Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 27, 2014

Tips Penyusuan Eksklusif

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..
harini kite nak kongsikan rahsia penyusuan eksklusif
 kepada semua para ibu dan bakal menjadi ibu..
 
Alhamdulillah sehingga harini Dhiya still minum susu ibu sepenuhnya. hasrat dan keinginan ini akan berterusan hingga dhiya berusia 2tahun..Insha ALLAH dengan izin ALLAH swt.
saya nk kongsikan beberapa tips buat kalian semua..


Apa yang dimaksudkan dengan penyusuan eksklusif?
Maksudnya, bayi hanya diberikan makanan dan minuman hanya susu ibu pada peringkat usia 0-6bulan sepenuhnya tanpa makanan dan minuman tambahan yang lain.

tips utk merealisasikan penyusuan eksklusif.

1. berazam dan niat sepenuh hati
sebelum mengandung, mmg dari awal lagi saya memang berazam sepenuh hati utk memberi susu ibu sepenuhnya.. hinggakan saya mengandung terus azam dan niat disemaikan lagi.. tahu kenapa? ekceli, saya balas dendam sebab masa mengandungkan dan melahirkan anak sulung, saya tak berikan susu ibu pon gan kaklong Qhayra. susu banyak, namun Qhayra suka bebai sebab lambat, lagipon kaklong taknak hisap di badan, dan ada beberapa sebab lagi. Ditambah pulak saya jahil, kurang pengetahuan ttg penyusuan susu ibu ini.

2. Banyakkan membaca
Mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang penyusuan susu ibu, teknik penyusuan yang betul, kaedah peyimpanan susu perahan, breast pumping pilihan mengikut bajet dan sebagainya. bagi ibu² yang bekerja seperti saya amatlah penting kelengkapan utk perahan susu, spt cooler bag, ice pack, breast pumping, botol atau storage bag dan lain² keperluan. kat opis ada juga peti sejuk, tapi saya segan lorrr nk masukkan susu dalam peti, so saya sediakan smua siap². bagi mereka yang slumber dan tak segan boleh la guna peti sejuk.. jimattttt..hahaa 

3. ketika mengandung pada trimester ke3, amalkan petua² ini.
  • cuci nipple payudara, setiap kali sewaktu mandi bagi membuang kotoran² y berada di lubang² susu. elakkan mencuci menggunakan sabun pencuci
  • selalu urut payudara agar kelenjar² payudara memberi tindakbalas agar susu  terhasil.
  • bg ibu yang mempunyai nipple yang pendek atau tenggelam, selalu amatkan petua di atas, jangan risau ttg itu, insha ALLAH dengan azam yang tinggi, ALLAH akan permudahkan. bagi je bayi kite hisap, lama kelamaan nipple tu akan timbul dan panjang. usaha tangga kejayaan.
 4. Lepas bersalin, teruskan susukan bayi dengan susu kite. even, susu tak keluar pun kasi juga..lama kelamaan susu akan keluar. Kebaikkan penyusuan kali pertama menghasilkan susu yang dipanggil "colostrum". Colostrum ialah susu awal yang berwarna kekuningan yang penuh antidodi y diperlukan oleh bayi. elakkan dari memberikan susu yang di dalam botol. bukan apa, bila bayi dah terbiasa dengan susu dalam botol takut berlaku kekeliruan utk dia mengenal mana satu nipple kita.so lebih baik bayi hisap direct.

5. sebarang susu formula dan air kosong tidak dibenarkan sama sekali. 
  • susu formula akan mengakibatkan pelbagai masalah spt cirit-birit, ekzema dan sebaginya. 
  • meminum air kosong plak, akan menyebabkan bayi kekurangan nutrisi, terdedah kepada jangkitan, merencatkan tumbesaran dan akal, kembung perut dan sebagainya.   

6. Jangan menyusu ikut jadual, 2 ke 3minggu pertama, sebaik²nya menyusulah bayi sekerap mungkin, kalo boleh 2jam sekali, ia amatlah baik tuk mengelakkan bayi kite dijangkiti "juandis" atau lebih dikenali sebagai "kuning".

7. 2 ke 3minggu pertama, pump susu sebanyak mungkin, paling minima 2jam sekali, proses ini akan memberi respon kepada badan bahawa susu amat diperlukan. ia dikenali sebagai proses rangsangan susu. peringkat awal, susu yang dipam mmg akan sikit. lama kelamaan akan menjadi banyak. Insha ALLAH.

