Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 14, 2014

Muhasabah Diri Di Pagi Isnin

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..

pepagi ini, aku agak tersentuh hati..
arini aku bertugas di kaunter koleksi undang².
seperti biasa rutin harianku, kalo tak duduk di kaunter koleksi undang², 
aku bertugas sebagai peronda, bertugas di kaunter keselamatan
 atau di kaunter utama.

bila nak turun lif di tepi lif tu, ada image yang sangat menyentuh hati aku sebagai seorang ibu, sebagai manusia malah sesiapa yang melihat gambar ini pasti akan tersentuh walhal image itu bukan sesuatu yang baru berada di situ..sudah lama ianya diletakkan di situ. cuma hari ini, lama² sekali aku menatap image tersebut.
menangis aku tanpa berlagu di pagi hari ini sambil aku membuat coretan di blog kesayangan. sekadar meluahkan rasa hati. melihat keadaan 2bradik ni, tak tau apa nak cakap.. sedihnya Ya ALLAH. BersyukurLah aku, anak²ku dan seluruh keluargaku berada dalam keadaan yang serba sempurna, ada tempat tinggal, makan dan pakai yang cukup lengkap, walaupon tak semewah mana. ntahlah, menangis aku kala aku menulis di sini sambil memikirkan nasib anak berdua di atas.

aku meringankan jari jemari ku mencari image tersebut di google. image ini dah agak lama, cuma harini naluri manusiaku sangat tersentuh melihat keaadan adik dan abang ini. bila aku search jumpalah aku di laman blog INI yang bertulis ;

"Seorang abang yang keletihan, barangkali lapar dan penat. Tiada tempat berteduh, hanya di tepi tangga kotor. Beralaskan kadbod nipis. Comotnya tak terkira. Namun dalam keadaan demikian, seorang abang masih memangku adiknya dalam dakapannya, tidak rela terbiar di tepi tangga. Lalu mereka tertidur bersama-sama..
Setiap hari dengan membaca pelbagai berita menyayatkan hati-buang anak, buang ayah, buang iman.. tiba-tiba apabila merenung gambar ini, saya bertanya dalam diri saya. Gambar ini hasil rakaman kamera gambar sesuatu yang benar-benar hidup, lukisan cat air atau lukisan dari hati yang mempunyai nilai hatibudi yang tinggi, kemudian dimanifestasikan dalam lukisan? Renung renunglah."

apa yang harus aku lakukan bagi membantu mereka??
sekadar doa yang mampu aku lakukan kala ini.
Ya ALLAH, Kau peliharalah anak berdua ini Ya ALLAH. Kau permudahkanlah urusan hidup mereka kelak Ya ALLAH. Kau lindungilah dan peliharalah mereka walau di mana jua mereka berada. Ya ALLAH, Kau murahkan rezekiMu kepada mereka Ya ALLAH, agar sempurna hidup mereka, Kau pertemukanlah mereka dengan keluarga angkat yang baik hati dan penyayang. Semoga mereka sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berada dalam keadaan yang serba sempurna. Amin ya Rabbi. 

maaf atas penggunaan "AKU"
bila luahan rasa hati bermula, perkaatan "aku" lebih selesa :) 
 
 
renungan di pagi hari.
Salam isnin :)

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah isnin :)

Yana Libra said...

memang gambar yang menyentuh hati kak..

Rai Ourkizuna said...

sayunya tengok..mana la mak bapak dia..

Cho Zila said...

akak juga berfikir kalaulah anak2 kita mampukah mereka saling melindungi sebegini.. Hanya Allah yang melindungi mereka....

QasehnyaRania said...

aamiin
perkongsian yg meruntun jiwa sape yg membacanya.

sy sihat sihat aje :)
alhamdulillah

Kesuma Angsana said...

so touching lah.. KA bab2 cm ni mmg sentisif sikit !

Lily@MamaZaraZareef said...

kasih sayang seorang abnag pada adiknya.mmg menyentuh hati..huhuhu..moga anak2 kite pon punye perasaan kasih sayang dan saling melindungi spt insan2 dlm gmbar ni kan..insyaAllah..

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

mmg keibuan kita mudah tersentuh bila tgk/dengar perkara2 cmni..huhuhu

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam pg selada DQ..sedeynya tgk gambar ni...trharu dgn kasih syg abgnya

syiela said...

tak tergambar dengan kata2 bila tgk gambar tu :(

Ema Johari said...

memang kesian..ada lagi yang susah dari kita ni kan.

Myra Jay said...

Sangat tersentuh ahti pada sesiapa sahaja yang memandang..
Betapa sayangnya abg pada seorang adik walaupun diri sendiri dalam ekpayahan kan.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam MQ..

dah pernah lihat pic ni sebelum ni..
sgt menyentuh hati.. :'(

Mimi Azirah said...

Akak tgk pun sedihhhh...tetibe teringatkan anak anak