Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 26, 2014

Jaundice Bayi Baru Lahir


Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..

boleh dikatakan kebanyakan bayi baru lahir mesti kena juandice..pengalaman saya sendiri, kedua² orang puteri kesayangan saya mmg ada juandis lepas lahir. macam² petua juga saya amalkan ketika mengandung, tetap juga bayi dapat juandis.huhuu, kita hanya mampu berusaha selebihnya ALLAH sahaja yang menentukan, saya anggap ini adalah ujian ALLAH buat saya.

APAKAH JAUNDICE?
Senang cita, demam kuning la. Habis mata, kulit baby jadi kuning, disebabkan oleh bilirubin, yang terhasil apabila sel darah merah pecah. Bilirubin ialah tak larut air, jadi sebab tu bilirubin yang tinggi akan manifest di kulit. Bilirubin akan diproses di hati untuk menjadikannya larut air dan dibuang dalam najis dan air kencing.

JENIS JAUNDICE

  • Physiological
    •  paling biasa menyerang baby
    • Biasanya bermula selepas 24 jam dan berakhir lebih kurang seminggu dua

  • Pathological (disebabkan penyakit)
    • Biasanya bermula sebelum 24 jam
    • Masih tinggi walaupun sudah 2 minggu. Namun, ada je physiological jaundice sampai sebulan, kena buat test baru tau penyakit atau tak
SEBAB JAUNDICE?
Kita tau suda yang bilirubin adalah produk daripada sel darah merah. Jika banyak sel darah merah yang pecah, jadi bilirubin akan banyak dalam darah.
Sel hati baby belum matang, jadi mengambil masa untuk proses bilirubin
Apakah penyebab bilirubin berlebihan dalam darah?

  • Polycythemia – keadaan dimana hemoglobin baby terlalu tinggi. Biasanya baby ini adalah normal. Mungkin disebabkan oleh lambat mengepit tali pusat selepas lahir, twin-to-twin transfusion syndrome, ataupun mungkin masalah plasenta sebelum lahir, biasanya berlaku kepada ibu yang menghidap tekanan darah tinggi atau diabetes semasa mengandung
  • Cephalhematoma – pengumpulan darah di bahagian kulit kepala ketika baby keluar dari jalannya
  • Pendarahan dalam ventricle – ventricle adalah kaviti dalam otak yang menyimpan air tulang belakang (cerebrospinal fluids). Biasanya baby yang tidak cukup bulan mempunyai risiko ini.
Selain daripada itu, baby yang dehidrasi juga boleh kena jaundice, mungkin susu ibu tidak cukup. Ini dipanggil “Breast feeding jaundice”
Jangan tak tahu, susu ibu juga boleh menyebabkan jaundice kerana dalam susu ibu terdapat bahan yang merencatkan tindakan enzim keatas bilirubin. Jangan risau ya ibu-ibu, penyusuan boleh diteruskan.

PATHOLOGICAL JAUNDICE YANG BIASA BERLAKU
ABO imcompatibility – iaitu perbezaan jenis darah anak dan ibu yang mana antibody dihasilkan oleh ibu termasuk ke dalam system peredaran darah baby dan memecahkan sel darah merah. Biasanya berlaku kepada ibu berdarah O dan baby berdarah A atau B. Walaupun logiknya darah O selamat didermakan kepada semua jenis darah, namun masih belum ada yang dapat merungkai bagaimana ini berlaku.

Rhesus negative mother (rhesus ialah salah satu antigen dalam darah) – Biasanya tidak berlaku kepada anak pertama kerana ketika itu badan ibu baru menghasilkan antibody kerana berlaku percampuran darah anak dan ibu. Anak-anak seterusnya akan terjejas
Namun ini boleh diatasi dengan suntikan rhogam kepada ibu.

Masalah thyroid – hypothyroidism (kurang hormone thyroid)
Selain daripada itu adalah masalah pada system hati dan hempedu yang memerlukan pembedahan

TIPS TURUNKAN PHYSIOLOGICAL JAUNDICE

Masa anak sulung, Qhayra, saya kasi homopati, selama 3hari di hospital letak bawah lampu, terus turun, dan turun.. kiranya turun terus la xder naik²dah. qhayra pemilik jenis darah B. baca kisah Qhayra di SINI

berbanding, anak kedua, Dhiya, pemilik darah O kasi homopati, juandis naik lagi tinggi..huhuu tak sesuai gan Dhiya.  baca kisah Dhiya di SINI

masa dhiya kena juandis, macam² buat, mandi gan daun kucai la, kasi mandi gan air kelapa la, mmg tak turun², mungkin pemilik darah O bertembung darah saya jenis O. so mmg susa turun

letak bawah lampu adalah cara tebaik. biarpon kite kesian tgk anak kite, sampaikan kering kulit kan, tapi ianya sangat baik dan cepat kasi juandis turun, petua lain saya tak pasti sebabnya anak kedua saya sampai hari ke 30 pon still ada juandis. cerita lanjut baca SINI yerr..

BAHAYA JAUNDICE
Jika level bilirubin terlalu tinggi, boleh masuk dalam otak dan menyebabkan kecacatan, sebab tu kalau nampak anak kuning sikit terus bawak pegi klinik ya..
Jangan ambil mudah baby jaundice.

 rujukan : mr. google








Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

18 comments:

Yana Libra said...

risau jugak saya..macam manalah bila dah tiba time saya pulak nanti..saya ni dahlah berdarah O..huu~

Chic Na said...

good info DQ.. pengetahuan untuk ibu & bakal2 ibu..

misz sheyla said...

noted... thanks untuk info ni

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Dq...kakakipar K.atie br salin aritu..anaknya pon kuning gak.ulangalik ke hospital jer.Alhamdllh,skrg dah okey

Ema Johari said...

akak pernah jemur anak di bawah matahari pagi...

are_lin@yu said...

sllu bby msti lkat kuning kn..

N.Aima K said...

anak saya semua ada "kuning" :((

Myra Jay said...

Teringat anak adik MJ dekat 3 bulan baru hilang sepenuhnya kuning, naik risau kami sampai p kaunseling untuk jaundice ni saja.. yela bahaya kan.. Alhamdulillah selepas penerangan Doktor kami sekeluarga berasa lega ;)

Deqla Norumara said...

mmg biasa kan baby baru lahir dpt demam kuning ni..

msredcheesecake said...

anak akk semua kena jaundice sbb akk darah o

Mimi Azirah said...

Ibu bapa memg kne alert bab jaundice nih

Pn Sheila said...

A aa k.sheila anta dia iqrak kt nasjid. Jom ler anta sama. Akk blh tlg anta dia skali ngan amani.. nk bg dia x boring pg ptg duk kt tadika tu. Tu anta kt masjid suasana lain skit..

nik ros said...

bahaya btol jaundice ni.siap blh jadi cacat..huhu..seram

CintaZulaikha said...

member saya dok risau anak dia kena demam kuning, pas cucuk, cucuk...sian plak dok tgk...

dya bunga said...

Bahaya juga kalau nyebabkan kecacatan

LYAfrina said...

tq for sharing..
mmg baby bru lahir, kbykannya kena demam kuning ni

Si Matatajam said...

Pembetulan skit ye dq... Jaundis bkn juandis ^_^v... My scnd bb lg kesian sb kena prolong jaundice :'(

Mimi Azirah said...

baby mesti kne jaundice bezanya truk n x truk je