panduan perilaku yang boleh atau tidak boleh dilakukan.


Konsep Nilai :

kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi bertindak mengikut pemilihan, y berasaskan nilai² utama masyarakat. Ilmu, kebijaksanaa, keadilan dan kesederhanaan antara nilai² utama. penerimaan dan penghayatan mengambarkan perilaku dan budaya.


Integriti:
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.




" The quality of being honest and having strong principles the state of being whole and undivided" 
* oxford dictionary 2nd Edition 2003


 " kejujuran dan ketelusan, kesempurnaan keutuhan"
(kamus dewan - edisi 2000)

"perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, adil, bertamggungjawab, telus, cekap dan bijaksana" Institut Intergriti Malaysia (IIM)

"...kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada organisasi dan individu. integriti berkait rapat dengan nilai etika. ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari" Pelan Integriti Nasional (PIN).

Menurut Islam; Intergriti merupakan satu sifat amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab, tegas, adil, cekap, rajin, bijaksana dan lain².

dalam akhlak Islam, ia bersesuaian dengan sifat² benar, amanah, setia, pegangan teguh, peribadi teguh, peribadi mulia, mukmin yang bertaqwa melalui SADDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANAH.

Budaya kerja
Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.
Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja
Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.


Budaya Kerja Dalam Organisasi
 
Budaya etika dan  integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan  perlaksanaan apa jua program  serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. 


Antara objektifnya:

1. Memberikan hala tuju dan  bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia  menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam  usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.


Budaya Kerja Berkualiti


Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;
i)  Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.
iii)  Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
v)Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.




PUTRAJAYA, 6 Sept 2007 (Bernama) -- Integriti bukan hanya satu nilai atau amalan yang perlu diamalkan setiap masa bahkan nilai murni itu mesti lahir dari sanubari setiap insan, kata Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengapa penting integriti??

kpd negara : faktor penentu jatuh bangunnya sesebuah institusi pentadbiran, pemerintahan, kerajaan dan ketamadunan negara.
  
kpd masyarakat : menetukan kewujudan sesebuah syarikat bertatasusila ikatan hidup berdasarkan kesopanan, saling menghormati dan lestari.

kpd organisasi : memastikan penyampai perkhidmatan terbaik, pengamalan tadbir urus terbaik membina image dan keyakinan stakeholders dan pelanggan.

kpd individu : membina jati diri dan identiti diri dalam setiap individu.


PENUTUP
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti   sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi  mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.



****************************

ini adalah hal perbentangan saya ketika masuk
 ptandingan  "Cakap² Q" Anjuran Opisku Syurgaku..
ekceli saya gugel jew pasal ni.. tp lupa plak dr mana saya amek artikel ni..

so, xder pe nk post arini, saya post ttg ini y sudah berbulan lamanya didraf di blog saya..hehee :)
tak menang pon..dapat hadiah sagulhati jew..Alhamdulillah.




Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

No comments: