Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 16, 2014

Resensi Buku : Sutera Bidadari

AMARAN : AWAS, ANDA TELAH MEMASUKI ZON ENTRY YANG PANJANG..


Judul Buku                            : Sutera Bidadari
Nama Pengarang                   : Ramlee Awang Murshid
Keluaran                               : Alaf 21

Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 dan berasal dari Papar, Sabah. Mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Media), daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara pencapaian beliau adalah melalui novel yang berjudul Igauan Maut mendapat Hadiah Kedua Sayembara Novel Dewasa Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah 1992 dan Hadiah Sastera Sabah 1994/1995, Hadiah Kedua Sako 2002 melalui novel Pei Pan, Hadiah Sastera Sabah 2003/2004 juga melalui novel Pei Pan, Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 melalui novel Bagaikan Puteri, Anugerah Remaja Yayasan Buku Negara 2012 melalui novel 9 Nyawa serta Tokoh Sastera Sabah daripada Persatuan Rumpun Artis Sabah 2012.

Antara karya novel yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti, Mandatori (2000), Semangat Hutan (2001), Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2007), Hijab Sang Pencinta (2008), Cinta Sufi (2010), Sutera Bidadari (2011), Sunan Musafir (2012), Sunan (2014) dan banyak lagi. Ramlee Awang Murshid sangat terkenal sebagai novelis thriller nombor satu di Malaysia.

Sutera Bidadari umpama drama "Journey To The West" yang di ketuai Devout Man : iaitu Laksamana Sunan, bersama watak-watak yang lain, iaitu manusia; Panglima Awang Bagan, Catalina wanita Portugis (Maryam), Sadik, serta  Abdol Rahman anak saudara Sadik, dan makhluk berbangsa Polips: Luna, Indera, Yedee dan Thariq. Novel ini memuatkan 547 muka surat yang bermula dengan prolog dan diakhiri epilog serta mempunyai 64 bab.
Watak utama dalam novel ini yang diperkenalkan oleh RAM, adalah Laksamana Sunan atau nama sebenar beliau Saifudin bin Jalis. Berasal dari negeri Johor yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Rencong. Melarikan diri akibat daripada fitnah hingga ke Acheh. Di Acheh, beliau tinggal bersama Bapa Asuhannya, Wafi Sufi. Laksamana Sunan digambarkan oleh penulis adalah merupakan seorang lelaki yang memiliki wajah yang bersih, seorang muslim yang kuat beribadah, sering merendah diri dan segala pujian hanya pada Allah Yang Maha Esa. Laksamana Sunan diceritakan hidup sezaman dengan Laksamana Hang Tuah. Laksamana Sunan seolah-olah wujud pada zaman tersebut. Laksamana Sunan mendahului cinta agung Allah berbanding cinta manusia. Beliau mendahului akhirat berbanding dunia. 

Pengisahan Laksamana Sunan adalah merupakan novel bersiri yang diceritakan oleh penulis. Novel yang pertama diperkenalkan adalah bertajuk Bagaikan Puteri. Babak dimulakan dengan ketokohan dan keperkasaan Sunan menentang Beragas. Kemudian disambung dengan kisah Cinta Sang Ratu. Dalam novel ini, diceritakan tentang kisahnya bersama isterinya, Ratna. Kemudian disambung lagi dengan Hijab Sang Pencinta. Dalam Hijab Sang Pencinta, diceritakan bahawa Sunan yang cedera parah kemudian boleh sampai ke abad ke-21 (zaman masa kini). Sunan juga dikenali sebagai  "Lelaki berduka dari Tanah Rencong" kerana akibat fitnah yang menyebabkan beliau melarikan diri hingga ke Acheh. Penulis menyambung lagi kisahnya melalui Cinta Sufi, di mana Sunan digelar “Lelaki Bertanduk Dua”. Beliau digelar begitu kerana urat di dahi kiri dan kanannya  bercabang dan menyerupai tanduk. Seterusnya, Sutera Bidadari iaitu novel yang dipilih oleh saya untuk dibuat ulasan. Kemudian, penulis menyambung kisahnya lagi melalui Sunan Musafir dan yang terbaru kini adalah Sunan. Selepas Sunan, ada lagi sambungannya yang masih dinantikan oleh semua pembaca yang mengikuti kisahnya.

Sutera Bidadari mengisahkan pelayaran untuk menghantar Maryam ke tempat asalnya iaitu Lisbon, Portugal. Bermulanya dari Hulu Melaka, singgah sementara di Acheh bagi menjemput sahabat baik Sunan, iaitu Sadik bersama anak saudaranya yang yatim piatu, Abdol Rohman. Sepanjang pelayaran ini, pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa dihadapi, termasuklah pertembungan dengan makhluk jadian, bernama Hurguor yang jahat dan menculik Maryam.  Sunan berjaya memerangi Hurguor, namun beliau tidak menjumpai Maryam dan telah terpisah dengan sahabatnya yang lain iaitu, Panglima Awang Bagan, Sadik dan Abdol Rohman. Ketika beliau mengharungi perjalanan berseorangan mencari sahabat-sahabatnya, beliau menemui dua ekor kera sakti yang boleh bercakap bernama Ambuk dan Gobuk. Dengan bantuan kedua-dua kera ini, beliau berjaya menemui sahabat-sahabat beliau termasuklah Maryam.

