Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 26, 2017

monolog sendiri

Assalamualaikum wbt
para sahabat di alam maya..



hampir 8tahun kewujudan blog ini. terfikir semula apa tujuan blog dwujudkan? 
ya, pada mulanya, blog ini hanya nukilan buat anak² yang hampir meningkat dewasa, tapi tidak selamanya blog ni dapat bertahan. 

sbg contoh : aku mengharapkan gambar² y di upload di sini tersimpan cantek dan boleh dijadikan kenangan di setiap penceritaan gambar berkenanan. tetapi malangnya, ia nya tidak bertahan lama, ianya xdapat dipaparkan seperti mana kehendakku..mungkin ia nya berlaku atas kesilapan aku, atau pun aku sendiri tak tahu macamna nk simpan elok gambaq bekenanan. semuanya corrupt bukan ketidakpandaian aku menggunakan aplikasi ini.

begitu jua gan kehidupan kita seharian. seperti kata pepatah awan tidak selalunya cerah, kadang kala gelap pabila menanti ujan membasahi bumi.

begitu jua kehidupan seharian kita. tidak selalunya indah. 

kadang kala ditimpa musibah dan ujian. itulah dinamakan kifarah..
mungkin itu berlaku atas kesilapan dan kekhilafan kita,
dan mungkin itu ada penyucian dosa² kita..
dan
sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaik. DIA bisa merencanakan sesuatu yang indah buat kita.. apa jua keadaan kita sebagai hambaNYA, 
haruslah redha dan pasrah dengan apa y telah diaturkan. 
pasrah bukan bererti menyerah kalah, namun mencari kekuatan 
untuk bangun dan terus berdiri menghadapi ujian dan dugaan daripadaNYA..

Allahu'akbar.

terlalu kerdil diriku, di dunia y serba mencabar ini. sebagai manusia
pasang surut emosi tetap ada, namun siapalah aku untuk menyangkal setiap apa y berlaku. Hanya pada ALLAH jua tempat aku bermohon, Allah jua tempat aku meminta, Allah jua y memberi pertolongan, 

tabahkan aku dalam setiap ujian y KAU berikan. kuatkan iman ku. teguhkan keyakinan MU, berikan aku kesabaran dalam aku megharugi semuanya,

YA ALLAH, tanpaMU ku lemah, tanpaMU ku rebah. pasti Aku tak berdaya..
hanya KAU yang MAHA KAYA,. ENGKAU sebaik² perancang. Sungguh indah rencanaMU. aku redha aku pasrah. kuatkan ku..

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)

Simpan Semuanya

Assalamualaikum wbt
para sahabat di alam maya..

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu.

Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur….
Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui fb dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nnjuk atas kata-kata ‘share’..

beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak-banyak, upload gambar…dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm.. dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain.

Tapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..
Ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..
Ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.
Maka :-


“Sembunyikanlah kegembiraan kita, 
kerna mungkin ada yang sedang berduka”..

“Sembunyikanlah kekayaan kita 
kerna mungkin ada yang papa kedana”..

“Sembunyikanlah kesihatan kita 
kerna mungkin ada yang sedang sakit”..

“Sembunyikanlah kejayaan kita 
kerna mungkin ada yang merana.”..

Sesungguhnya, 
perbuatan merendah diri dan 
tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.


Yang sudah tu sudah…
Jom, sama2 kita berusaha ke arah itu.


‪#‎Copypaste‬ ‪#‎muhasabahdiri‬ ‪#‎jangankecam‬ ‪#‎sedapbahasaLapikni‬ ‪#‎sayasuker‬ ‪#‎mudah2anMendapatRedhaAllah‬ ‪#‎yangBaikDariAllah‬ ‪#‎kitaMenzalimiDiriSendiri‬

Thanks For Reading.Like Kalo Suke(!)