8. dapatkan sokongan keluarga terutamanya suami kite. suami lebih memahami dan merupakan insan yang paling dekat dengan kite. so, peranan suami amatlah penting supaya dapat menenangkan isteri , memberi kata² semangat dan memberi dorongan agar penyusuan ini berjaya dengan jayanya.
semoga semua tips² ini dapat membantu kalian semua..
setiap ilmu yang diperolehi menjadi manfaat buat kite semua,.
selamat beramal.  


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, March 23, 2014

New Born : NurDhiya Qaireena

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya.. 

apa habaq kalian semua..
smg semuanya sihat hendaknya dan 
sentiasa di bawah pelindungan Yang Maha Esa..

6 bulan suda berlalu..
arini baru berkesempatan nak kongsi pengalaman bersalin bb Dhiya.
dari cerita lalu, dekat entry INI saya dah cerita serba sedikit sakit ketika nak bersalin kan. ada baca tak?? belum.. sila KlIK SINI tuk baca..

sambung cerita entry aritu, selepas besalin dalam jam 2am camtu, saya ditolak masuk ward, katil kosong agaknya, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. baby pon xder masalah terus diorg tolak saya bersama baby..mmg terus diorg kasi gan saya ler.. dalam jam 3am cmtu, buat pertama kalinya, cium baby yang baru lahir sangat wangi.. nak cakap bau wangi tu xtau camna nak cakap. itulah mungkin bauan dr Syurga, Wallahulam..

mesti tertanya² kenapa baru pertama kali bau haruman tu kan..utk pengetahuan semua, masa saya melahirkan kakLong Qhayra, lepas je bersalin, baby tak dikasi gan saya, tunjuk jantina pon tak..saya pon tak tau kenapa, keesokkan harinya, baru saya dapat tengok baby. masa kaklongnya saya bersalin private hosp. bila kongsi² cerita, ramai cakap keadaan sama macam saya.. saya tak sure pulak sesetengah hosp ke cmana.. berfikir secara positif, mugkin sebab saya keletihan teramat sangat, dah mmg tak der tenaga.. lepas bersalin kaklong qhayra mmg saya kehilangan tenaga teruk sangat, sampai sedara mara datang pon, saya dengar diorg bercakap² cuma dalam separuh sedar. itulah alkisahnya.

berbalik kepada cerita baby Dhiya, sejujurnya, mmg tak tahu nak cakap bau wangi itu macamna.. saya tak rasa Dhiya dimandikan, masakan nak mandi jam 2pagi kot. kenapa saya cakap cmtu, sebabnya dalam jam 7 or 8pagi, nurse datang n cakap siap baju baby sebab dia nak mandikan baby.. for sure lah mmg diorg xmandi pon baby tu, so tak tau wangi itu datang dr mana.. bila kongsi² gan sedara mara n rakan², diorg cakap bau wangian syurga..Wallahulam.

dalam jam 3++pagi juga, Dhiya menangis, nak susu mungkin, masa tu, susu kite tak keluar sepenuhnya lagi, bila dipicit ada susu, cuma mugkin 2, 3 lubang je berfungsi, lubang² lain masih tertutup. tangisan tak kuat mana, cuma bila waktu semua orang tidor, ianya agak menganggu la juga..hehee, cuak mama kelakar betul bila difikirkan balik. Alhamdulillah, lepas bersalinkan dhiya saya ada tenaga nak uruskannya, tak sesusah masa kaklong dulu. mungkin dah ader pengalaman agaknya..so, banyak bersiap sedia..

dhiya minum macam tak kenyang, so saya minta dengan nurse susu, dia suh kite kasi susu saya, mmg ler saya kasi pon, cuma dia macam tak kenyang, so tidornya macam terganggu juga la.. nurse tanya susu takder ka?? saya cakap ada, cuma keluar sikit ja, nurse suruh kasi juga, dia cakap lama² akan keluar..so dia tak kasi pon susu gan dhiya :( sedih..sedih..nak tak nak ke usaha sendiri.

so, tak tahu cmna caranya, saya kasi dia isap kurma + titip air zam² di mulutnya..mana datangnya kurma pulok ek.. haha ekceli, saya mmg dah get ready bawak kurma gan air zam².. senjata saya tika kecemasan.. tak terniat pon nak kasi kurma gan dhiya, tapi memandangkan tak tahu camna nak mengelak dari dhiya terus menangis kuat, itu lah caranya..hahaa "buka mulut terus"..hehee kelakar..kelakar..

u all nak tahu, Kuasa Allah kan, dhiya pandai mengisap.. masa saya kasi susu saya pon, mmg dhiya isap juga, walaupun susu tak bercambah.. Subhanallah, Allah kasi kecerdikkan buat mereka kan.. masa dalam kandungan pun mmg baby isap jari kan.. kuasa Allah yang tiada tandingan..masa saya kasi kurma pon, saya basahkan kurma gan air zam², pulun la isap si Dhiya ni..sedap barangkali manis kan..huhuu.

opssss, nanti kite sambung cerita ekk..ada hal nak buat..
so tunggu yerr.. 
b4 tu nak nak tempek 
beberapa keping gambaq Dhiya selepas dilahirkan

2hours years old.
 