Dalam mengharungi pelayaran ini, mulut mereka masing-masing tidak pernah berhenti berzikir dan membaca ayat-ayat lazim Al-Quran di samping memohon doa serta bertawakal kepada ALLAH SWT. Dalam masa yang sama, Sunan juga, sejak awal lagi dilawati oleh Sang Dewi yang tidak henti-henti menyeru Sunan supaya datang ke tempatnya, Inderipuri dan bertemu dengannya tetapi tidak diketahui mengapa Sang Dewi berbuat demikian.
Selesai sahaja urusan menghantar Maryam di Lisbon, Sunan bersama tiga orang sahabatnya meneruskan perjalanan ke Romania yang dahulunya dikenali sebagai Negeri Atas Angin untuk menjejaki Raja Roman bagi menghapuskan segala kejahatan.
Selain itu, Sutera Bidadari juga memperkenalkan lebih lanjut dengan Raja Roman. Raja Roman atau Taghut yang menjadi kuda tunggangan Iblis atau Sang Petala untuk memerangi segala kebaikan. Raja Roman yang dahulu pemerintah negara Romania yang teletak di Wilayah Dacia Romawi berhasrat memperluaskan jajahan takluk ke seluruh dunia telah terperangkap dengan Sang Petala untuk memiliki kesaktian. Raja Roman terperangkap dengan janji yang telah diikat bersama Sang Petala di mana setiap bulan purnama Raja Roman harus mancari korban untuknya dan akhirnya penjanjian itu memakan diri sendiri di mana beliau perlu mengorbankan isterinya, iaitu Permaisuri Sutera untuk dijadikan korban. Perjanjian itu juga turut menyatakan bahawa Raja Roman harus menghapuskan dua orang manusia iaitu Wali Sufi dan anak asuhannya, Saifudin atau Laksamana Sunan. Bagaimanapun, kesaktian Raja Roman tidak dapat menewaskan dua manusia tersebut, malah setiap pertarungan adalah berpihak kepada Sunan.  Walaupun Wali Sufi telah mati akibat diracun, namun angkara itu bukan hasil usahanya sendiri.

 Ditambah lagi, dengan keampuhan Sunan yang sukar untuk ditewaskan, maka Sang Petala membuangnya ke negara asalnya iaitu Maramures, Romania. Perkara ini yang menyebabkan dendam yang amat dalam terhadap Sunan. Raja Roman masih belum insaf sehinggalah ke akhir cerita. Namun, dalam masa yang sama, Raja Roman turut berfikir akan kesaktian yang dimiliki oleh Sunan. Akhirnya, satu kesimpulan yang dapat dicapai di mana terdapat satu kuasa yang melindungi Sunan. 

Kuasa itu adalah kuasa ALLAH SWT. Sunan adalah seorang makhluk Tuhan yang kuat beribadah. Setiap waktu beliau akan dihabiskan dengan melakukan solat sunat. Apabila waktu menginjak ke sepertiga malam, beliau akan bangun untuk melakukan solat tahajjud. Segalanya yang dilakukan hanyalah pada ALLAH SWT serta mencari keredhaanNya. Apa jua halangan dan cabaran yang dilalui segalanya dipohon dan diserahkan atas pertolongan ALLAH SWT. 

Turut diceritakan juga pertembungan awal antara Raja Roman dengan Makhluk Polips yang mengorbankan Munik, suami Luna dan menjadi penyebab mengapa Makhluk Polips mengambil keputusan berhijrah ke Pergunungan Himalaya demi menghindari manusia yang penuh dengan kejahatan. 
Kelebihan yang ada pada Sunan adalah beliau mampu memaafkan musuh yang ingin membunuhnya. Buktinya apabila beliau berjaya memaafkan Raja Roman serta mengislamkan Raja Roman. Perkara ini telah menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati Makhluk Polips, iaitu Luna, Thariq dan Yedee kerana Raja Roman adalah musuh ketat mereka kerana telah membunuh Munik, suami Luna dan anak kepada Thariq.
Di samping itu juga, diselitkan juga adegan daripada masa kini, di mana Saifullah “The Mystery Muslim Man" mengejar Elizabeth yang mencuri artifak berharga Catatan Maryam dan Keris Nanggroe milik Sunan yang diwariskan daripada tok gurunya Arwah Wali Sufi. Saifullah yakni penjaga amanah Maryam tersangat kaya dan tinggi ilmu persilatannya di temani Jutawan Kamal Abid dan Sharil yang berniat mendapatkan Keris Naggroe kerana Abid percaya keris berlok itu warisan Melayu yang patut dikembalikan ke tanah asalnya, iaitu Tanah Melayu. Mereka akhirnya bertembung dengan Drakul yang sebenarnya memerangkap Elizabeth si perawan yang yatim piatu dan berniat mengorbankannya sebagai korban untuk menghidupkan Vlad The Impaler kembali ke muka bumi.

