Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 2, 2014

Tingkatkan Penghasilan Susu Dengan Power Pumping

Assalamualaikum 
sahabat² di Alam Maya.


harini nak post tips penghasilan susu dengan Power Pumping. Dekat entry INI ada saya sebut tentang Power Pumping kan.. belum baca sila KLIK SINI untuk membacanya ya. Jum kite kongsi sikit apa kebenda POWER PUMPING tuh..


Apa itu Power Pumping?
Power Pumping merupakan teknik mengepam yang digunakan untuk membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia adalah teknik dan cara mengepam yang biasa tapi dalam cara yang agak unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu dan secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan lagi bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu : mungkin akibat, drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
2. ibu yang relaktasi/menyusukan  semula anak setelah berhenti menyusukannya.
3. ibu yang menyusukan anak angkat ; teknik ini digunakan untuk merangsang susu.

Macam mana nak buat Power Pumping.

  • Untuk single pump : pam dulu sebelah kanan 10 minit, kemudian beralih kiri selama 10minit, tukar pulak sebelah kanan 10minit, dan seterusnya bertukar² selama 10minit dan berterusan selama 1jam.
  • untuk double pump : pam serentak kedua² belah selama 10minit, rehat/stop 10minit, kemudian sambung pam lagi selama 10minit, rehat/stop 10minit, dan berterusan selama 1jam.
disarankan agar power pumping dibuat sehari sekali, antara waktu malam ke subuh kerana hormon susu pada ketika itu sangat tinggi.


Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapat hasilnya?

hasil boleh didapatkan dalam masa 1minggu. bukannya sekali buat terus okey, ianya ambil masa juga. Insha ALLAH dlm tempoh 1minggu, sehari sekali korang buat, hasilnya akan tercapai. walaupon pada hari pertama hasil pam setitik dua atau "pam angin" sahaja, teruskan jua misi tersebut sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

berdasarkan pengalaman saya, pernah juga, masa Dhiya umur 4bulan, susu saya merudum sebabnya badan tak sihat selsema bagai, so badan automatik jadi letih dan lemah, saya try power pumping ini, selama 3hari berturut² antara jam 2 hingga 3 pagi. Alhamdulillah susu kembali normal.

kadang kala ia bergantung juga keadaan susu kita, macam saya susu ader cuma merudum, so nak pulihkan semula tu xder ambil masa sangat la, dalam 3hari pon dah mmg nampak hasilnya. Berbanding dengan mereka yang masih belum ada susu, dan baru mula nak hasilkan susu, mungkin ambil masa ler.. 

Apa²pon para ibu sekalian kena kuatkan semangat, banyak² bersabar dan jangan lupa berdoa, tawakal, jangan mudah putus asa dan berusaha agar segalanya dipermudahkan ALLAH swt, dan sentiasa dimurahkan rezeki buat anak² kite.. SesungguhNya DIALAH YA RAZZAQ, Yang Maha Memberi Rezeki.

 kepada ibu² yang berkerja seperti saya, kadangkala terlalu sibuk dan tak sempat nak mengepam, so amatlah disarankan membuat power pumping di malam harinya, Insha ALLAH, susu takkan berkurang, malah kalau selalu diamalkan susu akan bercambah lagi dari semasa ke semasa.


Selamat mencuba ^_^


 

PETUA SAYA MUDAH BERSALIN
PETUA KASI NAMA ANAK
TIPS PENYUSUAN EKSKLUSIF
TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU DENGAN POWER PUMPING
TIPS BANYAKKAN SUSU

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

GREAT TIPS

Mrs Velentine said...

kak mmg pump mcm ni..sebab cara ni merangsang penghasilan susu dengan cepat...apatah lagi pump pakai tangan...huhu

lia said...

tiap2 hari wat PP sekali waktu lunch hour ;)

Rai Ourkizuna said...

chaiyokk..ibu bf mmg kena positif dan kuat semangat.. especially nak bangun awal pagi utk buat power pumping ni kan..

Yana Libra said...

tips bagus ni kak..nanti leh sy try~ :)

Solehah Shamsuddin said...

Wah, mcm best je ni. Kepada ibu2 yg menyusukan anak, patut cuba ni :)

Mimi Azirah said...

In shaa Allah anak seterusnya akan try buat power pumping

are_lin@yu said...

oo kna gna alat pump tu kn dq..

Kesuma Angsana said...

bertahun dah x buat kerja ni.. hehehe teringat waktu anak kecil2 dulu !

Myra Jay said...

Yg penting teruskan usaha tanpa jemu dan jangan stress :)

QasehnyaRania said...

tips yg bagus kpada ibu menyusu