4hours years old


Alhamdulillah, lahirnya bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w 
semuga menjadi anak yang solehah
 taat kepada perintah Allah serta para rasulNya
taat kepada kedua orang tuanya
semuga bertambah bahagia rumah tangga yang dibina
 semuga Allah kurniakan kebijaksaan dan kecerdikan agar Dhiya berjaya dalam hidupnya dan senantiasa diberi kesihatan yan baik.
Amin Ya Rabbal Alamin.

entry bersambung di SINI

sekian ^_^



PETUA SAYA MUDAH BERSALIN PETUA KASI NAMA ANAK TIPS PENYUSUAN EKSKLUSIF TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU DENGAN POWER PUMPING TIPS BANYAKKAN SUSU

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Sunday, March 16, 2014

Suda Silap Taip Tahun Maaa..!!

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya.. 

dalam entry INI,
saya sudah tersalah taip tarikh la..
mujur ada rakan² blogger yang alert dengan perkara tersebut.. 



terima kaseh kepada Kayyana dan Nazayiena Ayiena yang membuat teguran secara berhemah dan bersopan.. hehee lawak..lawakkk..
boleh baca komen yang diorg berikan..
kalo tak nampak silalah besarkan image tersebut..


 korang tgk sendiri apa kite tulis..

ada kepunca bsalin 2014, adeyyy very the venggong la..
kalo 2014, skg ni tgh mengandung lagi derrrr..sabo jelahh
kite bersalin ank kedua kite 22 September 2013 oke..
oke pembetulan suda dbuat..
so korang jangan pelik dan hairan lagi yerrr..
sekali lagi kite nak berterima kaseh buat akak berdua tadi.
tanpa teguran kalian, mmg kesuda daku tidak perasan..hihii :D
kite nak up entry Alkisah Baby Dhiya, tapi belum berkesempatan lagi..
agak bizi sikit la..so korang tunggu ek..

adiossss ^_^ 

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Saturday, March 15, 2014

Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya.. 

bersiaran kita lagi di pagi ini..sihat semua???
*hamboii dah macam pakar motivasi plak..huhuu

  kite nak kongsi petua kite mudah bersalin..
ini berdasarkan pengalaman saya sendiri..

1. amalkan membaca surah Mariyam
kadang² tak sempat baca pun, cuma bila ada kelapangan banyak mendengar guna henfon..
 
2. amalkan membaca surah Yusuf
sama keadaan dengan di atas.
 
3. amalkan membaca surah Yassin 
ini kerap dibuat selepas maghrib
 
4. baca ayat " La'illa hailla anta subahanakainni kuntumminaozzolimin" 
ayat ini ketika Nabi Yunus berada dalam perut ikan (masa tengah sakit nak besalin lagila byk baca)

 5. amalkan memakan kurma dan madu
setiap pagi dan sebelum tidur..banyak kebaikkan madu dan kurma.
ia makanan sunnah, dan tentu mmg baik..salah satunya, perkembangan minda kanak² supaya menjadi cerdik, daya tahan badan yang kuat, Insha Allah dengan izin-NYA.

6. banyak minum air kepala. utk daya tahan badan baby..insha Allah

7. emosi selalu tenang, perbuatan pon mmg kena baik² lah..ia mempengaruhi baby dalam perut.

8. minum minyak zaitun, anak kedua ini saya takder buat minyak selusuh, semua guna minyak zaitun je, dr sapu perut sampai minum..opsss minum tu pernah minum sekali, masa perut menjangku 7bln dan lagi sekali ketika saya sakit, minum kat rumah sebelum keluar ke hospital..masa sakit tu, saya minum hampir 10ml..byk ooo nak muntah rasa..aahaha..

9. ketika sedang sakit, saya banyak berjalan, masa contrction kt entry INI, saya berjalan satu rumah dari dapur ke ruang tamu kemudian balik ke dapur, ulang-ulang..sampai mr. papa bersiap sedia nk ke hospital.