Sesungguhnya, pengisahan cerita ini amat bermakna dan terkesan di hati saya. Pelbagai aksi dan pengisahan sejarah banyak mengajar dan membantu saya mendalami serta seolah-olah diri ini berada pada zaman itu. Yang pastinya, ketaatan watak utama Sunan kepada ALLAH swt amat memberi keinsafan pada diri ini yang hina lagi naif. Saya rasa sedikit rugi kerana lambat menemui kisah yang berunsurkan ketuhanan begini.
Lebih menarik lagi apabila, RAM menyilangkan kisah dua zaman ini dengan unsur sejarah disekitar zaman kejatuhan Melaka dan Zaman Gelap Eropah. Kewujudan watak dari Kesultanan Melayu Melaka serta watak Laksamana Hang Tuah juga memberikan impak yang besar kepada para pembaca akan terus terjerumus dalam 'ruang fantasi' apabila kotak minda sudah tentunya memainkan semula cerita-cerita dari filem melayu lama, kisah pendekar, kisah Hang Tuah dan sebagainya. 

Peribadi Sunan yang berlandaskan Sunnah Rasulullah saw di tebalkan terutamanya di saat akhir hayat Raja Roman di mana Sunan memaafkan beliau dan menghormatinya sebagai makhluk Allah yang insaf. Bagi saya. RAM bertindak lebih puitis kali ini apabila beliau membentuk ayat-ayat dalam adegan zaman silam dengan beberapa perkataan Melayu Lama yang tidak saya fahami. Tapi kembali moden apabila bercerita tentang zaman kini. Pembinaan karakter lebih tegap dan kita lebih faham dengan mereka  walaupun dengan banyak karakter yang berlainan. 

RAM tetap mengekalkan gaya thriller dan plot yang bergerak lancar. Setiap peristiwa ditandakan dengan lokasi dan tahun. Jadi kita tahu bila dan di mana, cuma kisah pengembaraan ini lebih dinikmati berbanding pengakhirannya..Cerita ditamatkan dengan pantas dan segalanya dirungkaikan dengan segera. RAM tidak berlengah dan memberitahu secara langsung siapakah Saifullah dan kaitannya dengan amanah Maryam juga kehadiran watak jemputan, Haryani ke pembukaan Muzium milik Abid Kamal. 

Yang pastinya, watak Sunan belum mati lagi dalam kisah ini dan bukannya hidup selamanya kerana Saifullah sempat mengimbau sedikit kenangan dan merujuk Sunan sebagai “Arwah Sunan”. Ianya kerana saya telah habiskan kesemua siri Laksamana Sunan, selepas siri Sutera Bidadari iaitu Sunan Musafir dan Sunan, malah kini saya menanti kesinambungan Sunan pula. Pelik tapi benar, saya terbayangkan semuanya dalam versi hitam putih apabila membaca kesemua siri Laksamana Sunan. Sangatlah klasik dan unik. RAM bijak bermain dengan emosi pembaca. Walaupun, ceritanya seolah-olah donggeng dan tidak logik sama sekali, namun selalu sahaja ditekankan oleh RAM, bahawa perkara ini memang tidak logik dek akal namun ianya tidak mustahil bagi ALLAH SWT.


RUJUKAN

Ramlee Awang Murshid. (2005). Bagaikan Puteri. Alaf 21 : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2007). Cinta Sang Ratu. Alaf 21: Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2008). Cinta Sufi. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2010). Hijab Sang Pencinta. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2011). Sutera Bidadari. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2014). Sunan. Alaf 21  : Shah Alam.
Ramlee Awang Murshid. (2012). Sunan Musafir. Alaf 21  : Shah Alam.
 kredit to : Farahanani


ini adalah hasil tulisan saya ketika masuk pertandingan "RESENSI BUKU",
anjuran opis saya sendiri iaitu Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
pertandingan berlansung pada 2 Oktober 2014.
 Alhamdulillah semuanya selesai, berjalan dengan lancar..
pemenang pertandingan akan diumumkan pada 26 November 2014 nanti..
kemenangan tidak diharapkan tetapi adatlah bila masuk pertandingan pada ada harapan nak menang walaupon sedikit pasti terdetik juga..heheee kalo ada rezeki yang sudah teertulis, Alhamdulillah, kalo xder rezeki pon, Alhamdulillah, saya belajar dari pengalaman..sesaja masuk nak cari pengalaman..
insha ALLAH :)
layan pic di bawah..


debaran menunggu giliran
barisan panel hakim
peserta pertama
peserta kedua
peserta ketiga
peserta ke4
peserta ke5
peserta ke6







Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

2 comments:

Dayana Bahar said...

akak suka RAM... Semua siri novel SUNAN ni akak ade... SIap jatuh cinta kat SUNAN lagi ade..

Semoga DQ menang ye... Akak nak kena baca gak SUTERA BIDADARI ni... BEli tapi xsempat3 bace huhu

aryan azra said...

bestnya..diharapkan berjaya inshaAllah..

akak suka juga baca novel ramlee awang mursyid nih, tp dah lama tak membeli novel