Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

Kesinambungan Kisah Dhiya New Born

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya.. 

sambung cerita entry LEPAS,
 kalo belum baca sila klik link yang boleh diklik tu..hehee :D

arini baru bekesempatan nak sambung cerita.

lepas je kite kasi dhiya hisap buah kurma tu, dhiya ok.. cuma dhiya macam tak kenyang.. still juga nk bunyi kan..tidor terganggu sebab tak kenyang. so nak tak nak, saya kena kasi juga dhiya gonggong susu kite..huhuu

u all tahu, bila susu kite tak keluar keseluruhan, nipple kite membengkak and ofkos sangat la sakit..nipple saya membengkak sampaikan luka dan dah macam ader sedikit bengkak bernanah.. sampaikan tak tahu camna nak cakap..luka yang sememangnya sakit itu berlanjutan hampir seminggu lebih, masa mengurut susu pon Ya Allah mmg teramat sakit.. tapi bidan cakap baby mmg kena hisap juga nak kasi kecutkan luka² itu.

nak tak nak, sakit sesangat pon mmg kena tahan lorrr, dah rasa cam nak nangis kot..pedih teramat. oleh kerana lubang² susu tu tertutup so, kena cuci sampai terbuka balik..mau taknya, dah 6tahun kot ia tidak berfungsi menghasilkan tenusu..hehee :D sekarang Alhamdulillah dah oke.. tak der masalah penyusuan, Alhamdulillah.

berbalik cerita dekat wad aritu, dalam jam 3ptg baru saya dapat balik. u all tahu sepatutnya saya dah boleh balik tengahari lagi, tapi pihak hospital terlepas pandang camna ntah, saya pon dah suh mr. papa tanya berkali² gan pihak hospital, diorg cakap tunggu doctor nak tandatangan bagai.. cer bayangkan dr jam 12.30am sampai jam 2pm hanya menjamah beberapa biji kurma dan air zam².. sesuai ke tuk orang yang perlukan tenaga setelah penat mempertaruhkan nyawa melahirkan amanah Allah *tudiaaa ayat..

bukanlah nak salahkan sapa², mmg dah naseb saya kan nak buat macam mana. dalam keadaan y belum makan tuh, saya minta mr. papa bawak saya berjumpa dengan nurse y incharge bahagian tu, so mr. papa menolak saya dgn menggunakan kerusi roda, then biar saya y bercakap sendiri gan pihak hospital. diorg cakap tunggu kejap, saya kata, saya tunggu dari pagi tadi lagi, skg saya belum makan apa², dan opkos mmg lapaq kot. barulah kelam kelibut nurse bancuh kopi n kasi saya cicah roti kering 4segi. masa tu mmg terketaq² saya makan sebabnya mmg lapar sangat la..

dah uruskan semuanya, baru dapat balik. balik dengan aman. jam 3ptg baru dapat makan nasi..uisshhhh mmg sangat² lapaq, mendidih perut ini..sabo jelahh.

keesokkan harinya (hari kedua), Dhiya tidur je, tak byk peel, nangis pon tak, ok, sekadar bunyi sikit, trus mama kasi susu. nurse klinik desa, datang cek, hari kedua minta gi klinik terdekat, amek darah, cek jaundis aka kuning bayi.

hari ke3, jaundis dhiya tinggi, hari ke4 admit warded. kuning terlalu tinggi, badan dhiya naik tompok² merah, mungkin badannya terlalu panas. abes satu badan merah² termasuk bahagian mukanya sekali.

  image sebelum admit warded..
image ketika di bawah cahaya lampu,
di Wad Melor 5D, Hospital Sultanah Bahiyah

sian dhiya. hari ke4 masuk, hari ke5 dibenarkan pulang, rekod jaundis dhiya turun.. hari ke6, cek semula di klinik Desa, juandis naik balik, hari ke6 lepas cek tu jugalah kena masuk wad semula. tapi ari ke6, saya terpaksa tinggalkan Dhiya tanpa teman, sebabnya, saya kekurangan susu, dhiya minum asek tak kenyang, so kerap la dhiya nak mengonggong di saya. so banyak masa terbuang bila dhiya asek dengan saya saja. hal ini akan myebabkan jaundis dhiya lambat turun, so nurse syorkan agar saya tinggalkan bayi dengan mereka, sebabnya, bila ibu temankan bayi di ward, nurse takkan kasi susu y disediakan oleh pihak hospital. 