10. seeloknya kita mandi dan makan secukupnya utk memberi tenaga..utk anak kedua saya tak mandi hokey, sebab berlaku malam..sejuk kot..hahaa..

itu je kot petua yang saya amalkan..hehee 
semoga dapat menbantu sedikit sebanyak tuk ibu² yang bakal melahirkan cahaya mata.. Insha Allah, segalanya dengan izin-NYA
selamat beramal :)

Sekian^_^

 

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Thursday, March 13, 2014

Alkisah Bersalin Buat Kali Kedua

Assalamualaikum 
sahabat² di alam maya..

acener nak stat cite ek..korang nak tahu part mana??
jap amek mood jap nak cite ni, nak kena previous semua saat dan detik menjadi seorang mama buat kali kedua..ehh boleh guna ek ayat ini?? acam tak sesuai jew..!! *lantaklah ada aku kesahh..!!

alkisahnya bermula begini..

berdebarnya kite menanti saat² melahirkan anak kite yang kedua ni..
due date 24 September 2013..
masa 1st baby kite awal 4hari dari tarikh due..

so yang kedua pon memang bajet dalam lingkungan tu lah kan..
sampai la saat di mana 4hari dari tarikh due bermakna dalam 20hb gitu lah.
kite ni dah get ready lah bagai..baju² baby mmg dah siap sedia dalam bonet keta, kali kedua ni, kite slow sikit buat persiapan perut kite 8bulan baru lerr nak pack barang masuk bakul.. tak sama masa 1st hokey, masa 1st mmg xder pgalaman so sangat berhati² lerr..masuk je 7bln mmg barang² baby siap sedia dlm keta..sangat berbeza dengan yang kedua, mau taknya, dah advance sikit kan..mulalah..tapi Alhamdulillah semuanya selamat.

 baby mmg taknak keluar lagi masa 20hb tu, hati mmg berdebar² tau, menanti saat melahirkan ni..macam² dalam fikiran.. menanti punya menanti, akhirnya saat yang dinanti sampai jua..kite selamat melahirkan Puteri Kedua tanggal 22 September 2013 hari Ahad jam 1.55am
 (2hari before due date)

syukur Alhamdulillah semuanya selamat..sakit saat melahirkan tu..masing² rasa. tak tau cmna nk cakap..Allah bagi ujian Sakit Bersalin setiap orang tak sama..habuan masing² sakit teruk, sakit sikit dan macam² la..tak perlu saya huraikan pjg², bagi mereka yang pernah alami diorg pon tak tahu nak cakap macam mana rasa sakit itu..sebab itulah "Allah meletakkan perempuan yang mati ketika brsalin dianggap syahid" nyawa bagai di ujung kuku dahh..

 sakit masa baby nak keluar jew, bila dah keluar tu fuhhhh legaaaa..hahahaa. Alhamdulillah, kali ini saya besalin mmg cepat, jam 1230am masuk labour room, tukar pakaian dan sebagainya, jam 1.55am dah bersalin..cepat tak..cepat kan??

saya ni jenis yang tak der tanda, trus rasa sakit, terus rasa contraction 5minit sekali..memula ingat sakit perut..then gi toilet lama menunggu tak juga keluar..hilang kejap sakit perut tu, then sakit balik..ermmm berkata² gan mr. papa, "dia dah ni..dia dahhhh.."
mr. papa paham apa yang dimaksudkan, sakit kejap then ilang, saya set timer, mmg berlaku 5minit sekali..confirmm..

masa tu, kiteorg baru sampai dari kampung, balik rumah kononnya, esok nak gi keja lagi lerr, balik dalam jam 10++mlm, siap bawak turun smua barang² keluar kereta, siap menganggkat cik Qhayra kite masuk bilik yang dah tido nyenyak dari dalam keta lagi..
*nasihat kakak saya, tak pyh balik, stay kat kampung, dah mmg menunggu hari je tu..tapi ingat tak besalin lagi..huhuu

saya pulak mmg dah siap iron baju keja tuk esoknya sebelum tidor..itu mmg rutin saya dari sebelum kahwin sampai sekarang.. keperluan² yang nak dibawa kerja sampaikan, keperluan sekolah anak² mmg disediakan sebelum tido.

dah siap semua, masuk tidor, tak sempat lena pon..tetiba ja rasa perut memulas.. jam 11.15 cmtu, contraction tu datang..

so, mr. papa angkat semua barang² masuk keta temasuk cik Qhayra sekali..terus menuju ke Hospital Sutanah Bahiyah.. tertanya² mana kami letak Qhayra?? ke langsung korang tak perasan..huhuu

cik Qhayra, maktoknya datang ambil dari HSB, sekitar jam 12.15am cam gitu..

opsss masa tengah contraction tu, saya banyak berjalan dr ruang tamu ke dapur, kemudian balik dapur ke ruang tamu..mmg byk berjalan. sampai hospital lak, mr. papa nak amek wheel chair, saya cakap tak payah, sebab saya nak berjalan..bila sakit myerang saya berhenti bejalan kemudia jalan semula..bila masuk labour room, diorg cek bukaan dah 6cm..cepat kan??hehee, Alhamdulillah..

dalam kite duk sakit tuh, nak tukar baju bagai, sempat lagi misi aka nurse tu cakap tudung kite lawa, siap tanya lagi beli ke buat??eeeee dlm ati aku tgh sakit ni dan lagi misi ni..mmg kelakar,.

Alhamdulillah, saya mendapat layanan y baik, walaupon hati takut² juga bersalin di goverment hosp..kebetulan hari yang saya bersalin, labour room kosong, tak ramai org..Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.

klik..klikk..klikkkk..
sekian ^_^ 

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Wednesday, March 12, 2014

Wajah Baru LAgi..!!

Assalamualaikum 

hallu..hallu..halluuuu..rindu sahabat² anna sekalian..
anta semua bagaimana?? ada windu sama ana ke??hehee..

tertiba ubah bahasa..bukan pa hati anna tertiba jew berbunga cinta kan,.hehee dah naik semangat sikit nak berblog ni..
korang tahu kenapa?? kenapa?? kenapa??
lihatlah sendiri blog kite, ada perasan ke perubahan yang berlaku..??
perasan tak?? perasan tak??

ekceli, blog kite dah berubah wajah,
dulunya begini.....


 ingat lagi tak wajah lama..hehehe

sikalang dah jadi begini..

hasil cetusan idea dan kreativiti 
cik Shida 
saya sangat²lah suke idea dan kreativiti shida
sebab itu saya tetap memilih shida tuk mengedit blog saya
dan berurusan gan shida amatlah selesa dengan sikap dan layanan yang diberikan..bagi 10star kat shida..yeahhhh..

semua yang terdapat dan pemilihan warna shida yang tentukan..
saya tak cakap apa² langsung, saya minta dia yang aturkan tuk saya.
shida memang sangat kreatif..
tenkiu banyak² ya shida..
saya amat menghargainya..
muahhh..muahhhh sikit..


opsssss, b4 terlupa..
sikalang ni kan kite ada 2blog yang harus dijaga, dicuci, 
digilap agar tidak bersawang dan nmpk usang..
kengkawan sekali minta ke page kedua kite

 
mohhh lerr kite bersoping di sana..
tanpa perlu panas, tanpa bayaran parking,
susah anak kecik..moh kite klik² jew..
hanya guna ujung jari anda sahaja..

boleh tera tu iklan..!!!
sempoiiii baq ang..!!!


note :
happy blogging tuk semua 


Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Tuesday, March 4, 2014

Persediaan Bersalin


Assalamualaikum semua..

buka godek² belog yang lama dah ber"USANG", then juga post yang di draf..huhuu.. baby Dhiya dah 5bulan dah..mama baru post entry ni.. teruk..teruk.. 

tapi bila dah buka nak juga post entry ni.. ini la rupe masa mama pregnant 7 ke 8bulan, mama dah get ready, recycle baju² kaklong..mujur baju² kaklong masih tampak baru lagi..pakai kejap je pastu dah xpadan..so adek la y mewarisi baju kaklong ni.☺

tapi bila baby Dhiya kluar dari perut mama, lain pulok citenya, mana taknya, smua baju² dibeli baru, kuasa membeli mama mmg dah habit, pantang nmpak baju² baby ni, geram sgt, so kebanyakkan baju baby Dhiya mmg baru² lorr.. sampaikan setiap kali baby Dhiya pakai baju baru jew mesti ayat kaklong "ini baju kaklong ka mama??"..nmpk sangat kan..sedangkan b4 ni mama selalu je cakap adek pakai baju kaklong, than why la bila adek pakai baju baru sikit je dia tanya..hehee :D
ntahlah, saya rasa cam kesian plak bila adek pakai baju kaklong..nampak tak adil kan..tapi ada juga baju yang tak lusuh dan masih elok, saya pakaikan juga tuk baby Dhiya..tapi kalo nak jalan² mmg Dhiya pakai baju dia sendiri lorrr..

cukuplah saya merapu mereban cerita lepas..jumpa lagi ya..Adiossss :D
 image by Instagram

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)