nurse tu bagi saya dia amat prihatin, walaupon hati saya memberontak taknak tinggalkan dhiya, bila dia cakap gan saya cmtu, saya pon berfikir ada baiknya, biar mereka saja yang jaga, biarpon hati saya agak terguris dengan kata² beliau.. (biarlah rahsia apa y beliau katakan), so saya ambil keputusan tinggalkan saja dhiya.. keesokannya, pihak hospital call, yang dhiya dah boleh balik..kiranya satu mlm je tak temankan dhiya.

kes jaundis dhiya berlarutan hingga dhiya berusia 15hari. mmg cek je, still tinggi, so klinik desa buat surat refer pakar kanak² dekat HSB. hari ke16, jumpa pakar, pakar ambil sample darah bagai, 2minggu lepas tu dapat result, rekodnya ok. Alhamdulillah jaundisnya tak sampai menyerang otak sehingga menyebabkan kecacatan. bila saya tanya pakar, berapa tinngi jaundis dhiya, pakar cakap still 150 something, saya tanya ok ke, masih tinggi kan, pakar cakap dari rekod, jaundis tak menyerang otak. Syukur, Alhamdulillah.

jaundis kata doktor, akan menyerang mana² bayi yang ibunya, berdarah jenis O. saya pemilik darah O dan Dhiya juga pemilik darah jenis O, katanya bila bertembung O dengan O, jaundis mmg susah nak turun..huhuu, wallahulam, mungkin tak semua orang, macam saya. saya anggap ini adalah ujian ALLAH buat saya sekeluarga.

opsss, pada yang belum tahu apa itu jaundis atau nama saintifiknya "Jaundice" aka deman kuning. tapi kebanyakkan orang sudah ambil maklum penyakit ini kan..hehee :) baca lanjut tentang Jaundice di SINI oke.


image hari ke5 keluar wad
 
masa ini kaklong ciwi tak abes lagi..
asek berkepit jew gan adek kan..
hehee ^_^


sekian


PETUA SAYA MUDAH BERSALIN
PETUA KASI NAMA ANAK
TIPS PENYUSUAN EKSKLUSIF
TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU DENGAN POWER PUMPING
TIPS BANYAKKAN SUSU

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya baby

lia said...

Allah... x mampu rasa nak tinggal baby kat ward sorg2 tp da terpaksa, mmg itu la terbaik...

Deqla Norumara said...

assalamualaikum DQ. deqla kembali bersiaran..tp rasanya x dpt lah nk terjah entri2 yg lps..huhu.. tomey aih baby..pjg nau entri dia kali ni..hihihi

Rai Ourkizuna said...

kesian dhiya.. actually lampu tu memang untuk turun jaundis.. tapi sbb lampu tu panas jugak, so kulit baby kering.. mak kena susukan jugak bagi baby berak+kencing banyak.. so lagi cepat turun kuning tu..

tapi mmg ada kes baby kuning lama.. dari apa yg saya baca, tak silap bawah 180 tak perlu risau sangat.. keep bf dia je.. apa pun.. alhamdulillah.. dhiya membesar sihat dan kuat.. hihi

misz sheyla said...

alaaa..siannye baby... nasib baik dah ok...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam Deq's Qienz ..

huhu..pengalaman melahirkan dan menjaga anak mmg berbeza..
cma dulu, faiz kena kuning sampai kena warded 5 hari jgk.. tawakkal je la..

alhamdulillah..dhiya skrgpun mmbesar dgn sihat..:)

Ema Johari said...

kesian sampai berhari-hari kena tahan wad...kalau dah lama tak menyusu badan..memang seminggu lebih luka pada puting akan sembuh...tak sakit sampai ketap bibirlah nak suakan mulut anak time menyusu kan.

Kesuma Angsana said...

comel je.. alhamdulillah dah ok je,, sakit kuning ni mmg biasa jadi pada baby ni !

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

kalau baby2 kena jaundice mmg kesian... :( alhmdlh dulu anak akk Yayan tu tak kena..tp yelah,kena penyakit yg lebih besar lg...huhu...dugaan...

Yana Libra said...

nasib baik semua ok ye kak..bahaya kan kuning ni..sepupu baby saya dulu pernah meninggal sebab kuning ni..

Mimi Azirah said...

Bila baby kena jaundis memg riso kan..nsib baik xde pape

nik ros said...

comelnyer baby.syg btol kak long kat adik :)

LYAfrina said...

sayangnya kaklong kat adik dia